Pilih Kasih 3 Musim Terakhir?!





Terkejut kan? Bagi yang minat cite PK tu la~ Bagi Paly pulak, memang Paly tak dapat terima hakikat ni. Ye la~ Untuk pengetahuan korang, Paly sebenarnya dah lama rancang nak masuk PK ni bila dah cukup umur nanti. Tapi~ tak sangka PK hanya mampu bertahan selama 3 musim je. Huhu~ Sedih sangat! Terpaksa Paly ubah balik plan.


Paly dapat tahu bila Paly tanya salah sorang daripada artis PK3, Abg Ai Iqmal!!! Iyoolaah~ Haha! Tu la trademark dia. Tengah malam semalam, Paly ade tanya dia camne nak masuk PK. Lagipun, ada la gak sorang kawan Paly ni minat bidang lakonan gak. Tapi, dia nak lebih dikenali sebagai Ara Dawsons. Nama sebenarnya pulak DM. Haha! Tekalah~

Paly tanya dia melalui twitternya. Hehe~ dia online dengan phone Blueberry.Paly tanya camne dia punya ujibakat, kiranya Paly tanya pasal pengalaman dia dapat pass ujubakat tu. Pasal Paly nak masuk PK sebab tu Paly tanya dia. Mengejutkan bila Abg Ai Iqmal balas:-





Then, Paly respon:-





Lepas Paly baca, betapa luluhnya hati Paly bila dapat tau lepas ni tak de dah PK. Huhu~ Lepas tu, Paly rasa ragu2, untuk dapatkan kepastian Paly tanya terus dari hos Kisah PK, Abg Muaz Mohamed!! Dan jawapan dia:-




Sah!! Ternyata Paly tak bermimpi. Hmm, sejak Paly minat PK dari musim first lagi, Paly dah pasang plan nak masuk PK. Tapi, bagai kaca terhempas ke batu. Akhirnya, Paly buat keputusan:-


Mungkin dah bukan rezeki aku nak masuk PK lagi. Aku rasa Allah nak bagi yang lebih baik buat aku daripada PK. Sesungguhnya aku redha atas keputusanMu, Ya Allah~ Engkau yang Maha Bijaksana yang tahu apa yang terbaik buatku. Engkau juga masih menyayangiku dengan memberi ujian ini. Alhamdulillah~



Oleh itu, Paly akur dengan keputusan Allah ni. Ala~ tak semestinya nak jadi pelakon kena masuk PK, kan? Banyak lagi cabang2 nak jadi pelakon. Ok! Tu je la Paly nak cite. Mungkin berita ni korang baru tau. Sekarang, Paly dah cite. Yang penting, always be happy in your life. No bad sangka, ok? Haha! 

Sila 'like' dan comment ye. Terima kasih sebab sudi membaca

Cara Untuk Jadi Pelakon Yang Baik



Salam perjumpaan kembali! Paly nak share pasal bidang yang Paly minat sangat yakni LAKONAN. Masa Paly sekolah menengah, Paly mula rasa minat dalam bidang lakonan ni. So, Paly ada join Pertandingan Drama Bahasa Inggeris. Tanpa disangka, Paly dapat anugerah 'Pelakon Pembantu Terbaik'. Ape lagi! Makin semangat la Paly nak jadi pelakon. 

Tapi, Paly tau jadi pelakon ni macam kapal layar yang dilambung ombak. Hidup tak menentu. Kadang2 kita duk kat atas dan sebaliknya. Hmm.. Paly buat keputusan nak jadikan karier ni sebagai kerja sampingan je. Sebelum ni Paly minat nak jadi arkitek. Sejak dari sekolah rendah lagi. So, stick to that ambition la~

Tapi kan, Paly ade gak cadang nak masuk Pilih Kasih. Serius! Bila Paly tengok program realiti tu, memang tak kan lepas punya. Semangat tu membara sampai langit ke-7!! Haha! Korang~ nanti kalau Paly pass ujibakat PK4 or PK5 korang undi Paly tau. Support Paly! Paly akan buat yang terbaik untuk hiburan korang nanti! Amin~

OK! Back to topic~ Paly ada cari cara nak jadi pelakon yang baik. So, paly ada jumpa dalam laman WikiHow. Jom kita baca! Tapi sebelum tu, Dia dalam English. Pandai2 korang faham ye~ Belajar sikit! Hehe~ 

Kalau korang tak nak baca pun, boleh tengok video yang Paly cari dalam blog PK. Rosyam Nor sendiri yang bagi tips2 nak jadi pelakon.

