Posts

Showing posts from March, 2017

Adakah Senibina Pilihanku?

Salam sejahtera ke atas semua. Ly kini kembali dalam topik senibina. Oleh sebab coretan 5 tahun dahulu sebelum Ly ceburkan diri dalam bidang yang buatkan kita kurang tidur boleh dikatakan mendapat sambutan hangat dari adik-adik lepasan SPM bercita-cita menjadi arkitek, Ly akan teruskan unjuran daripada coretan tersebut.
Pertamanya, Ly kemaskini perkembangan terkini Ly terlebih dahulu. Sedang bekerja sebagai pembantu arkitek di firma arkitek berdekatan UiTM SI; tempat Ly belajar 4 tahun dulu. Memang Ly tak dapat lari dari negeri kelahiran Ly ni. Sayangnya dengan negeri Darul Ridzuan ni. Baru je mula kerja awal tahun 2017. Kiranya, tahun baharu maka permulaan baharu.
Selama Ly kerja ni, banyak benda yang Ly belajar. Ya, waktu kerja pun kita masih belajar. Sebelum ni Ly tak ada pengalaman bekerja dalam bidang senibina. Tak ada pengalaman bekerja pun sebenarnya. Ada pun waktu latihan industri, dari situ Ly dah mula merasai serba sedikit perasaan keluar dari zon selesa untuk 4 bulan. Kita ke…