Bosan? Rutin Normal

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Salam hari yang indah wahai pembaca inspirasi Paly~ Hehe~ Rindu tak? Mesti la tak, kan? Dah agak! Paly nie bukannya blogger artis macam Lyssa Faizureen ngan Ben Ashaari tu. Hehe~ Siapa la diri nie yang nak dibandingkan dengan blogger2 yang famios tu. Isk3! :'( Haha! Relax2~ Drama je tu tadi. Seperti biasa la kalau baca inspirasi Paly. Kena la ada muqadimah. 

Okay! Tajuk inspirasi kali nie ialah BOSAN! Hmm, pada pandangan Paly, majoriti antara kita terutamanya bagi golongan pascamerdeka nie yakni generasi muda pada masa kini memang terkenal sangat dengan bosan. Haha! Betul la, kan? Betul la tu! 
Tapi, korang tahu ke maksud bosan tu sebenarnya? Setiap individu mesti ada persepsi masing2 atas sesuatu perkara. Persis pepatah, rambut sama hitam hati lain-lain. Okay, selepas Paly membuat research berkenaan maksud bosan nie, berikut merupakan maksud/erti/definisi bosan. Paly dapat kat MacmillanDictionary.
1. feeling impatient or dissatisfied, because you are not interested in something or because you have nothing to do.
2. feeling annoyed about something that has continued for too long
Makna bosan yang pertama tu ialah korang rasa tak sabar atau tak berpuas hati, sebab korang tidak berminat dalam sesuatu atau sebab korang tidak mempunyai apa-apa aktiviti untuk dilakukan. Kemudian, maksud yang kedua tu pulak ialah korang berasa jengkel atas sesuatu benda sebab berlanjutan panjang.

Haa! Macam mana? Dah boleh faham? Kalau masih lagi, korang buat la research lagi ye~ Haha! Walau bagaimanapun, kebanyakan pandangan setiap orang berdasarkan atas konsep yang sama dengan pengertian bosan yang Paly bagi tadi. 

Bagi Paly, kalau dah rasa bosan sangat, cuba buat perkara yang lain daripada lain daripada tak buat apa-apa langsung. Lebih baik jikalau korang buat sesuatu aktiviti/perkara tu memang minat/bakat korang. Bukankah banyak manfaat yang kita boleh dapat. Contoh umum Paly bagi, kita dapat mengasah bakat kita. Dalam erti kata lain korang juga boleh menjana pendapatan dengan bakat atau pekerjaan yang korang buat tu. 

Tengok! Itu la contoh impak positif jangka panjang kalau korang cuba untuk elakkan rasa bosan. Hehe~ Secara jujurnya, Paly pon hari2 rasa bosan. Paly lambat lagi nak daftar masuk universiti nie. Bulan September baru masuk. Tapi, sekurang2nya Paly ada la jugak buat kerja sikit kat rumah nie. Macam buat ulangkaji sikit. Jadi laa~ Kalau tak, lagi dilayan perasaan bosan nie, bertambah karat la otak nie. Sekian.

Comments

  1. Agreed! Bosan bosan tu dari tak buat pape baiklah buat sesuatu yang bermanfaat. Kalau bosan jugak ... err, taktahu lah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bosan jugak, memang hardcore punya orang! Haha! XD

      Delete
  2. hurmm betul...mcm skrg sy boasan sy pi main badminton n kalau malas sy berblogwalking jer lah heheehe


    do visit n foloow mine ok
    http://myaleo.blogspot.com/2012/07/orang-kata-kami-kembar.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm, blogwalking pon boleh la gak! Haha! Dapat ramai kenalan or more precisely, followers! Hehe~ :P

      Delete
  3. cantik warna grey cm nie.. tak terang, tak gelap sangat. hana suke ;)

    ReplyDelete
  4. Spot on with this write-up, I truly believe that this amazing site needs much more attention.
    I'll probably be back again to read through more, thanks for the information!
    Also visit my website - piano lessons

    ReplyDelete

Post a Comment