Tips2 Cemerlang Dalam Exam


Haha! Apa khabar korang semua? Hehe~ Kali nie pulak Paly nak kongsi rahsia Paly cemerlang dalam peperiksaan. Hmm~ Topik nie memang Paly nak buat lama dah. Maka, oleh sebab agak ramai yang tanya tips2 Paly nie; Paly buat laa~ Haha! 

Sebenarnya, secara jujurnya, tips2 nie sama je dengan tips belajar yang kita selalu kita dengar atau baca. Cuma, yang bezanya, sikap orang tu sendiri. Buat ke tak buat. Ikhlas ke tak ikhlas. Itu je~ Tapi, kalau nak lebih, korang kena ikut satu perumpamaan Inggeris nie;
Excellent students didn't do different things, they just do things differently.
Sebelum tu, Paly sekolah SBP (Sekolah Berasrama Penuh), jadi mungkin ada tips2 yang lain sikit kalau nak dibandingkan dengan korang yang bersekolah harian. Juga, mostly perkara yang Paly buat selama nie. Rambut sama hitam hati lain2. Walau bagaimanapun, Paly akan cuba beritahu secara umum.

Okay, Paly nak utamakan yang paling penting. Niat. Nawaitu kita perlu betul. Tiap2 pagi tu sebelum nak pegi sekolah, lafazkan niat kita tentang perkara atau pekerjaan yang akan kita hendak buat hari tu. Lafaz dalam hati laa~ Nanti bila monolog sendiri, orang kata kita capub (CAri PUBlisiti) plak! Haha! 

Okay, nak masuk kelas plak! Sentiasa mulakan dengan langkah kanan. Pasal kelas nie pulak, kita kena jaga kelas kita masing2; jaga kebersihan, bagi ceria sikit kelas tu, etc sebab kelaslah tempat yang ilmu dicurahkan. Untuk pengetahuan korang, keceriaan kelas Paly kena start dulu. Nanti baru la kawan2 kelas Paly ikut~ Typical! Haha! Bagi Paly, kalau nak study ke, kebanyakkannya Paly habiskan masa di kelas.
Knowledge is everywhere in the class. 
Lepas tu, hubungan kita dengan Allah. Kita sebagai Muslim perlu patuh akan Rukun Islam sebagaimana yang kita hafal sejak kecil lagi tu. Ya! Manusia nie tak sempurna. Jadi, doa kena jalan jugak, tapi perlu konsisten. Tak nak la macam hangat2 tahi ayam. Biar kita buat sikit2, nanti dah biasa laa~ Cuma bila nak dekat exam tu, tambahkan sikit ibadah dan doa.

Hubungan dengan orang lain pon kena jaga jugak! Mak ayah kena diutamakan dulu. Sebelum pergi sekolah, salam peluk cium dengan mereka dan jangan lupa baca doa untuk ibu bapa. Cikgu2 kena buat baik; kerja sekolah kena siapkan. Kawan2 pon penting jugak. Study group dengan diorang. Setiap sorang ada kelebihan dan kekurangan masing2. Bila digabungkan, InsyaAllah, kita takde masalah dalam pembelajaran. 

Aktiviti dalam kelas pulak, kalau boleh, dapatkan tempat duduk paling hadapan sekali! Haha! Bagi Paly, kalau duduk depan, ilmu cepat masuk. Sebagai analoginya, macam ombak. Bila kita berenang ke tengah laut, kita dapat rasa betapa besarnya ombak tu langgar kita. Tapi, cuba kalau duduk kat pantai. Dapat rasa sikit je la~ Tak puas! Haaa~ Macam tu la yang Paly rasa. Tambah pulak, bila cikgu cakap, kita dapat dengar dengan jelas. 