* * * * * * * * 
1. The main idea in being a good actor is expressing 
emotion and what you're feeling. The audience needs to 
know what is happening and to feel about certain 
situations.

2. Have good posture. It's important to remember that 
something as small as good posture can make a big 
difference. Not only does it make you look more confident, 
but it will also make you feel more confident because it will 
force you to stand tall.

2. Have good posture. It's important to remember that 
something as small as good posture can make a big 
difference. Not only does it make you look more confident, 
but it will also make you feel more confident because it will 
force you to stand tall.

3. Monitor your speed and volume. When reciting lines, it's 
tempting to blaze through them as fast as you can. 
Be careful not to over exaggerate, though. Slowing down 
too much will make you sound robotic and will bore your 
audience. Think about how someone would actually 
deliver these words. Likewise, be sure to project your voice 
enough that you can be heard in the back of the theatre, 
but avoid yelling.

4. Play with emphasis. Think about the subtext of every line, 
and emphasize accordingly. It may not sound important, 
but emphasis can have a huge role in anything you say. 
I love you means something completely different than I 
love you.

5. Put yourself in the place of your character. You can not 
adequately represent a character unless you can get inside 
their head. Even though your words are scripted out, your 
actions and blocking aren't always written in stone. 
In addition, knowing your character well will help you 
improvise should someone forget their lines.

5. Put yourself in the place of your character. You can not 
adequately represent a character unless you can get inside 
their head. Even though your words are scripted out, your 
actions and blocking aren't always written in stone. 
In addition, knowing your character well will help you 
improvise should someone forget their lines.

7. Make impressions from popular movies. Make sure you 
plan them in front of the mirror first so you know it looks 
good.

8. Think before you say, so you don't pull the whole "um" 
thing or stutter.

9. Make body movements! Jazz hands, thumbs up, 
a dramatic lean on your hip, roll your eyes, stick your 
tongue out, shuffle your feet, flip your hair, anything works!

10. Be aware of things that you do when you're nervous. 
Avoid playing with your hair, hiding your hands in your 
sleeves, or shuffling your feet. Instead, deal with your 
nerves by taking a deep breath and drinking some water. 
Reassure yourself that you'll be fine.

Thanks to WikiHow
---------------------------------------------------------
Yang kat bawah nie video Rosyam Nor sembang pasal nak jadi pelakon terbaik!







Sila 'like' dan comment ye. Terima kasih sebab sudi membaca

Bahasa Gerik



OK, guys. First of all, selamat hari Isnin! Hmm, ramai gak yang tak suka hari Isnin ni. Sampai terpacul statement:- 



'IHateZMonDay VeRy MuNcH2!!'

 Haha! Camtu la lebih kurang. OK! Back to the topic above! Korang penah dengar tak bahasa Gerik sebelum ni ? Ade yang dah. Ade yang belum. Tak pe la~ Tak penting pun. Yang penting, Gerik No.1!! Haha!

Paly sebenarnya asal Teluk Intan nun jauh ke selatan Perak. Tapi, Paly tinggal kat Gerik yang totally awwesomelicious~ Amboi~ terbelit lidah! Haha!

Kali ni, Paly nak ajar korang camne nak speaking pelat orghang Gerghik! Hehe~ Sekali lagi, segala info yang Paly dapat diambil dari FB yang setia. Paly dapat senarai bahasa Gerik ni daripada Mukim Kerunai Cakap Gerik. Tanpa membuang masa lagi, jom kito blajaq samo2!
Mungkin sesetengah bahasa ni ada persamaan dengan pelat kat negeri lain. Tapi, tak pe sebab kita kan 1Malaysia~ Haha! Secara jujurnya, Paly tak berapa tahu sangat bahasa ni walaupun dah dekat 17 tahun tinggal kat Gerik. Paly cuma tahu dan faham sikit je. Bila orang cakap, Paly jadi pendengar setia je la~ 


Haa~ Untuk pengetahuan korang, Paly ni keturunan Jawa! Turun daripada mak Paly. Mak Paly pun dah tak tahu cakap Jawa. Mak Paly cuma paham je bila kali baik kampung kat Bagan Dato'. Ye la~ Lepas je mak lahirkan Paly kat Hospital Teluk Intan; setahun lepas tu, kami sekeluarga tinggal kat Gerik. Nak balik kampung pun time raya Aidilfitri je. Memang dah lupa la nak cakap Jawa.


