Pandangan terhadap cerita atau filem hantu

Haa~ Hari nie Paly tergerak hati nak bagi persepsi Paly sendiri tentang cerita atau filem hantu nie. Secara peribadi, Paly memang suka sangat tengok filem hantu. Betul! Minat sesangat. Tambah2 pulak, bila malam2, Paly akan tengok cerita hantu. Hehe~ Kalau korang, tak tau la pulak, kan? Haha!

Hmm~ Sebenarnya, saban hari makin banyak filem hantu diterbitkan oleh para penerbit. Korang sedar tak? Haha! Kalau tak, tak pe la~ Bukan nak salahkan korang sebab korang tak tau. Paly sendiri pon tak pasti. Hehe~ Dengar2 uar2 je. Walau bagaimanapun, seram2 pon orang tengok jugak, kan? Haha! Dah takde filem lain! 


Okay la! Pandangan Paly terhadap filem hantu. Hmm~ soalan cepumas nie! Haha! Bagi Paly, elok jugak kalau ada filem hantu nie sebab dari sudut perspektif positif, bila kita tengok cerita macam nie, kita dapat melatih perasaan kita agar tak keterlaluan sangat. Dalam erti kata lain, kita boleh perkuatkan proses memanipulasikan perasaan kita.

Haha! Mesti korang tak faham, kan? Contoh la Paly bagi, bila kita menonton part yang terkejut2 tu, kita akan rasa tersentak, kan? Haa~ masa tu la kita akan lebih bersedia bila tiba part yang terkejut2 lepas tu. Kalau tak, sampai ending cerita kita terus rasa takut yang lebih2. Haha! 

Di samping itu, kita juga boleh kuatkan jantung kita! Haa~ Masa nie la kita kena practice nak kuatkan jantung kita sebelum kita kena sakit jantung. Hehe~ Okay. Bila kita tersentak, jantung kita akan berdegup dengan laju. So, kita kena tenangkan jantung kita  dengan tarik nafas sedalam2nya. Haha! Jangan sampai hilang nafas cukup! Cara nie pon boleh diguna sebagai tips nak tengok filem hantu.

Okay, bagi yang suka tengok filem hantu jugak macam Paly nie, filem hantu nie ada banyak jenis dia jugak! Sebagai analoginya, filem jenis dokumentari. Dia macam orang tu sendiri yang rakam segala aktiviti nie. Antara filemnya, Amityville. Kemudian, orang yang merakam aktiviti paranormal. Beza antara dua jenis nie adalah yang pertama tu dia rakam secara tidak sengaja dan yang kedua nie diorang nak cari sendiri. Lepas tu, filem yang kita selalu tengok laa~ yang ada storyline punya. 

Haa~ tapi, ada gak tips nak pilih filem yang kita nak tengok. Tips nie sebenarnya umum kepada semua jenis genre filem. Kalau kita nak tau best ke tak filem tu, kita mesti tengok pratonton/triller dia dulu. Kalau best, jalan! Kalau vice versa, baik tak payah! Buang duit je tengok filem tu. Haha! Walaupape pon, sokong lah filem2 tempatan kita! Haha!

Sebelum Paly berangkat pergi, Paly nak kongsi Top 10 filem hantu yang Paly tengok. Hehe~ Sekian. 
Dark Flight | The Devil Inside | Primal | Paranormal Activity 3 | Amityville Haunting | The Grudge | Karak | The Exocism | The Ring | Tomie Unlimited

Comments