Bengkel Drama Festival Kuala Lumpur 2015

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Salam sejahtera! Okay. Topik kali ni memang Paly teruja nak cerita sebab drama beb! DRAMA! Haha! Sedikit sebanyak Paly akan kongsikan pengalaman dan ilmu yang Paly dapat sepanjang bengkel ini dijalankan. Amat rugilah kalau datang ke bengkel tu hanya semata2 nak jumpa para pelakon dan pengarah. Lagipun, ia berbayar. Alhamdulillah ada diskaun bagi pelajar.

Paly pergi ke bengkel drama ni yang terletak di Wakalab, Balai Berita NSTP, Jalan Riong, Bangsar, KL. Ada empat sesi iaitu animasi, komedi, pengarahan dan lakonan.  Bagi bengkel Paly, dimulakan dengan sesi animasi. Teka siapa yang datang. Nizam Razak, yakni CEO Monsta (Sebelum ni, dipanggil Animonsta). Tau cerita BoboiBoy? Upin Ipin? Syarikat Monsta la yang kendali. Hebat kan? Dan tak lama lagi, BoboiBoy The Movie bakal ditayangkan di pawagam tahun ini. Nantikan kemunculan BoboiBoy upgrade yang baharu!


En. Nizam ada cerita berkenaan dengan animasi pada awalnya, faktor untuk berjaya, strategi asas, dan ya, ANIMASI ADALAH SUATU BISNES. Beliau turut terangkan serba sedikit pasal bisnes. Dan peluang kerjaya dalam bidang animasi ini. Bidang ni fleksibel tapi ambil masa untuk dapat keuntungan. Dalam 5 tahun. Proses strategi asas ialah:

IDEA - PRODUCE - POPULARIZE - MONETIZE

Beralih ke sesi kedua, komedi. Nampak je Sharifah Shahirah. Fuhhh! Berdebar-debar rasa. Haha! Awal-awal lagi dia dah cuit hati para peserta dalam bengkel ni. Kak Shipah ada kongsi pengalamannya dengan pelawak-pelawak lama. Ada dua jenis pelawak, pelawak dengan muka selamba dan pelawak beserta dengan riak muka sekali yakni merupakan yang lebih berkesan. Dan kak Shipah jugak ada kongsi penanda aras dalam komedi ni. Sabri Yunus. Malahan, Johan dan Zizan pun minta tunjuk ajar daripada Sabri Yunus. Legend. 

Serius sejuk gila dalam bilik tu sampai Paly terketar-ketar. Nak gelak pun tersedak-sedak. Hahaha! 

Kemudian, dah masuk tengah hari. masa untuk makan. Sedap. Lepas tu, Paly ke surau untuk solat Zohor. Surau dia pun sejuk bangat sih! Lepas selesai solat, Paly terus ke vendor kat pintu masuk. Kat luar la. Masih rasa lagi sejuk di tulang sumsum. Sambil-sambil, peserta yang lain tengah makan, ada persembahan dari Mentor Legend, Fahmie dan Aina. Fuhh! Merdu sekali sampai menusuk hati. 

Habis tu, kami dikejutkan dengan kehadiran pelakon Johan Asari, Azwan Kombos dan Idzham Ismail. Lebih kurang macam gimik gitu. Sesi beramah mesra. Emcee ada buat kuiz pertanyaan. Para pelakon ini ada tanya soalan kepada peserta. Tak semena2, kak Shipah sertai sekali. Haha! Keadaan menjadi lebih menarik dan lawak. Hahaha!




Okay, petang tu pulak dimulakan dengan sesi pengarahan oleh  Khairil M. Bahar. Walaupun berbangsa Melayu tapi bahasa pertuturannya dalam Bahasa Inggeris dari pada bahasa ibunda Malaysia. Mungkin tak ramai yang tahu pasal pengarah ni. Dia ada mengarah filem/filem pendek indie. Banyak jugak. Antaranya, Relationship Status, Cuak, Showdown, Dark City, Ampang Medical, That's Showbiz, Masked, Last Day, Healthy Paranoia dan Lucky Shot.

Khai Bahar ada tunjuk pratonton filem Showdown. Cerita dia lebih kurang macam cerita Step Up. Tapi, versi Malaysia. Memang gempak! Okay, Khai Bahar ada timbulkan isu perbezaan antara pembuat filem (filmmaker) dengan pengarah (director). Pembuat filem lebih baik daripada pengarah kerana seorang pembuat filem merupakan gabungan dalam semua aspek di lokasi. 

Director, Writer, Editor, Cinematographer, Musician, Actor

Seorang pembuat filem mesti tahu sesuatu dalam kerjaya di atas. Dia mesti tahu apa penulis buat, pemuzik buat, cameraman buat, semua lah! Seorang pembuat filem perlu cerita jalan cerita filem dan bagaimana filem ini dicerita. Untuk menjadi pembuat filem yang bagus,

  • Kecekapan
  • Kerja dengan benda yang kita ada
  • Faham dengan kerja orang lain (krew)

'If you can edit the film in you head, you won't shoot what you don't need'
(Paly pon tak berapa paham dengan ungkapan ni. Haha!)

Sekarang tips yang diberi oleh Khai Bahar dalam menjadi pembuat filem yang baik;

  1. KOMUNIKASI!
  2. Faham lakonan (lakonan jujur)
  3. Ambil berat dengan krew lokasi
  4. Belajar menulis (logline)
  5. Faham Post-Production (editing)
  6. Seiring dengan teknologi (tapi kena tahu cara guna & alat yang sesuai dengan tugas tersebut)
  7. Bekerjasama (dengan pengarah lain)
  8. Tahu pasal filem tersebut daripada orang lain
  9. Jangan berhenti belajar
  10. Have fun! (bergembira)

Dalam sesi pertanyaan, Khai Bahar turut nyatakan yang bahagian teknikal merupakan yang lebih sukar kerana semua perkara perlu tepat.

________________________________________________________

Part yang ni Paly nak cerita lebih bersemangat! Sebab sesi yang terakhir ni merupakan sesi LAKONAN! WAAAA! Paling dinanti oleh Paly sepanjang bengkel #DramaFestKL ni. Dengan kehadiran Remy Ishak untuk cerita 11 tahun pengalamannya dalam dunia seni ni, Paly sudah siap dengan telinga dan pen.

Bagi Abang Remy, beliau nyatakan susah bagi menjiwai suatu watak itu; walaupun sudah lama dalam industri seni. Ia ambil sedikit masa. Oleh itu, amat PENTING bagi pengarah dan penulis skrip melakukan sesi pembacaan skrip (SCRIP READING). 

Betul, sebelum ni masa sekolah menengah, Paly ada masuk drama Bahasa Inggeris. Paly hanya pegang watak sampingan. Teacher Nurul Shahidah yang ajar. Pembacaan skrip dapat bantu kesinambungan antara pengarah, penulis skrip dan pelakon juga cameraman supaya jalan ceritanya sama. Sekiranya ada yang tak sesuai, bincang agar semua orang tahu.

Ataupun melalui sinopsis filem tersebut, boleh dapat gambaran kasar jalan cerita keseluruhan. 

 Kemudian yang PENTING, CASTING atau UJIBAKAT. Ujibakat diadakan agar untuk dapatkan watak yang sesuai dengan filem tersebut. Contohnya, ada watak untuk budak kampung. Takkan la nak bagi watak ni kepada seseorang yang tubuh badan yang tegap, kacak, kemas. Tak kena la. Jadi, sekiranya, dalam ujibakat tu, kita tak diterima, fikir positif. Sebab kita tak sesuai dengan watak yang diberikan. Tak mengapa. Cuba di lain ujibakat. 

Abang Remy dalam filem Cun. Yang ada ghebau tu. Haha! Untuk pengetahuan korang, Abang Remy ni orang Melaka. Ramai yang salah sangka yang Abang Remy ni orang Kedah. Abang Remy ada pergi bazar Ramadhan. Lepas tu, ada pak cik ni tarik tangan Abang Remy, lepas tu heboh satu bazaar.