Lagi satu yang jadi masalah dalam kalangan plajar2 nie, nak bertanya. Memang jadi kronik la agaknya. Haha! Jangan sesekali kita malu nak bertanya. Tak salah nak tanya. Kawan2 nak ngata kita?? Biarkan! Ingat! Kita yang nak belajar! Teguhkan pendirian korang tu! Lantak la diorang nak kata apa pon. Nanti bila korang lebih cemerlang dalam exam berbanding dengan kawan2 korang tu, haha! Tau2 je la kan! Hehe~

Senantiasa fokus dalam kelas! Bila cikgu tengah cakap, tengok mulut beliau. Cuba fahamkan apa yang cikgu tengah cakap tu. Ikut macam Paly, bila cikgu tengah cakap tu kan, senyum. Confirm cikgu seronok tengok kita. Hehe~ Paly ingat lagi masa kelas Sejarah. Cikgu Azizah yang mengajar. Paly senyum je bila cikgu bincang pasal Sejarah. Pastu, cikgu berhenti sekejap. Cikgu cakap kat Paly, "Manis senyuman Fadily nie~". Haha! Ape lagi, malu2 kucing laa~ Haha! 

Haa! Untuk pengetahuan korang, Paly ada motivator Paly sendiri. Memperkenalkan! Dr. Tengku Asmadi! Hehe~ Paly kenal dia melalui salah satu buku beliau; Motivasi Alihan Pelajar (MAP). Bagi Paly, isi kandungan buku nie memang menarik dan dapat meningkatkan motivasi Paly. Selalu gak Paly baca buku nie. Tak jemu tau! Hehe~ Paly cerita sikit isi kandungan dalam buku yang Paly tak pernah lupa. Korang tau tak, markah exam kita tu sebenarnya 50% daripada fokus dalam kelas, 30% ulangkaji dan 20% lagi kerja sekolah.

Di samping tu, kesihatan pon kita perlu titik berat. Amalkan budaya bersukan. Walaupun Paly nie tak berapa minat sangat bersukan, tapi Paly ada belajar Silat Cekak Ustaz Hanafi kat sekolah. Dah tamat dah pon. Cuma, nak ingat step tu balik tu yang payah skit. Hehe~ Agak lupa di situ. Libatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Oleh sebab, 10% markah SPM kita dari kokurikulum, jadi kena la aktif selalu~ Masuk kelab yang korang suka dan minat serta ada bakat. Paly kalau sekolah Paly tu ada kelab performing arts, wajib masuk! Haha! Minat ngan bakat dah ade, ape lagi? Jalan laa! Haha! 

Selalu rangsangkan daya kreativiti korang. Kalau boleh, buat aktiviti positif yang korang selalu buat bagi relax sikit badan dan minda tu. Kita nie bukan robot; asyik buat study 24 jam. Robot pon kena rehat gak! Hehe~

Hmm~ tips yang seterusnya nie mungkin korang tercari2, kan? Cara nak mahirkan diri dalam berbahasa Inggeris nie. Haha! Paly kongsi cara Paly. Paly dari darjah 6 minat English. Oleh sebab Paly nie suka berlakon, Paly tengok English movie yang mempunyai sarikata Inggeris gak! Bila ada perkataan yang tak paham, cari dalam kamus. Lagi satu, cuba speaking dengan kawan2, takpe kalau broken pon. Kawan korang pon ape kurangnye. Haha! Nak lebih mantap, korang selalu on9 Facebook, kan? Haa~ Paly selalu gak chat ngan orang yang tinggal kat luar negara. Kalau ada  statement yang salah, diorang tegur laa~ Hehe~ Secara umumnya, korang kena pandai mengaplikasikan minat korang untuk mahirkan sesuatu. Faham?

Secara umum, terpulang kepada korang sendiri untuk pilih jalan yang betul ataupun tak. Sendiri fikir masa depan korang. Ingat! Siapa lagi yang nak balas jasa mak ayah kita selain daripada kita sendiri. Nak harapkan adik beradik lain? Come on laa~ Sampai bila korang nak asyik hidup bergantung? Buktikan yang korang tu lebih baik daripada adik beradik korang tu. 

