Tips Cemerlang Dalam Exam

Haha! Apa khabar korang semua? Hehe~ Kali nie pulak Paly nak kongsi rahsia Paly cemerlang dalam peperiksaan. Hmm~ Topik nie memang Paly nak buat lama dah. Maka, oleh sebab agak ramai yang tanya tips2 Paly nie; Paly buat laa~ Haha! 

Sebenarnya, secara jujurnya, tips2 nie sama je dengan tips belajar yang kita selalu kita dengar atau baca. Cuma, yang bezanya, sikap orang tu sendiri. Buat ke tak buat. Ikhlas ke tak ikhlas. Itu je~ Tapi, kalau nak lebih, korang kena ikut satu perumpamaan Inggeris nie;
Excellent students didn't do different things, they just do things differently.
Sebelum tu, Paly sekolah SBP (Sekolah Berasrama Penuh), jadi mungkin ada tips2 yang lain sikit kalau nak dibandingkan dengan korang yang bersekolah harian. Juga, mostly perkara yang Paly buat selama nie. Rambut sama hitam hati lain2. Walau bagaimanapun, Paly akan cuba beritahu secara umum.

Okay, Paly nak utamakan yang paling penting. Niat. Nawaitu kita perlu betul. Tiap2 pagi tu sebelum nak pegi sekolah, lafazkan niat kita tentang perkara atau pekerjaan yang akan kita hendak buat hari tu. Lafaz dalam hati laa~ Nanti bila monolog sendiri, orang kata kita capub (CAri PUBlisiti) plak! Haha! 

Okay, nak masuk kelas plak! Sentiasa mulakan dengan langkah kanan. Pasal kelas nie pulak, kita kena jaga kelas kita masing2; jaga kebersihan, bagi ceria sikit kelas tu, etc sebab kelaslah tempat yang ilmu dicurahkan. Untuk pengetahuan korang, keceriaan kelas Paly kena start dulu. Nanti baru la kawan2 kelas Paly ikut~ Typical! Haha! Bagi Paly, kalau nak study ke, kebanyakkannya Paly habiskan masa di kelas.
Knowledge is everywhere in the class. 
Lepas tu, hubungan kita dengan Allah. Kita sebagai Muslim perlu patuh akan Rukun Islam sebagaimana yang kita hafal sejak kecil lagi tu. Ya! Manusia nie tak sempurna. Jadi, doa kena jalan jugak, tapi perlu konsisten. Tak nak la macam hangat2 tahi ayam. Biar kita buat sikit2, nanti dah biasa laa~ Cuma bila nak dekat exam tu, tambahkan sikit ibadah dan doa.

Hubungan dengan orang lain pon kena jaga jugak! Mak ayah kena diutamakan dulu. Sebelum pergi sekolah, salam peluk cium dengan mereka dan jangan lupa baca doa untuk ibu bapa. Cikgu2 kena buat baik; kerja sekolah kena siapkan. Kawan2 pon penting jugak. Study group dengan diorang. Setiap sorang ada kelebihan dan kekurangan masing2. Bila digabungkan, InsyaAllah, kita takde masalah dalam pembelajaran. 

Aktiviti dalam kelas pulak, kalau boleh, dapatkan tempat duduk paling hadapan sekali! Haha! Bagi Paly, kalau duduk depan, ilmu cepat masuk. Sebagai analoginya, macam ombak. Bila kita berenang ke tengah laut, kita dapat rasa betapa besarnya ombak tu langgar kita. Tapi, cuba kalau duduk kat pantai. Dapat rasa sikit je la~ Tak puas! Haaa~ Macam tu la yang Paly rasa. Tambah pulak, bila cikgu cakap, kita dapat dengar dengan jelas. 


