Latihan Praktikal Senibina

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Salam pertemuan kembali kepada semua pengikut-pengikut Paly. Seperti biasa, bukan mudah nak cerita perkembangan baharu pasal Paly. Dan tergerak hati nak cerita perkembangan Paly sekarang. 

Mula-mula, alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah sebab masih lagi sihat walafiat. Paly sekarang berada di semester 6 yakni tahun ketiga akhir. Tinggal satu tahun lagi sebelum Paly pegang Ijazah Sarjana Muda (Sains) Senibina, insyaAllah.

Baik, kembali kepada tajuk inspirasi Paly di atas. Kini, sudah hampir seminggu Paly menjalani latihan praktikal ni. Atau dalam erti mudahnya, kerja sambil belajar. Latihan ni berlangsung selama 4 bulan. Dan Paly sendiri mohon di firma yang terletak di Kuala Lumpur. Sudah sampai masa Paly keluar Perak dalam jangka masa yang lama. Walaupun empat bulan, semoga dalam peringkat pembelajaran dalam kehidupan, Paly dapat bertahan dengan sabar dan tenang.

Untuk pengetahuan korang, inilah pertama kali Paly bekerja. Ya. Selama 21 tahun, akhirnya pecah jugak rekod. Haha! Paly ada tanya kawan Paly, Hambali Adenan yang tinggal di KL ni. Dia sekarang belajar di UIA. Peringkat ijazah. Dia ada cakap yang dia ada kenalan arkitek wanita yang perlukan pekerja. Jadi, dia ada bagi emel firma tersebut. NaniZain Architect. Itulah firma yang Paly sekarang jalani latihan praktikal.

Syukur la sebab mak saudara Paly tinggal di KL ni. Boleh Paly tumpang sepanjang empat bulan ni. Selepas selidik cara nak ke pejabat firma tu, jadi agak dekat jugak dalam 10 kilometer lebih. Sehari sebelum masuk pejabat, Paly tunggu kat tepi jalan untuk tengok bas yang ke pusat bandar. Mak cik Paly tinggal di flat Jinjang Utara, Jalan Kepong. Pejabat tu pula kat Menara SAFUAN; berdekatan dengan LRT Dang Wangi.

Punya la rasa risau, malam tu rasa tak senang tidur. Mujur la ayah Paly ada kat Klang. Paly ajak ayah Paly pergi tengok menara tu. Lepas tu, tengok bas yang lalu berdekatan dengan menara tu. Alhamdulillah, esoknya, percubaan pertama menaiki bas RapidKL boleh dikatakan berjaya. Haha! Rasanya sebab selama ni nak pergi mana-mana, Paly lebih suka guna pengangkutan awam. Terutamanya bas. Lagipun, Paly masih belum ambil lesen kenderaan. Motosikal mahupun kereta. Lepas turun tu, kena jalan sikit. Naik jejantas sungai. Sampai jua. 

Seperti biasa, hari pertama sudah semestinya gementar tu menyelumbungi diri ni. Kekok? Ya. Faham-faham je la. Paly ni agak pemalu orangnya. Nak biasakan diri tu memang ambil masa. Mungkin dalam seminggu lebih. Haha! Parah jugak kan? Lama-lama nanti okay la tu. 

Pekerja kat firma ni Paly boleh katakan peramah jugak. Abang Akhtar, Abang Afiq, Kak Hafizah, Kak Ima, Kak Farah & lagi sorang perempuan belum tahu lagi namanya sebab dia jarang keluar makan tengah hari. Bila keluar makan tengah hari la boleh sembang. Sebenarnya mereka yang sembang, Paly diamkan diri je. Bila mereka tanya, Paly jawab la. Hehe. Untuk pengetahuan korang lagi, Paly ni lebih kepada introvert. Lebih mendengar daripada bercakap. Paly memang pakar bab mendengar ni. Haha!

Hari pertama, Paly sudah pun dapat kerja dari arkitek. Oh ya! Firma ni milik Ar. Hanani Zain. Pekerja kat sini panggil beliau, Madam dan suaminya juga seorang arkitek. En. Syaiful, tak silap Paly. Panggil beliau, Sir. Paly jumpa Sir mula-mula. Beliau dah bagi seminggu kat Paly untuk buat presentation proposal. Projek di rumah Titiwangsa milik seorang Dato'. Dato' ni beli sebuah lot lagi sebelah dengan banglo beliau. Jadi, kat lot baru tu, nak buat sebuah apartment 3 tingkat bersambung dengan banglo sedia ada. Lebih kurang kena buat reka bentuk juga la.

Lepas beberapa hari, Madam dengan Sir nak jumpa dengan Paly, ah sudah! Habis aku! Getus Paly dalam hati. Madam nak bagi kata-kata selamat datang kepada Paly. Sejujurnya, pertama kali jumpa dengan Madam, Paly rasa takut juga sebab Madam agak tegas juga. 

Ha'ah!

Kata pengakuan di atas dilarang dalam kamus Madam. Kena jawab YES atau BAIK. Jadi, Paly kena susun dulu ayat Paly terlebih dahulu sebelum berbicara dengan Madam. Nak kena biasakan adab berbicara ni. Tak mengapa, ini pun proses pembelajaran. Madam ada juga tanya perkara yang Paly nak belajar sepanjang empat bulan ni. Paly tak tahu nak jawab sebab tak jelas lagi. Maknanya, pada hari presentation juga Paly kena buat pelan sepanjang empat bulan ni. Apakah hasil yang Paly dapat selama Paly jalani latihan praktikal ni.

Okay, Paly akan bagi beberapa perkara yang boleh dipelajari. Paly ada tanya kawan-kawan dan pensyarah Paly. Antaranya,

  • Hendak sertai perjumpaan dengan pembekal / consultant
  • Hendak mengikut melakukan pemeriksaan di tempat pembinaan
  • Hendak sertai perjumpaan di tempat pembinaan.
  • Hendak mengetahui proses tender dilakukan.
  • Berurusan dengan pihak berkuasa seperti, bomba, polis, dll
  • Belajar dalam pengurusan 
  • Building law (Peraturan bangunan)
Haa! Sebelum korang nak jalani latihan praktikal ni, korang kena mahirkan diri dengan AutoCAD. Perisian ni amat penting sekali sebab kebanyakan firma pakai perisian ni. Kemudian, SketchUp untuk 3D. Plug-in render untuk 3D seperti V-Ray, Lumion, dll. Photoshop untuk editing. Kalau korang tak berapa faham, boleh la tengok dalam Youtube; cara nak guna benda-benda alah ini.

Dalam empat bulan, dua bulan pertama, Paly nak belajar teknikal dalam AutoCAD terlebih dahulu, kemudian dua bulan terakhir dengan 3D. Paly lebih suka teknikal daripada reka bentuk sebab Paly agak lemah dalam reka bentuk ni. 

Hmm, nampaknya setakat ni je inspirasi Paly. InsyaAllah, kalau ada masa, Paly akan berikan perkembangan terbaharu seminggu sekali; sepanjang latihan praktikal Paly ni. Doakan agar Paly senantiasa sabar dan tabah dalam menjalani kehidupan di bandar yang deras arus teknologinya. Amin. 

Sebarang pertanyaan, boleh la tanya melalui WeChat atau FaceBook Paly.

Sekian. :)

Comments

  1. Salam cik. Boleh saya tahu berapa elaun praktikal kat NaniZain Architect?

    ReplyDelete

Post a Comment