Hmm.. cukup la tu. Nanti kalau Paly ada jumpa bahasa Jawa pulak, Paly kongsi ngan korang  later. OK! Salam perpisahan yang sementara~ Hehe..


Sila 'like' dan comment ye. Terima kasih sebab sudi membaca

Surat Untuk Datin Seri Rosmah Mansor



Haa~ kali ni nak kongsi sesuatu yang Paly baca dalam facebook tadi. Mungkin perkara ni dah lama; sejak tahun lepas lagi. Tapi, ia memang menarik perhatian Paly. Tengok tajuk dia balik. 

"Surat Untuk Datin Seri Rosmah Mansor"





Sememangnya kebanyakan orang jarang nak buat apa yang remaja lelaki sorang ni. Paly tabik spring dengan saudara Muizzudin ni. Jom kita baca:-


Assalamualaikum Datin Seri.

Saya Muhammad Muizzudin bin Zaini
Julai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun.

Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.

Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!

Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!

Datin Seri Rosmah Mansor yang saya hormati,
Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.

KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT

Datin Seri,
Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.

Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.

Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!

Datin Seri,
Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?

Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!

Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?

Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.

Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!

Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.

Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.

Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.

Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.

Datin Seri yang saya hormati,
Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!

Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!

Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!

Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!

Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali 
API NERAKA!

Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!

RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA

Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.
Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!

Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!

Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!
Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!

Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!”

Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?

Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!

Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!

Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.

KUASADatin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.

Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?

Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.

Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!

Datin Seri,
Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.

Datin Seri yang dihormati,
Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak! 


Pergh! Kalau Paly jadi pemeriksa kertas BM saudara Muizzudin ni, memang Paly bagi A+! Serius!! Rasanya dia ni budak debat masa kat sekolah dia dulu. Hehe~ OK. Paly nak bagi sedikit ulasan. Sikit je~ tak nak banyak2. Nanti jadi ape plak. 

Apa yang diperkatakan oleh Muizzudin ni ada kebenarannya. Sebab salah satu isi daripada surat yang ditulis ni ada sangkut paut dengan Paly. Apa dia benda tu; biarlah ia menjadi rahsia Paly je. Itulah! Hakikatnya, tanda2 kecil kiamat sudah pun di'check' dalam senarai Hari Kiamat. Wanita menjadi pemimpin, kan ? 

Last, ini khas untuk para Muslim ikhlas daripada Paly. Walau apa pun yang terjadi kat kita, jangan sesekali kita mengeluh dan berkata 'kalaulah~'. Secara tak sedar, ini mengundang kepada perbuatan kufur sebab kita tak beriman kepada Rukun Iman yang terakhir; Beriman kepada Qada' dan Qadar. Maka, kita sepatutnya bersyukur dengan ujian yang Allah berikan kepada kita. Lagi pun tanda Allah sayang kat kita kan Dia bagi ujian. Betul tak? Banyak2 la berdoa. Allah tu maha Mendengar~




Sila 'like' dan comment ye. Terima kasih sebab sudi membaca

Trip To Kuala Lumpur

Hi there! Kali ni Paly nak cite pasal rombongan ke KL semalam. Fuhh~ sememangnya perjalanan yang hampir 1 hari tu penat giler. Asalnya rombongan tu nak pegi kenduri kahwin kat Taman Melawati, Setapak, KL. OK, kita start dari mula (start dari mula ?? lol). 

Pagi smalam Pak Tam ada datang rumah nak suruh mak bersiap nak pegi kenduri tu. Tapi, mak tak jadi  pegi sebab nak jaga adik bongsu Paly; dia demam. Kalau mak tak jadi pergi maknanya kena ganti la. Tambang bas dah dibayar; RM40. Rugi kalau tak pergi. So, Paly menawarkan diri nak ganti mak. Wakil dari kampung Paly, Kampung Air Jada, 2 orang je! Paly dengan mak saudara Paly (Mak Tam). Ramai jugak dari kampung sebelah, Kampung Belum Baru.

