Posts

Showing posts from May, 2015

Suatu Hari yang Gembira . . .

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Salam kepada semua pembaca sekalian. Kali ni Paly kembali dengan perasaan yang sangat gembira. Tak tau la sebabnya sebab tak terbilang dek jari jemari sebab musababnya. Haha! Terlalu gembira sehinggakan Paly sendiri terasa nak termuntah. Pelik kan? Haha!

Sejak kebelakangan ni, banyak perkara yang terjadi yang membuatkan Paly gembira setelah bertarung dengan diri Paly secara emosi. Sebelum ni, perasaan Paly bercampur baur dengan maslahat, yang boleh Paly klasifikasikannya. Namun, atas kesabaran yang dipegang Paly selama ini masih utuh di tali jiwa. Satu demi satu Allah telah beri petunjuk dalam atasi belitan emosi.

Pertamanya, setelah sekian lama selama 2 bulan Paly tak balik rumah. Minggu lepas, selepas habis kerja. Tak disangka ayah Paly mesej yakni bertanya sama ada Paly nak balik rumah ke tak. Sebelum situasi ni berlaku, Paly awal cadangnya nak jugak balik rumah dengan menaiki bas. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Paly berkemas untuk balik Ge…