Keputusan Rayuan UPU 2012

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Bismillah pembuka inspirasi. Selamat siang! Hehe~ Setelah sekian lama menunggu, akhirnya tibalah masanya. Masa untuk apa? Haa~ Inilah masanya untuk mengetahui keputusan UPU yang telah dibuat rayuan bagi yang gagal mendapat tempat masa periksa keputusan UPU sebelum nie.

Ya! Ada sesetengah kawan Paly tak dapat masa keputusan UPU yang sebelum nie. So, diorang ataupun korang telah pun membuat rayuan kepada pihak UPU, kan? Haha! Takpe2 harap2 doa korang nak masuk IPT tercapai walaupun ada yang dah membuat keputusan nak kerja terus. Hmm~ Ikut korang la~ Korang dah besar! Boleh berfikir sendiri. Takkan nak duduk bawah ketiak mak lagi kot! Haha!

Keputusan rayuan nie dibuka di laman web UPU sendiri pada pukul 12 tengah hari, hari nie; 14 Jun 2012. Minggu kedua bulan Jun; seperti yang diuar2kan sebelum nie. Walau papepon, Paly nak ucapkan semoga berjaya kepada rayuan yang telah korang buat sebelum nie. Kalau ada rezeki tu, Alhamdulillah laa~ Tapi kalau masih tak jugak, nampaknya Allah nak memberi korang rezeki yang lebih baik! Bawak banyak sabar ye? Hehe~


Okay, Paly nak sertakan laman web UPU sekali kat sini. Memang korang malas nak search kat Google tu, kan? Hmm~ Dah agak! Masih nak kena suap lagi. Haha! Korang boleh ke pautan SEMAKAN STATUS > Keputusan Rayuan. Tapi, buat masa sekarang nie, dia ada beri peringatan:
Dasar pemilihan kes rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA/Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baharu.

Keputusan rayuan akan diumumkan pada MINGGU KEDUA JUN 2012. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier dalam tempoh 4 minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu di IPTA/Politeknik Premier, maka rayuan tersebut dianggap gagal.
Hmm~ Paly pon tak berapa pasti berkenaan maksud dia nie. Peringatan nie dah lama dah. Dikemaskini pada bulan Mei 2012. Lama tu~ Alaa~ nanti dia tukar la tu. 

Tapi, bagi Paly laa, agaknya maksud dia, sebelum nie yang dapat tawaran IPT melalui UPU dah masuk U pada awal bulan Jun nie. So, minggu nie merupakan minggu kedua selepas diorang masuk. Maka, sekiranya dalam masa 2 minggu lagi, korang masih tak dapat tawaran mana2 IPT, dikira rayuan korang tu GAGAL. Dari segi perspektif yang lain, IPT dah penuh! Hehe!
Dalam pada tu, korang pon boleh periksa melalui telefon bimbit korang tu. Akhir sekali, semoga berjaya! Hehe~ Sekian.

Comments