Pengalaman 17 Tahun 8 bulan

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Kali nie Paly nak cerita pasal pengalaman yang Paly alami sepanjang Paly hidup selama 17 tahun 8 bulan nie. Haha! Kira tu! Okay, Paly rasa memang ramai antara korang mempunyai persamaan dengan pengalaman yang Paly lalui nie. Walau bagaimana pun, nak cerita jugak! Haha!

Sepanjang Paly bersekolah menengah yakni kat Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping (SERATAS) sejak dari tingkatan satu sampai la tingkatan lima, Paly rasa dah banyak jenis keluarga Paly jumpa. Yup! Paly pernah bermalam di rumah2 kawan2 Paly. Ramai jugak laa~ Antaranya, Hambali, Amirul Sidek, Hafizuddin Tajuddin, Harith, dan ramai lagi laa~ Haha! 

Tapi, ada jugak Paly bermalam di rumah Dr. Zulkarimah; mak angkat dari MEKAR, Mak Cik Khadijah; ibu kepada anak yang dijaga oleh mak cik Paly, Normah suatu ketika dahulu di Taiping dan lain2. Hehe~ Tak dapat disenaraikan di sini sebab tak berapa ingat sangat. Banyak makan semut kot Paly nie? Haha! 


Dari sudut pandangan yang lain, Paly dapat merasa suasana keluarga yang simple dan agak bahagia. Hehe~ Perkara yang membezakan antara keluarga diorang dengan keluarga Paly ialah ayah. Ayah Paly memang jarang balik rumah sebab kerja hantar barang ke merata tempat. Kadang2 sebulan sekali je ayah Paly balik rumah. Jadi, kasih sayang ayah tu kurang dirasai oleh adik beradik Paly. Hmm~ 

Walaupun begitu, Paly masih bersyukur la jugak sebab jika nak dibandingkan dengan individu yang menjadi yatim, Paly agak beruntung juga. Namun begitu, Paly dapat mengambil kesempatan mempelajari senario keluarga yang bervariasi. Dalam erti kata lain, Paly boleh mengaplikasikan pengalaman Paly nie dalam bidang lakonan kelak. Harap2 macam tu laa~ Hehe~

Paly rasa Allah dah mengabulkan doa Paly selama nie yakni nak merasa kasih sayang seorang ayah. Maka, Allah dah beri banyak dan berbeza kasih sayang ayah daripada pelbagai keluarga. Tapi, suatu hari nanti Paly nak rasa dari darah daging Paly sendiri. Maksud Paly, nak buat aktiviti2 keluarga yang selalu dilakukan macam berkelah, melancong, dan lain2. Amin~ 

Hmm~ okay laa~ Hati nie pon dah rasa sebak sikit. Isk3! Sampai sini saja laa inspirasi pengalaman daripada Paly. Sekian. 

Comments

  1. be cool Paly..:) walaupun ayah selalu takda kat rumah, percyalah..kasih syang sorang ayah tu tak berbelah bagi.JUST really have to beleive it k..:) umur dah 17 tahun ea.. selamat mengharungi kehidupan lebih matang..:) (eh2,sejak bila mr.zaxx pndai ckp gini ni,haha)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 183 .

    Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

    nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

    Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
    Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

    ReplyDelete
  3. @zaxx Hmm, okay Zaxx! Trimas atas kata2 semanat anda itu! Hehe~ :)

    ReplyDelete

Post a Comment