Last but not least, korang kena sentiasa berfikiran positif. Apa yang kita fikir adalah perkara yang bakal kita buat. Lagi satu, bila kita berkata2 kepada orang lain, ia diumpamakan yang kita sedang bercakap di hadapan cermin. Baik kita cakap kepada orang, baik la berbalik kepada kita dan vise versa (sebaliknya). Sekian.

Sila 'like' dan comment ye. Terima kasih sebab sudi membaca

Selamat Maju Jaya!


Isk3! Sedihnya~ Tak lama lagi kawan2 Paly dari SERATAS akan ikut halatuju masing2. Sekarang, sudah tiba masanya untuk mereka naiktaraf sistem pembelajaran mereka. They'd grown up so fast! Haha! Ada sesetengah yang akan bersama2 juga dalam IPT nanti. Hmm~ Nampaknya Paly akan merasa sunyi sementara nak tunggu bulan September nanti. 

Walau apa pun, rasanya sempat lagi Paly nak buat ucapan kepada kawan2 yang Paly kenal dari sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Kenering) sehingga sekolah menengah (Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah). Ehem!


Assalamualaikum, guys. Paly nak ucapkan selamat maju jaya dalam hidup korang nanti. Nasihat Paly dari hati seorang rakan, belajar dengan bersungguh-sungguh tau! Sentiasa ingat mak ayah korang. Kat IPT nanti jaga diri elok-elok sebab kita nie masih mentah lagi dalam dunia yang baru kita melangkah masuk. Macam2 boleh jadi. Perkara yang kita tak pernah terfikir mungkin akan berlaku. 

Tapi, bagi yang beragama Islam, dengan dekatkan diri kita kepada Allah, InsyaAllah, kita dapat hindarkan diri kita daripada perkara yang tak diingini. Walau bagaimana pun, dugaan / ujian yang diturunkan kepada kita nie sebenarnya mengajar kita untuk menjadi lebih matang. Masa ini lah yang sesuai untuk mengaplikasikan segala yang positif yang kita belajar samada secara langsung mahupun tak. 

Lagi satu, nanti ditempat baru, cari kawan yang baik. Ada satu perumpamaan yang dapat disamakan; Kalau kita kawan dengan tukang besi, kita akan terkena percikan api, tapi bile kita kawan dengan penjual kasturi, nescaya kita akan berbau kasturi juga. Walaupun begitu, tak salah juga kalau kita kawan yang agak nakal. Dengan syarat, jangan sampai terpengaruh dengan mereka. Tapi, kita yang patut pengaruhi mereka. Sekurang2nya, sebagai rakan kita sepatutnya beri nasihat. Kemudian, terpulang kepada mereka hendak ikut nasihat kita ataupun tak.

Cukuplah setakat tu. Akhir kata, Paly akan merindui korang semua. Cuma jangan sesekali kita lost contact, okay? Bukan senang nak dapat kawan yang istimewa macam korang nie. Hehe~ Rezeki Paly dapat sekolah kat situ. Kalau tak, jadi katak di bawah tempurung la Paly nie. Ya! Secara peribadi, memang Paly nie AMAT titik berat tentang isu rakan nie. Rasanya macam sunyi je kalau tak ada kawan, kan? Sememangnya seronok bila dapat buat kawan nie. 

Antara niat lain bila Paly berkawan nie adalah Paly dapat belajar dan tengok personaliti tiap2 kawan2 Paly nie. Well, nak jadi sorang pelakon nie kena ada ilmu. Setiap orang pasti berbeza personaliti dan penampilan. Hal ini untuk meyakinkan penonton yang kita nie adalah watak yang kita bawa. Haha! Paly petik kata2 nie dari video yang Rosyam Nor buat pasal cara2 nak jadi seorang pelakon yang disegani. Last! Terima kasih korang! Paly sayang korang semua! Sekian. 





Sila 'like' dan comment ye. Terima kasih sebab sudi membaca

Peluang Kerjaya Graduan Arkitek


Bertemu kita kembali. Hehe~ Paly rasa nak terus kepada main topik kali nie sebab mood pon macam tak seberapa. Tapi, nak buat camne, kena la post sesuatu demi elak chronicle ni daripada hilang ditelan arus pemodenan. Hehe~

Sebenarnya, semalam ayah Paly ada cakap yang bila kita belajar di universiti bumiputera seperti UiTM, nanti peluang pekerjaan agak sukar dicari kerana katanya lagi syarikat bukan bumiputera akan mempertimbangkan permohonan pekerjaan Paly sebab Paly nie belajar kat universiti bumiputera. Maksud ayah Paly, dia kalau boleh tak nak Paly belajar kat UiTM. Walau bagaimanapun, ayah ade gak cakap nie hanya cadangan ayah sahaja. Terpulang kepada Paly nak belajar kat mana.

Asalnya, ayah Paly dah banyak kali cakap pasal bende nie. So, tiap2 kali tu laa perasaan Paly nie berbelah bagi. Tak pasti samada pandangan ayah pasal bende nie betul atau pun tak. Tapi, alhamdulillah~ Allah beri Paly petunjuk. Paly terus hantar emel kepada pensyarah UiTM yang Paly kenal; juga seorang arkitek. Namanya Ar. Azman Zainonabidin. Berikut merupakan emel yang Paly hantar :


Assalamualaikum, Tuan. saya ada berbincang dengan ayah saya. Beliau kata bila saya keluar U nanti, saya sukar nak dapat kerja daripada syarikat kaum bukan bumiputera. Katanya, permohonan saya bakal dipertimbangkan. Syarikat bukan bumiputera ni ada projek besar2. Kalau syarikat bumiputera ni pula projeknya kecil saja. Jadi, betulkah pandangan ayah saya ni, Tuan? Saya minta pandangan dan cadangan daripada Tuan berkenaan kerjaya arkitek saya nanti. Terima kasih.

Kemudian, pagi tadi Paly ada bukak emel balik. Ar. Azman reply :-


Mualaikumusalam wb,
 
Pertama, saya amat TIDAK BERSETUJU dengan ayah kamu mengatakan kesukaran mendapat kerja, Mungkin beliau tidak faham dengan graduan Senibina.
 
Untuk rekod, sejak Senibina wujud sejak tahun 1972, tiada seorang pun yang menganggur.
 
Ayah kamu mungkin merujuk kepada syarikat-syarikat pemaju atau kontraktor milik bukan bumiputera. Memang tidak dinafikan pemaju/kontraktor bukan bumiputera jarang mengambil graduan bumiputera. Tapi graduan Senibina TIDAK PERLU bekerja dengan pemaju atau kontraktor. Sebaliknya mereka akan bekerja dengan firma2 perunding Arkitek. Malah ramai firma arkitek bukan bumiputera mengambil graduan bumiputera kerana profesionalisma. Contoh, semua Arkitek cina di Ipoh memiliki pekerja2 Melayu. Firma Akitek Ding Poi Koi sendiri mempunyai pekerja Melayu lebih ramai dari Cina.
 
Bagi projek2 kerajaan YANG BESAR-2, kesemuanya dikendalikan syarikat firma Arkitek BUMIPUTERA. Firma saya sendiri mengendali projek2 melebihi RM100 juta. Jadi tidak perlu risau apa2. Ramai lagi firma Arkitek bumiputera melaksanakan projek2 besar.
 
Lagipun, projek kecil atau besar tidak penting kerana bagi seorang graduan Senibina yang paling penting ialah pengalaman yang diperolehi. Pengalaman yang berguna bagi membolehkan mereka menyambung pelajaran dan mengambil peperiksaan professional bagi membolehkan mereka digelar "Ar". Tidak guna mengendali projek besar kalau hanya melakukan tugas2 kecil.
 
Graduan Senibina tidak tertakluk kepada firma Arkitek sahaja. Malah boleh bertugas dengan sektor awam seperti JKR, Majlis Perbandaran dsb. Malah mereka juga boleh menjadi pensyarah dengan gaji yang agak lumayan. DAN JANGAN LUPA MUNGKIN SATU HARI NANTI KAMU BOLEH MEMILIKI FIRMA SENDIRI.
 
Terserahlah pada kamu.

Lepas je Paly baca emel daripada Ar. Azman, barulah Paly rasa yakin sangat. Nampaknya Paly kena ubah persepsi ayah berkenaan perkara nie. Paly tau manusia nie tak sempurna. Tak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Jadi, barulah ayah perbetulkan pandangannya tu. 

Hmm~ Lagi satu yang ayah cakap pasal biasiswa. Plan Paly sebenarnya nak mohon PTPTN je~ Tapi, ayah Paly nak Paly mohon biasiswa sebab tak payah bayar balik. Bagi Paly, takpe la kalau amik pinjaman pon sebab UiTM kan murah je dia punya yuran pengajian. Pasal biasiswa nie Paly ada sedikit konflik sebab tak banyak biasiswa yang tawarkan untuk bidang architecture nie. Setahu Paly laa~ 

Kemudian Paly cuba nak mohon MARA. Tapi, salah Paly sebab paly TERmohon JPA terlebih dahulu. Paly bukannya nak pegi oversea pon. So, JPA ngan MARA nie macam satu kepala. Kalau dah mohon JPA, MARA tak payah mohon dan vice versa. Itulah kesahnya.

So, Paly akan cuba aturkan apa yang patut buat masa sekarang nie. Normal laa kan kalau masa nak masuk U nie. Newbie la kata kan. Masih mentah! Kena merasa dulu, baru tau. Bak kata pepatah lama Inggeris, Experience is the best teacher~. Sekian. 

Sila 'like' dan comment ye. Terima kasih sebab sudi membaca

Semakan Keputusan Permohonan UPU


Haa~ Halo! Halo! Haha! Paly tau sekarang merupakan masa yang genting! (tak de la genting sangat). Saat2 yang dinantikan oleh calon2 SPM 2011 selepas isi UPU sebelum nie. Terima lah! Semakan nie boleh di'check' mulai pukul 12 tengah hari bertarikh hari nie, 7 Mei 2012. 


Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier

Haa~ Walau apa pun, tahniah kepada yang mendapat choice pertama yakni bende yang korang nak, kan? Hehe~ Walaupun ada yang pakat isi je~ Sebab result tak berapa okay. ==" Ikut nasib je~ 

Btw, Paly dah check dah walaupun Paly dah dapat surat tawaran sebelum nie. Apa? Korang tak tengok lagi? Meh Paly tunjuk kat SINI. Tapi, kali nie Paly check lain. Hehe~ Nasib baik boleh. Kalau tak, sesak macam tadi. 

Yang nie di'check' melalui UUM


Sekarang nie Paly kena tunggu keputusan temuduga Sarjana Muda tu. Hmm~ harap2 la dapat dan dapat kat UiTM Puncak Alam. Lagipun jauh sikit dari Perak. Sekali sekala nak belajar jauh. Dari kampung ke Kenering ke Taiping dan moga2 ke Shah Alam. Aminn~

Bukan apa, bagi Paly, mungkin kat Puncak Alam ada kelab drama yang boleh Paly masuk. Di samping mengejar cita2 boleh asah lagi bakat yang ada. Hehe~ Kat Puncak Alam kan ada Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik. Itu la plan Paly buat masa nie. Kalau ada perubahan lain, kena tukar plan la jawabnya. 

Okay la~ tu je la Paly nak cerita. Sebenarnya, nak promote link UPU tu sebab ramai yang tanya. Banyak jugak link nie dari pelbagai IPT macam Paly cerita tadi, dari UUM, UiTM, etc. Yang lain tak tau ade ke tak. Hehe~ Sekian, wassalam.

