Suatu Hari yang Gembira . . .

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Salam kepada semua pembaca sekalian. Kali ni Paly kembali dengan perasaan yang sangat gembira. Tak tau la sebabnya sebab tak terbilang dek jari jemari sebab musababnya. Haha! Terlalu gembira sehinggakan Paly sendiri terasa nak termuntah. Pelik kan? Haha!

Sejak kebelakangan ni, banyak perkara yang terjadi yang membuatkan Paly gembira setelah bertarung dengan diri Paly secara emosi. Sebelum ni, perasaan Paly bercampur baur dengan maslahat, yang boleh Paly klasifikasikannya. Namun, atas kesabaran yang dipegang Paly selama ini masih utuh di tali jiwa. Satu demi satu Allah telah beri petunjuk dalam atasi belitan emosi.

Pertamanya, setelah sekian lama selama 2 bulan Paly tak balik rumah. Minggu lepas, selepas habis kerja. Tak disangka ayah Paly mesej yakni bertanya sama ada Paly nak balik rumah ke tak. Sebelum situasi ni berlaku, Paly awal cadangnya nak jugak balik rumah dengan menaiki bas. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Paly berkemas untuk balik Gerik.

Walaupun banyak jugak acara yang diadakan sewaktu cuti Pekerja dan hari Wesak seperti, majlis perkahwinan kawan sebaya Paly, Syazwan Sabri; hari terbuka asrama di SERATAS, sekolah lama Paly; ArchiFest oleh jabatan Senibina, walaupun demikian, Paly memilih untuk pulang ke rumah. Siapa yang tak nak pahala melihat wajah ibunya sendiri.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, terdetik di hati nak hubungi rakan karib dunia akhirat Paly yang berjauhan juga sudah sekian lama tak berborak (gosip), lantas aplikasi WhatsApp menjadi media perantaraan maya antara Paly dengan Amirul Sidek. Terlalu khusyuk berborak secara hitam putih, sampaikan tersengguk Paly. Cukuplah rasanya borak walau beda zon masa. Tambah pula, Amirul sedang dengan peperiksaan akhirnya. Akhir sembang dinyatakan ucapan semoga berjaya dan ketemu dalam masa yang terdekat jika rezeki diselit bersama. Sepanjang kata2 ditaip, memori silam bersama kembali sergah. Senyum terukir di bawah sedar Paly.

Kemudian, setelah luang bersama mak di rumah, amat berat pula nak tinggalkan mak. Lain perasaan dari pada sebelum ni. Amat berat. Sebak selubungi hati setelah konflik keluarga melanda sebelum ni. Namun, setinggi angkasa pun ego seorang lelaki, tetap jatuhnya titis air mata sayang akan ibunya. Tetapi, sejauh mana seorang anak dari ibu bapanya, doa tetap sampai.

Dua hari kemudian, yakni malam tadi, dikejutkan pula dengan mesej daripada Hambali Adenan, rakan yang Paly anggap kami berdua ada persamaan. Katanya mahu ketemu hujung minggu ini. Alhamdulillah. Setelah lamanya Paly menunggu untuk mendengar pengalamannya dalam teater dan ujibakat lakonan juga lama tak bersua muka. Banyak juga perubahannya sejak dari mula perkenalan di sekolah menengah. Yang buatkan Paly bangga dengannya.

Di akhir kata, Paly nak cakap yang walau pun perkara yang kita berharap terjadi, tetapi sebaliknya tidak; ada hikmah di sebaliknya kerana Allah bekerja dalam cara yang amat aneh dan pelik yakni perkara yang lebih baik buat kita sedang menanti masa untuk bersua kita kelak. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Terima dengan seadanya. Allah tu maha Adil. Sekian.

Comments