Lagi satu yang jadi masalah dalam kalangan plajar2 nie, nak bertanya. Memang jadi kronik la agaknya. Haha! Jangan sesekali kita malu nak bertanya. Tak salah nak tanya. Kawan2 nak ngata kita?? Biarkan! Ingat! Kita yang nak belajar! Teguhkan pendirian korang tu! Lantak la diorang nak kata apa pon. Nanti bila korang lebih cemerlang dalam exam berbanding dengan kawan2 korang tu, haha! Tau2 je la kan! Hehe~

Senantiasa fokus dalam kelas! Bila cikgu tengah cakap, tengok mulut beliau. Cuba fahamkan apa yang cikgu tengah cakap tu. Ikut macam Paly, bila cikgu tengah cakap tu kan, senyum. Confirm cikgu seronok tengok kita. Hehe~ Paly ingat lagi masa kelas Sejarah. Cikgu Azizah yang mengajar. Paly senyum je bila cikgu bincang pasal Sejarah. Pastu, cikgu berhenti sekejap. Cikgu cakap kat Paly, "Manis senyuman Fadily nie~". Haha! Ape lagi, malu2 kucing laa~ Haha! 

Haa! Untuk pengetahuan korang, Paly ada motivator Paly sendiri. Memperkenalkan! Dr. Tengku Asmadi! Hehe~ Paly kenal dia melalui salah satu buku beliau; Motivasi Alihan Pelajar (MAP). Bagi Paly, isi kandungan buku nie memang menarik dan dapat meningkatkan motivasi Paly. Selalu gak Paly baca buku nie. Tak jemu tau! Hehe~ Paly cerita sikit isi kandungan dalam buku yang Paly tak pernah lupa. Korang tau tak, markah exam kita tu sebenarnya 50% daripada fokus dalam kelas, 30% ulangkaji dan 20% lagi kerja sekolah.

Di samping tu, kesihatan pon kita perlu titik berat. Amalkan budaya bersukan. Walaupun Paly nie tak berapa minat sangat bersukan, tapi Paly ada belajar Silat Cekak Ustaz Hanafi kat sekolah. Dah tamat dah pon. Cuma, nak ingat step tu balik tu yang payah skit. Hehe~ Agak lupa di situ. Libatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Oleh sebab, 10% markah SPM kita dari kokurikulum, jadi kena la aktif selalu~ Masuk kelab yang korang suka dan minat serta ada bakat. Paly kalau sekolah Paly tu ada kelab performing arts, wajib masuk! Haha! Minat ngan bakat dah ade, ape lagi? Jalan laa! Haha! 

Selalu rangsangkan daya kreativiti korang. Kalau boleh, buat aktiviti positif yang korang selalu buat bagi relax sikit badan dan minda tu. Kita nie bukan robot; asyik buat study 24 jam. Robot pon kena rehat gak! Hehe~

Hmm~ tips yang seterusnya nie mungkin korang tercari2, kan? Cara nak mahirkan diri dalam berbahasa Inggeris nie. Haha! Paly kongsi cara Paly. Paly dari darjah 6 minat English. Oleh sebab Paly nie suka berlakon, Paly tengok English movie yang mempunyai sarikata Inggeris gak! Bila ada perkataan yang tak paham, cari dalam kamus. Lagi satu, cuba speaking dengan kawan2, takpe kalau broken pon. Kawan korang pon ape kurangnye. Haha! Nak lebih mantap, korang selalu on9 Facebook, kan? Haa~ Paly selalu gak chat ngan orang yang tinggal kat luar negara. Kalau ada  statement yang salah, diorang tegur laa~ Hehe~ Secara umumnya, korang kena pandai mengaplikasikan minat korang untuk mahirkan sesuatu. Faham?

Secara umum, terpulang kepada korang sendiri untuk pilih jalan yang betul ataupun tak. Sendiri fikir masa depan korang. Ingat! Siapa lagi yang nak balas jasa mak ayah kita selain daripada kita sendiri. Nak harapkan adik beradik lain? Come on laa~ Sampai bila korang nak asyik hidup bergantung? Buktikan yang korang tu lebih baik daripada adik beradik korang tu. 

Last but not least, korang kena sentiasa berfikiran positif. Apa yang kita fikir adalah perkara yang bakal kita buat. Lagi satu, bila kita berkata2 kepada orang lain, ia diumpamakan yang kita sedang bercakap di hadapan cermin. Baik kita cakap kepada orang, baik la berbalik kepada kita dan vise versa (sebaliknya). Sekian.

Comments

Post a Comment