Maka, bermulalah perjalanan bas ke Kuala Lumpur. Masa tu, Paly terasa sangat teruja sebab pegi KL. Macam2 benda pikir kalau pegi KL. Ingat boleh la jumpa kawan Paly dari SERATAS macam Syed Danial (tapi dia duk Damansara), Iqmal, Lisa, Ameer, Azam, Baly (Baru teringat, Azam ngan Baly dapat PLKN) etc. 


Kami sampai ke KL dalam pukul 12 lebih. Bila Paly tengok suasana kat KL tu kan, pergh!! Rasa teruja sangat. Kendian, otw nak pegi rumah pengantin, Paly nampak kawasan perumahan yang buruk sangat. Paly buat sangkaan kalau nak survive kat KL ni memang payah. Kalau silap langkah, lari jauh dari jalan yang betul. Pemandu bas tak tahu kat mana rumah pengantin. Ye la~ dah la sesak dengan kenderaan yang bertali arus sepanjang-panjang jalan tu. Lepas minta wakil dari rumah pengantin tolong tunjuk jalan, baru sampai kat rumahnya. Pengantinnya Jue dan Lan (Paly cuma tau nickname mereka je).

Haa~ yang duduk tengah bertudung hitam berbaju kurung kuning tu Mak Tam
 Bila dah habis je makan, kami semua pun balik ke bas. Malang sekali, bas buat hal~ Aduh! Ingat dah tak boleh balik. Tapi, nasib baik OK gak bas tu. Namun, kami tak boleh lama sebab paip kat bas tu dah retak. 

Lepas tu, kami bertolak ke Masjid Negara (Wah~ teruja lagi!) nak mandi dan solat. Memang time tu belengas (melekit) giler. Otw nak pegi masjid, Paly ternampak kelibat KLCC! Wah~ saat ni la yang Paly tunggu bila nak pegi KL. Harap sangat dapat tengok KLCC dalam jarak yang dekat dan real!! Alhamdulillah~ dapat jugak bas lalu depan KLCC. Berkilat-kilat tengok KLCC tu.Terasa bangga dengan Malaysia sebab ada bangunan sedemikan rupa yang merupakan salah satu bangunan yang tertinggi di dunia. Rasa syukur sangat! Sepanjang nak pegi Masjid Negara tu, Paly ada shnap (snap) certain gambar. 

Suria KLCC (Ni tempat orang tengok wayang ke ??)

Yang ni station LRT kalau tak silap Paly


KLCC!! Kilat sungguh dia~

Lagi KLCC (tinggi gegiler!!)

Menara Petronas

Sepanjang-panjang perjalanan nak pegi masjid tu, terasa macam kecik je diri ni. Ye la~ semua bangunan kat situ kebanyakannya tinggi2 belaka. 

Kendian sampai la kami kat Masjid Negara. First time sampai kat situ, Paly ingat masjid tu masjid biasa je. Tapi, ia Masjid Negara!! Bila Paly masuk dalam, Pergh!! Luas yang amat sekali!! Rasa macam sesat kalau masuk masjid tu. Masa nak pegi amik wudu', punya la Paly cari; rupa2nya ade kat depan pintu utama masjid tu. Paly masuk ikut belakang sebab bas parking kat situ. 

 Ada satu bende yang menarik dalam masjid tu, dia punya cermin. Haha! cermin dia besar giler! Tau Paly panggil cermin ni apa. The Gigan! Haha!


Tengok! Betapa luasnya scene bila amik gambar. Nak tengok wajah sebenar cermin tu, terpaksa Paly undur belakang sikit. Time Paly nak amik gambar dalam masjid ni kan rasa takut2 pulak sebab dia ada bagi notification 'Dilarang Mengambil Gambar / Video'. Tapi dia dalam bentuk gambar la. Paly amik gak gambar sebab dia tunjuk gambar kamera & video recorder tapi dia tak tunjuk gambar phone. Haha!

Wajah sebenar cermin 'Gigan'

Ni tugu dia kot?! Haha!

Masjid Negara

Makam ...... erm~ (Paly tak tau sape punye sebab tak pegi tengok dekat)

Then, last activity, SHOPPING!! Haha! Kami drop by kat pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman. Kat tempat tu ade bangunan CIMB yang tinggi sangat. Kebanyakan kedai kat situ jual tudung, baju, seluar, dan tudung! (Banyak sangat tudung.. @_@) Paly tak beli banyak sangat. Cuma beli keropok lekor mentah; nak bawak balik rumah. Sepanjang pegi shopping tu, Paly ikut je Mak Tam shopping gak. Shopping tudung la~ 

Apa yang Paly perasan kan, ramai yang pakai tudung yang macam 'Mother' kat gereja tu. Ntah ape la nama dia. Nak kerja senang kan; orang nak cepat. Serkup je tudung tu. Dah! Siap! Bagi Paly, Paly suka pompuan yang pakai tudung bawal. Cantik bila pakai camtu. Lagi satu trend pakai selendang yang belit2 kat leher tu. Paly pikir la~ 'Tak cekik ke ?? Hish~ Pelik2'. 
Serkup je dummy ni! Haha~

Cantik kan bila pakai camni ??
Satu perkara lagi kat pekan ni kan. Ada sorang abang ni jual kereta mainan. Seyess~ Banyak giler! 2 singgit! (ingat Mail ke dalam cite Upin Ipin ??). Tak de la. Dah lupa harga dia. Yang menariknya, bila Paly pandang semua kereta2 ni, terus ingat Ameer. Haha! Dia memang fanatik kereta mainan. Rasanya abang ni curik dari Ameer kot. Haha! Kereta ni dijual depan kedai Kasut Jukebox. 

Banyak bebenor pilihannye~

Kendian ada la~ terserempak dengan sorang teenage mat saleh dengan sorang remaja melayu; together. Paly dengar sikit perbualan dia. Remaja Melayu tu dia puna speaking cam Syed Danial! Paly tengok balik muka dia. 'Ingatkan Danial tadi~'. Mula la Paly buat andaian sekali lagi. Rasanya kalau orang KL speaking camtu la bunyi dia. Haha!

OK, part yang paling tak best. Nak tunggu bas. Korang tau Paly tunggu berapa lama ?? Dari pukul 6.30 petang sampai pukul 9 malam!! Dekat 2 jam setengah. Pergh~ memang lutut dah jadi jelly. Penat berdiri ditambah pulak dengan ke hulu hilir shopping sebelum tu. Terpaksa la Paly duduk kat koridor kedai nak bagi hilang penat lutut kejap. Sambil2 tu, Paly tengok je orang ramai yang lalu kat koridor tu. Ya Allah~ tak pernahnya sikit orang lalu. 

Akhirnya, kami pun bertolak balik selepas kejang lutut. Kami makan malam kat R&R Rawang. Lepas turun dari bas, Paly terus pegi solat. Lepas habis solat kan, ada sorang remaja lelaki yang lebih sebaya dengan Paly tegur Paly. Nama dia Aiman. Perbualan singkat tu berbunyi camni:-

Aiman : Assalamualaikum 
Paly : Waalaikumussalam.
Aiman : Kamu sekolah SERATAS ke ?
Paly : Ha'ah. 
Aiman : Form5 tahun ni ? 
Paly : Tak, tahun lepas.
Aiman : Kenal tak Nur Syafiqah Hani ?
Paly : Kenal. Kenape ??
Aiman : Dulu saya sekolah sekali dengan dia.
Paly : Oh! Ye ke ?
Aiman : Ha'ah. Sekolah SMAP Labu. Kamu tak kerja ke or tak dapat PLKN ? 
Paly : Dua2 tak. 
Aiman : Boleh saya dapatkan nombor kamu ?
Paly : Boleh je~ 
 Lepas dah bagi nombor...
Aiman : OK. Terima kasih ye. Nanti saya text kamu. Assalamualaikum. 
Paly : OK. Sama2. Waalaikumussalam~.


Hah! Camtu la citenye. Kendian, Paly pegi dinner. Lepas tu, kami balik Gerik. Yang tak boleh blahnya, banyak kali tidur dalam bas tu. Bangun, tidur, bangun, tidur; tak sampai jugak. Punya la lama~ Mak Paly pulak banyak kali call. 'Angah bila nak sampai ??', 'Angah kat mane ??' Sayang mak~ Even dah pukul 4 pagi pun, mak Paly call. Ya! Kami sampai kampung dalam pukul 4.30 pagi. Bukan apa, bas tadi kan buat hal. Sampai kat Kati, kami exchange bas yang elok. 