Sila 'like' dan comment ye. Terima kasih sebab sudi membaca

Majlis Akad Nikah Scha Al Yahya dan Awal Ashaari


Salam pertemuan kembali (walaupun ada yang baru baca. Hehe~)! Haa~ Korang mesti tahu kan pasal majlis akad nikah artis2 yang Paly yakin semua orang kenal; Scha Al Yahya dan Awal Ashaari. Sebenarnya mereka nie dah lama kenal antara satu sama lain. Cuma Awal nak tunggu masa yang sesuai untuk mengambil Scha sebagai yang halal buatnya. 

Sebelum nie, kita dapat tengok Awal melamar Scha secara LIVE dalam rancangan Propaganza. Yang Play tak tahan tu, Awal ada sebut ayat dialog yang sama macam dalam cerita Syurga Cinta. 


"Sudikah awak menjadi yang halal buat saya?"

Lebih kurang laa~ tapi yang nie real punya! Paly rasakan, masa tu ada rama2 dalam perut Awal (Butterfly in the stomach~ Haha!). Ye laa! Bukan selalu kita buat kan? Melainkan kalau korang nie suka tukar2 pompuan bagi lelaki. Tapi, Paly tak kata korang laa~ Paly cakap korang yang lain. Haha!

Tapi kan, Paly agak terkilan sebab ingat boleh la tengok majlis nie LIVE kat Astro Ria(104) ngan Astro Awani(501). Tapi, tunggu punya tunggu. Tak jugak bersiaran. Hmm~ rasanya pukul 9 setengah kot! Tapi tak jugak~ Bertambah gelisah la hati nie! Mana taknya, Paly ada tengok Twitter Farah Fauzana. Dia pegi tengok kat majlis tu. Setiap masa dia update. Memang majlis akad nikah nie dah start sebelum pukul 9 malam lagi. Ada gak rakan artis yang lain macam Sazzy Falak, Dynaz Mokhtar dan Syazwan Zakariah.

Lepas tu, dah habis~ Huhu~ Kecewanya tak dapat tengok event nie. Tapi! Nasib baik ada Astro Awani ada bagi pengumuman kat Twitter. Rupa2nya ada masalah teknikal malam tu. So, ada rakaman di Astro Ria hari Sabtu (5 May) pukul 12.30 tgh hari dan 5.30 ptg serta hari Ahad (6 May) jam 12.30 tgh hari. Haha! Paly pun apa lagi, bukak terus TV. Lain daripada tu, Paly ada search gambar2 Awan ngan Scha. Tapi, sikit je la~ Korang boleh Google gambar2 diorang ye~ Hehe~

Dengan sekali lafaz Scha Al Yahya menjadi isteri yang sah buat Awal Ashaari
Aaa~ Betapa bahagianya perkahwinan. Moga2 berkekalan hingga akhir.


Okay, nak cerita serba sedikit mengenai majlis akad nikah nie. Pelakon dan pengacara TV, Awal Ashaari telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya Scha Al Yahya dengan sekali lafaz di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside, sekitar jam 9.15 malam tadi.

Majlis akad nikah telah disempurnakan oleh bapa Scha Al Yahya sendiri, Syed Mahadzir Syed Kechik Al Yahya yang juga merangkap sebagai pemberi akad nikah dan wali dengan dibantu Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Jawi Putrajaya, Ustaz Mohd Salman Idrus.

Acara sempurna dengan pemberian mas kahwin sebanyak RM2,050 dan hantaran daripada pihak lelaki sebanyak tujuh dulang dan dibalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.

Akhir kata, harap2 perkahwinan nie akan berkekalan sampai akhir hayat. Kalau tak, habis la artis berdua nie dipangkah oleh orang2 yang tak puas hati ngan diorang nie. Ade je~ Dunia nie seimbang. Ada yang baik, ada yang buruk. Walau bagaimana pun, kalau kita ikut perkara yang disarankan syariat dan Al-Quran, jalan kita akan sentiasa dipimpin oleh Allah SWT. Percayalah! Sekian.

Sila 'like' dan comment ye. Terima kasih sebab sudi membaca

Oh Belog!

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets