Definisi Sebenar Followers

Okay, pagi nie terasa ringan je tangan nie nak buat inspirasi baru. Haha! Sebenarnya, inspirasi nie memang dah terfikir dari semalam lagi. Semalam, entah datang mana semangat nak bersiar2 kat blog2 blogger yang bermacam2 bentuk dan rupa. Tak lupa pula kepada variasi entri yang diorang taip. Hehe~ 

Seperti biasa, lepas muqadimah, kita terus ke tajuk utama inspirasi nie. Hehe~ Hmm, followers. Paly ada buat pemerhatian kat group2 blog kat Facebook dan dapati kebanyakan blogger2 nie memang suka sangat taip perkara yang sama. Contoh laa~
jom baca sini...jangan lupa tinggalkan link korang erkk n follow me... 
sudi-sudi laa jengok,follow n tinggalkan link korg kat cbox tuu.. trimas! 
done follow you, follow me back, yaw! 
Haa~ itu antaranya lah! Haha! Okay, awal2 Paly nak cakap inspirasi nie merupakan persepsi Paly sendiri mengenai perkara nie. Kalau ada yang Pay cakap nie membuatkan korang terasa atau terguris hati, my apology, okay? Paly sekadar beri pandangan Paly je~ Tak terniat di hati nak memalukan sesiapa di sini. Hehe~

Okay! Rasanya kebanyakan blogger salah-erti pasal maksud followers atau pengikut nie. Bagi Paly, kalau nak follow, kena ada sebab. Sebab entri dia banyak info ke, suka tengok design blog ke, banyak video ke, etc. Haa~ Secara peribadi, Paly lebih suka follow blog yang ada info dan fakta yang menarik sebab tujuan utama blog nie di terbitkan adalah untuk orang lain membacanya, kan? Hehe~  

Dalam pada itu, Paly tahu ada sesetengah orang jadikan blog diorang sebagai diari masing2 terutamanya perempuan. Lelaki yang ada diari nie memang macam mencari jarum di dalam selonggok jerami padi. Haha! Termasuk Paly. Opss! Jumpa dah sorang! Haha! Takde la~ Paly mana ada diari. Kalau diari, dia mesti la private, kan? Nak ke orang baca diari korang? Tak kan? Hehe~

Hmm, kalau nak sangat orang follow korang, kena la tarik mata diorang? Haha! Maksud dia, tarik perhatian laa~ Ada tips2 dia gak! Rasanya tips2 nie ada persamaan dengan yang lain sebab perkara yang sama pun! Tips2 nie Paly fikir sendiri tau! Hehe~ Tapi, sikit je la~
Blog kena ringan atau sederhana; elak letak terlalu banyak widget. Make it simple but awesome di mata orang. Kalau nak letak jugak, letakkan semua code dalam satu widget.
  • Tulisan mudah dibaca; elak tulisan yang berangkai dan terlalu kecil.
  • Fikirkan beberapa ayat penarik untuk pembaca. Lain daripada ayat blogger lain.
  • Selalu update blog; paling kurang 1 entri sehari.
  • Gunakan bahasa yang mudah difahami; elak guna short terms macam bahasa SMS. Nanti pembaca tak faham sepatah habuk.
  • Stuktur blog yang sistematik; peletakan widget2 dan design blog.
  • Kurangkan iklan Churp2 dan yang lain. Nampak sesak dan menjengkelkan!
Hmm, rasanya tu je la~ Hehe~ Kan dah cakap, sikit je tu. Okay, sebelum Paly berangkat pergi dulu, sekali lagi Paly pinta kemaafan yang tak terhingga sekiranya ada yang terasa hati. Jangan di simpan di dalam peti, okay? Haha! Sekian.

Comments

  1. sama lah...x suka blog yg byk sangat iklan..berat nk loading ^^ hehe..

    ReplyDelete
  2. alamak..blog saya berat ke nak loading ea? blog saya cam diari saya ke? #tepuk dada tanya blog# haha

    ReplyDelete
  3. @JungRara Ha'ah! Btul tu. Bila dah stuck, tu yang close teros! haha!

    ReplyDelete
  4. @NoRaQiLah JohaRi Haha! Yup! Tu pon kalo nak orang baca diari awak! :)

    ReplyDelete
  5. aku lain...aku folow blog xde sbb apa2...yg singgah kat fibox aku..aku folow balik n jd folower diorg...aku xarap org jd flower aku...tu tanda aku menghargai blogger lain...hehe

    ReplyDelete
  6. @Jajas Setipa orang ada niat masing2. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain; lain padang lain belalang. :)

    ReplyDelete

Post a Comment