Posts

Showing posts from February, 2012

Couple itu HARAM! (Part 2)

Inspirasi ni merupakan sambungan daripada Part 1. Paly ada cakap yang Paly ada baca satu artikel dari majalah Sinergi, kan? Haa~ Semalam, Paly ada cari artikel yang sama dengan apa yang Paly baca. Alhamdulillah! Jumpa jugak! Asal artikel ni dari laman web ILuvIslam. Trimas, ILuvIslam! Hehe~ 
Memang artikel ni sama dengan artikel yang Paly baca tu. Untuk pengetahuan korang, Paly ada ubah beberapa perkataan supaya mudah dibaca. So, jom kita baca!
********************* Firman Allah s.w.t:
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Surah al-Isra': ayat 32) Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka. Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.
Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lain. Saya p…

Couple itu HARAM! (Part 1)

Hari ni Paly ada sikit mood nak update blog. OK, Paly nak kongsi sikit pengalaman Paly mengenai couple ni. Sudah menjadi topik perbualan saban hari kalau bab cinta ni, kan? Paly sebenarnya PERNAH couple dengan sorang perempuan yang sebaya dengan Paly. Tak silap, sejak bulan Januari 2011; masa Paly Form 4. Ye la~ perasaan inkuiri yang tinggi dalam peringkat remaja ni memang normal bagi sesetengah individu. 
Kisahnya begini, Paly kenal dengan A (Bukan nama sebenar) melalui FACEBOOK. Cee~ Facebook jugak. Ala~ macam Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif tu. Hehe~ Asal Paly online je, ada je dia yang nak chat ngan Paly. Paly layan je~ first2 Paly anggap dia sebagai kawan maya je. Tak pernah jumpa direct pun sejak kami kenal. Tengok gambar dalam  fb je la~ 
Kemudian, kami mula bertukar nombor telefon. So, ada dua sistem perhubungan antara kami; Facebook ngan phone. Oleh sebab masa tu Paly masih bersekolah SBP, Paly memang tak bawak phone balik asrama. So, Facebook la yang menjadi satu2nya s…

Pilih Kasih 3 Musim Terakhir?!

Terkejut kan? Bagi yang minat cite PK tu la~ Bagi Paly pulak, memang Paly tak dapat terima hakikat ni. Ye la~ Untuk pengetahuan korang, Paly sebenarnya dah lama rancang nak masuk PK ni bila dah cukup umur nanti. Tapi~ tak sangka PK hanya mampu bertahan selama 3 musim je. Huhu~ Sedih sangat! Terpaksa Paly ubah balik plan.
Paly dapat tahu bila Paly tanya salah sorang daripada artis PK3, Ai Iqmal!!! Iyoolaah~ Haha! Tu la trademark dia. Tengah malam semalam, Paly ade tanya dia camne nak masuk PK. Lagipun, ada la gak sorang kawan Paly ni minat bidang lakonan gak. Nama sebenarnya pulak DM. Haha! Tekalah~
Paly tanya dia melalui twitternya. Hehe~ dia online dengan phone Blueberry.Paly tanya camne dia punya ujibakat, kiranya Paly tanya pasal pengalaman dia dapat pass ujubakat tu. Pasal Paly nak masuk PK sebab tu Paly tanya dia. Mengejutkan bila Abg Ai Iqmal balas:-
Then, Paly respon:-
Lepas Paly baca, betapa luluhnya hati Paly bila dapat tau lepas ni tak de dah PK. Huhu~ Lepas tu, Paly rasa ragu2,…