Bila dah sampai rumah, Paly terus hampar tilam. Apa lagi? Hibernasi la! Haha! Penat sangat~








Sila 'like' dan comment ye. Terima kasih sebab sudi membaca

Hanya daftar boleh dapat duit!

Korang nak buat duit dengan senang tak? Hanya dengan berdaftar je boleh  dapat duit. Kalau berminat, jom join WAZZUB. Cara ni memang menarik! Setiap member yang kita ajak sertai WAZZUB berharga US$1.00! Bayangkan kalau ramai yang kita ajak? Dan ditukarkan ke duit Malaysia? Pergh! Mantop! Hanya perlu klik je gambar kat bawah ni untuk sertainya. Ingat! WAZZUB ni kekal dan kita tak perlu keluarkan sesen pun. Ajaklah ramai2 kawan kita sertai WAZZUP!
JUST CLICK ABOVE IMAGE!

Sila 'like' dan comment ye. Terima kasih sebab sudi membaca

Hadiah Hari Jadi

Ca va?? Haha! Maksud dia, apa khabar? OK, kali ni nak cerita pasal hadiah hari jadi. Ala~ tengok je tajuk kat atas ni. Kalau tak reti baca, elok jumpa pakar; problem tu! Sebenarnya nak kongsi hadiah hari jadi yang aku dapat tahun lepas yakni 2011. Hari jadi aku bila?? Tengok je kat sebelah sidebar. Ada je tulis. Baiklah, berikut merupakan antara hadiah2 hari jadi yang aku dapat.

Teddy bear kat bawah ni sebenarnya bukan hadiah hari jadi tapi aku anggap sedemikian rupa. Dr. Zulkarimah yang beri. Beliau merupakan ibu angkat MEKAR. Aku dapat hadiah ni sebab aku berjaya menjawab soalan yang ditanyanya. Soalan dia senang je. Camni 'Bilakah tarikh ujian bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011?'. Camtu la soalan dia; lebih kurang. Ops! Lupa pula. Nama dia Beary. Betina tau! Haha!



Next, Baju yang berwarna coklat ni merupakan pemberian Fatin Haziera. Well, pandai juga dia memilih baju yang fit dengan aku; saiz M. Secara personal, aku rasa Fatin minat kat aku. Aku pun minat jugak kat dia. Hehe.. tapi sekadar kawan je.


Lanjutan daripada itu, hadiah daripada Hambali! Hehe~ Benda ni mahal juga la. Sebab dia glow in the dark. Percaya atau tidak, benda ni still boleh glow! Btw, aku bintang Libra yakni dacing. Or more precisely, Barisan Nasional (BN)! Haha! Aku Pemuda UMNO! Dulu, kini dan selamanya!

"Selamanya.. selamanya.. selamanya.. Harimau Malaya!"
"Elelelelela ohohohoh" 2X
(Lagu Selamanya)



Mr. Smee!! Haa.. patung Smurf ni pula hadiah daripada Mafarida Husna. 'Kakak' I! Hehe! Kenapa ak panggil dia kakak? Sebab beza umur kami hanya 5 jam je! Caye tak?? Tak caye sudah. Haha! Dia sebenarnya lahir pada pukul 10 malam bertarikh sehari sebelum hari jadi aku. Aku pula lahir pada pukul 12.30 tgh malam pada hari jadi aku. Tak faham?? Camni, Chuna (nama panggilan) lahir 2/10/1994 pada pukul 10 mlm. Aku lahir 3/10/1994 pada pukul 12.15 tgh malam. Clear??


Last but not least, mug yang berwarna coklat ni pula hadiah daripada Syed Muhammad Danial. Kawan yang mempunyai kontroversi dengan dirinya sendiri. Haha! Mug ni aku gunakan sebagai perhiasan kat rumah. Rasa sayang pula nak guna. Ala~ sebagai tanda persahabatan. Hehe! Untuk pengetahuan korang, Danial ni suka workout! Huuu~ mesti la dia muscular kan? Sebab tu ramai kawan perli dia. Mungkin dia punya kelebihan.


Sila 'like' dan comment ye. Terima kasih sebab sudi membaca

Oh Belog!

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets