Tips Pilih dan Guna Payung


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Berdasarkan pemerhatian teliti Paly dengan orang di sekeliling, kebanyakan antara mereka boleh Paly katakan salah pilih payung. Sebab kenapa? Tak kena dengan cuaca kat Malaysia nie; musim hujan dan panas iaitu negara Malaysia ni boleh diklasifikasikan sebagai negara tropika. 

Maka dengan itu, kali nie Paly nak kongsi pulak tips-tips Paly sendiri (rasanya orang lain pun ada buat benda yang sama). Sebab Paly pun memang kaki payung. Boleh kata Paly ni putera lilin. Sebab kulit Paly ni cepat burn. Haha!

1. Pilih payung yang boleh pantul cahaya matahari. Hal yang demikian, tak ada bezanya kalau pakai payung yang lut cahaya/sinar masa tengah hari yang terik tu. Tembus jugak kena kat korang. Kalau waktu hujan, boleh la pakai payung macam tu. Tapi, sebaiknya beli je payung yang pantul cahaya matahari tu. Yang warna luarnya perak (silver) dalamnya berwarna gelap.


2. Pilih payung yang sesuai dengan saiz badan korang. Jangan terlalu kecil mahupun terlalu besar. Kalau kecil sangat, nanti teduh kepala je. Bila hujan, basah lenjun jugak kena tempias. Hujan kat Malaysia nie lain sikit dari negara2 lain. Brutal punya hujan. Kemudian, bila besar sangat pulak, takut korang terbang pulak nanti  bila ditiup angin kencang dan bila lalu lalang dalam khalayak ramai, nanti tercucuk mata orang sebelah.


3. Bila cuaca panas terik, sentiasa hala payung ke arah matahari supaya badan korang kena dengan bayang2 payung tu. Waktu petang pun sama jugak, walaupun petang, tapi panas tu memang ada bahang lagi. Kalau payung tu masih tegak lagi kat atas kepala, kena jugak cahaya matahari kat badan korang. Kepala pun boleh kena. Macam jejaka kat bawah ni. (Smart giler payung dia~)


Okay, itu sahaja sedikit tips-tips memilih dan mengguna payung dengan betul. Kuasa di tangan anda. Sekian.

Comments