Cara Untuk Jadi Pelakon Yang Baik

Image
Salam perjumpaan kembali! Paly nak share pasal bidang yang Paly minat sangat yakni LAKONAN. Masa Paly sekolah menengah, Paly mula rasa minat dalam bidang lakonan ni. So, Paly ada join Pertandingan Drama Bahasa Inggeris. Tanpa disangka, Paly dapat anugerah 'Pelakon Pembantu Terbaik'. Ape lagi! Makin semangat la Paly nak jadi pelakon. 
Tapi, Paly tau jadi pelakon ni macam kapal layar yang dilambung ombak. Hidup tak menentu. Kadang2 kita duk kat atas dan sebaliknya. Hmm.. Paly buat keputusan nak jadikan karier ni sebagai kerja sampingan je. Sebelum ni Paly minat nak jadi arkitek. Sejak dari sekolah rendah lagi. So, stick to that ambition la~
Tapi kan, Paly ade gak cadang nak masuk Pilih Kasih. Serius! Bila Paly tengok program realiti tu, memang tak kan lepas punya. Semangat tu membara sampai langit ke-7!! Haha! Korang~ nanti kalau Paly pass ujibakat PK4 or PK5 korang undi Paly tau. Support Paly! Paly akan buat yang terbaik untuk hiburan korang nanti! Amin~
OK! Back to topic~ Pal…

Bahasa Gerik

OK, guys. First of all, selamat hari Isnin! Hmm, ramai gak yang tak suka hari Isnin ni. Sampai terpacul statement:- 
'IHateZMonDay VeRy MuNcH2!!'Haha! Camtu la lebih kurang. OK! Back to the topic above! Korang penah dengar tak bahasa Gerik sebelum ni ? Ade yang dah. Ade yang belum. Tak pe la~ Tak penting pun. Yang penting, Gerik No.1!! Haha!
Paly sebenarnya asal Teluk Intan nun jauh ke selatan Perak. Tapi, Paly tinggal kat Gerik yang totally awwesomelicious~ Amboi~ terbelit lidah! Haha!
Kali ni, Paly nak ajar korang camne nak speaking pelat orghang Gerghik! Hehe~ Sekali lagi, segala info yang Paly dapat diambil dari FB yang setia. Paly dapat senarai bahasa Gerik ni daripada Mukim Kerunai Cakap Gerik. Tanpa membuang masa lagi, jom kito blajaq samo2!

Mungkin sesetengah bahasa ni ada persamaan dengan pelat kat negeri lain. Tapi, tak pe sebab kita kan 1Malaysia~ Haha! Secara jujurnya, Paly tak berapa tahu sangat bahasa ni walaupun dah dekat 17 tahun tinggal kat Gerik. Paly cuma tahu d…

Surat Untuk Datin Seri Rosmah Mansor

Haa~ kali ni nak kongsi sesuatu yang Paly baca dalam facebook tadi. Mungkin perkara ni dah lama; sejak tahun lepas lagi. Tapi, ia memang menarik perhatian Paly. Tengok tajuk dia balik. 
"Surat Untuk Datin Seri Rosmah Mansor"
Sememangnya kebanyakan orang jarang nak buat apa yang remaja lelaki sorang ni. Paly tabik spring dengan saudara Muizzudin ni. Jom kita baca:-
Assalamualaikum Datin Seri.Saya Muhammad Muizzudin bin ZainiJulai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun.
Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.
Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran neg…

Trip To Kuala Lumpur

Hi there! Kali ni Paly nak cite pasal rombongan ke KL semalam. Fuhh~ sememangnya perjalanan yang hampir 1 hari tu penat giler. Asalnya rombongan tu nak pegi kenduri kahwin kat Taman Melawati, Setapak, KL. OK, kita start dari mula (start dari mula ?? lol). 
Pagi smalam Pak Tam ada datang rumah nak suruh mak bersiap nak pegi kenduri tu. Tapi, mak tak jadi  pegi sebab nak jaga adik bongsu Paly; dia demam. Kalau mak tak jadi pergi maknanya kena ganti la. Tambang bas dah dibayar; RM40. Rugi kalau tak pergi. So, Paly menawarkan diri nak ganti mak. Wakil dari kampung Paly, Kampung Air Jada, 2 orang je! Paly dengan mak saudara Paly (Mak Tam). Ramai jugak dari kampung sebelah, Kampung Belum Baru.
Maka, bermulalah perjalanan bas ke Kuala Lumpur. Masa tu, Paly terasa sangat teruja sebab pegi KL. Macam2 benda pikir kalau pegi KL. Ingat boleh la jumpa kawan Paly dari SERATAS macam Syed Danial (tapi dia duk Damansara), Iqmal, Lisa, Ameer, Azam, Baly (Baru teringat, Azam ngan Baly dapat PLKN) etc. 
Kam…