Persiapan sebelum melangkah ke Universiti

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Hai! Hai! Hai! Haa~ Bertemu kembali dalam blog PALY!!! Haha! Pertamanya, Paly nak minta maaf terlebih dahulu sebab sudah hampir 6 bulan tak kemaskini blog Paly nie. Bukan ape, HAA! Nie yang berjelar cerita nie! Haha! 

Paly sekarang nie sedang belajar di UiTM Perak Kampus Seri Iskandar. Alaa~ Still kat negeri asal. Hehe~ Sebelum nie sekolah kat Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak jugak! Takpe la~ Ada hikmahnya Allah nak hantar Paly kat sini. Lagipun, UiTM Perak nie merupakan yang terbaik dia punya lecturer sebab kebanyakkannya berpengalaman.

Hmm, sebelum nie pun bertarikh 3 Julai 2012. Lepas tarikh tu, Paly sibuk dengan persiapan nak ke U. Selalu orang cakap kehidupan kat U nie sememangnya berbeda dengan kehidupan kat sekolah. Tapi, ada juga sesetengahnya sama je. Paly cakap nie atas dasar pengalaman mentah Paly dalam senario nie dan juga persepsi peribadi Paly sendiri.
Okay! Perkara yang korang kena ada sebelum nak menjegah masuk dunia ini ialah persiapan dari segi fizikal dan mental. Kat bawah nie ada banyak senarainya. Paly pun tak tahu macam mana nak bezakan. Kebanyakan boleh jadi fizikal dan mental sekali. Walau apa-apa pun, meh kita tengok senarai nie :-
  1. Sihat tubuh badan (Dah macam syarat wajib haji la pula! Hahaha!)
  2. Stamina kena kuat sebab korang nanti kena berjalan dari kolej (asrama) hendak ke fakulti (kelas). Mana la tau kalau korang dapat kat UiTM Shah Alam ke, naik turun bukit woo! Memang sambil menyelam minum air; boleh jadik macam Malik Noor punya badan. Haha!
  3. Keperluan peribadi. Rasanya tak perlu la nak terangkan lebih-lebih sebab tau-tau je la~ Hehe~
  4. Latih diri korang untuk pandai bercakap di depan khalayak ramai. Tingkatkan keyakinan korang tu. Sememangnya kemahiran soft-skill nie amat penting dalam dunia kerjaya kita kelak. Jangan jadi malu yang tak bertempat. Bak pepatah, malu bertanya sesat jalan.
  5. Hati kena senantiasa ingat ALLAH! Ini yang utama! Jangan ingat je. Buat segala yang wajib kita buat. Yang penting, SOLAT! Solat fardhu tau! Kena bagi cukup 5 waktu. Bagi yang buat acuh tak acuh, mula dari sekarang solat. Bagi lelaki, maksimumkan masa solat korang kat surau/masjid. Jemaah! Bukan apa, nanti kalau korang ingat Allah, Allah akan ingat kat kita dan Dia akan tolong kita kelak.
  6. Lepas tu, sentiasa ingat tujuan korang masuk U. Korang nak masuk U sebab nak belajar, kan? Nak balas jasa ibu bapa korang tu. Kalau nak masuk U semata-mata nak cari awek/pakwe, bagi Paly, lupakan kalau korang tak pandai bahagikan masa dan kasih sayang korang tu. Lain jadinya nanti.
  7. Kemudian, hati korang kena tabah! Walaupun orang nak kata apa atau buat apa pun, kita tetap berdiri. Jangan terlalu cepat kecil hati. Motivasikan diri korang tu dengan ingat kepada Allah dan tujuan korang masuk U.
  8. Jangan cepat stress~ Haa~ Perkara stress nie sudah menjadi lumrah hidup seorang pelajar universiti. Kalau stress pun, buat lagak relax je macam itik yang berenang di arus deras. Tampak tenang di luar air tapi hempas pulas kayuh di bawah air. Haha!
  9. Kewangan. Bagi orang yang dah ada biasiswa FAMA (Father Mother), takde masalah. Jangan terlalu risau sangat. Biasiswa ada banyak. Kalau desperate sangat, PTPTN ada. Itu pun kalau nak la~ Ya! Memang kita pakai banyak duit sebab kira sekali dengan makan minum kita, yuran laa~ baju laa~ buku laa~ etc. So, fikir-fikirkanlah terlebih dahulu.
  10. Senior. Senior la yang banyak tolong kita. Lecturer? Lecturer sekadar bagi panduan kat kita je. Belajar sendiri. Cukup-cukup la cikgu sekolah dulu makan suap kita. Orang kata experience is the best teacher. Kita takkan tahu kalau kita sendiri cuba. Tak salah kalau kita cuba. Walau gagal sekali, tak bermakna gagal selama-lamanya. Kita sebagai manusia belajar dari kesilapan. Tapi, kalau asyik buat salah yang sama je~ tak guna juga.
  11. Libatkan diri dalam variasi aktiviti. Buat aktiviti nie sebenarnya best! Dapat relax sikit. Main bola ke~ Main instrument musik ke~ Apa-apa sahaja korang minat dan berfaedah. Tapi, sampai wakil U pun, belajar kena seiringan. Asah bakat dan kemahiran yang baik korang yang ada tu.
Hmm, rasanya itu je laa~ Ada banyak lagi sebenarnya. Haha! Tapi, dah lama tak perah kering otak untuk buat post blog nie. Hehe~ Walau apape pun, bagi yang berminat nak ambil course Sarjana Muda Sains Senibina, boleh la tanya Paly. Paly akan cuba jawab dengan baik walaupun Paly nie baru je habis Semester 1 (Part 1) tapi banyak pengalaman yang mengajar. 

Comments

  1. dan yang paling penting tak homesick ye :P , yg ni in case kalau dpt jauh dari family... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3! Boleh jadi penyakit doo~ Haha! :P

      Delete
  2. I'll be Seri Iskandarian . tapi course diploma akaun lahh dan cuma transit nnt kena pindah tapah . btw thanks for the post ! Naik semangat !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagos2 semangat tu yang nak tu! Teruskan! Jangan sesekali hangat2 tahi ayam! Chaiyok! Haha! XD

      Delete
  3. hello there ! aku ny bakal masuk seri iskandar . just wanna ask something ,
    1 : mcm mana 1st kau blajar ? ada rasa pressure or susah tak ?
    2 : aku minat gila2 na jadi arkitek ,tapi aku cuma ada masalah tak yakin untuk bljar , is it too hard ?

    please help me , ceritakan pasal macam mana kau 1st-2 start blajar , :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there. Haha! Okay. Kalau nak dicerita memang panjang. So, mesti ada FB kan? Kita chat dengan FB je, okay. Jangan lupa mesej tau. :)

      Delete

Post a Comment