"Ni dia, Remy Ishak! Kebanggaan oghang Kedah!"

Haha! Abang Remy pun layan je pak cik ni. Hahaha! Lawak jugak. Haa! Lagi satu, Remy Ishak ni kulitnya cerah sebenarnya. Betul! Kan dia ada jadi mat Bangla. Abang Remy berjemur sebab nak kulit macam orang Bangla. 

Guna kamera depan. Huhu~

REMY ISHAK CERAH ORANGNYA!

 Okay. Kembali ke topik. Seorang pelakon perlu kuat berIMAGINASI, berangan, dan tengok benda-benda pelik. Betul jugak. Paly ni kuat berangan. Senang sangat termenung. Haha!

Ada sesetengah pelakon susah nak kekal watak yang diberi. Jika diberi watak yang serius, selama filem tu ditayangkan, selama itu la pelakon tersebut berada dalam watak itu. Walaupun di rumah. Hal ini supaya pelakon tak hilang fokus.  

Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah yang boleh "on off" watak. Bila rakam, on watak. Jadi, itulah kelemahan Abang Remy. Maka, para peminat perlu faham dengan para pelakon jika terserempak di luar. Kadang-kadang selami watak ni boleh mengundang kepada mental. Maksudnya, stress. Bila peminat kata pelakon itu sombong la, mereka sebenarnya tak faham dengan keadaan sebenar pelakon tersebut. Pelakon tu sebenarnya berada dalam watak yang diberi.

Lagi satu gimik menanti, duta #DramaFestKL 2015 yakni Zul Ariffin dan Fatiya Latiff. Mereka berdua turut berkongsi tips-tips dan pengalaman masing-masing. Kata kak Fatiya, kalau dah minat, all out! Keluarkan semuanya! Tak salah kejar impian. Kena bersedia. Sebenarnya, haters tu motivator kita. Dengan kritik haters, kita ubah kepada lebih baik. Contohnya, lakonan kau macam kayu la. Jadi, berusaha ke arah lebih baik. Abang Zul pulak cerita pengalamannya dalam bidang lakonan. 

Zul Ariffin dan Fatiya Latiff

Lepas, bagi kata-kata semangat, Abang Remy sambung kembali. Lebih baik bagi seseorang pelakon ikut dialog yang diberi bulat-bulat supaya jalan cerita dia tak lari. Sebab setiap perkataan tu beri maksud tertentu.

Abang Remy juga cerita yang teater lebih mudah berbanding dengan filem/drama kerana teater berlangsung berterusan. Jadi, tiada masalah dalam kekalkan watak itu. Sebaliknya terjadi dalam filem/drama kerana ada jeda (cut). Maka, ini mampu mengganggu momentum watak.

Tambahan pula, pelakon perlu kenal dengan gaya pengarah. Sebagai contoh, Osman Ali lebih kepada wide range. Semuanya besar, luas. Lain pula bagi Kabir Bathia, yang lebih kepada close-up, kecil- kecil. 

Bersama abang Zul Ariffin

Baik. Bagi kesimpulan, Paly amat bersyukur kerana diberi peluang dalam pelajari lakonan walaupun sedikit tetapi memberi impak yang besar kepada Paly. Minat Paly dalam bidang lakonan makin mendalam. Terima kasih kepada TV3 dan TV9 kerana menganjurkan festival ini. Saya amat menanti kemunculannya pada masa yang akan datang dengan topik yang lebih baik! Jadi, perjalanan hidup Paly pula semakin jelas. 

AKU NAK JADI PELAKON BUKAN SELEBRITI!!

Sejak dari sekolah menengah Paly temui bakat lakonan Paly. InsyaAllah Paly akan tingkatkan lagi ilmu di dada supaya impian Paly ni tercapai. Walau bagaimanapun, Paly hanya mampu merancang. Allah SWT yang menentukan. Sekiranya ini yang terbaik buat Paly. Lepas grad, Paly akan pergi mana-mana ujibakat. Mencuba nasib. Praktikkan pengetahuan yang ada.

Comments