Semakan Keputusan Permohonan UPU

Haa~ Halo! Halo! Haha! Paly tau sekarang merupakan masa yang genting! (tak de la genting sangat). Saat2 yang dinantikan oleh calon2 SPM 2011 selepas isi UPU sebelum nie. Terima lah! Semakan nie boleh di'check' mulai pukul 12 tengah hari bertarikh hari nie, 7 Mei 2012.
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier
Haa~ Walau apa pun, tahniah kepada yang mendapat choice pertama yakni bende yang korang nak, kan? Hehe~ Walaupun ada yang pakat isi je~ Sebab result tak berapa okay. ==" Ikut nasib je~ 

Btw, Paly dah check dah walaupun Paly dah dapat surat tawaran sebelum nie. Apa? Korang tak tengok lagi? Meh Paly tunjuk kat SINI. Tapi, kali nie Paly check lain. Hehe~ Nasib baik boleh. Kalau tak, sesak macam tadi. 

Sekarang nie Paly kena tunggu keputusan temuduga Sarjana Muda tu. Hmm~ harap2 la dapat dan dapat kat UiTM Puncak Alam. Lagipun jauh sikit dari Perak. Sekali sekala nak belajar jauh. Dari kampung ke Kenering ke Taiping dan moga2 ke Shah Alam. Aminn~

Bukan apa, bagi Paly, mungkin kat Puncak Alam ada kelab drama yang boleh Paly masuk. Di samping mengejar cita2 boleh asah lagi bakat yang ada. Hehe~ Kat Puncak Alam kan ada Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik. Itu la plan Paly buat masa nie. Kalau ada perubahan lain, kena tukar plan la jawabnya. 

Okay la~ tu je la Paly nak cerita. Sebenarnya, nak promote link UPU tu sebab ramai yang tanya. Banyak jugak link nie dari pelbagai IPT macam Paly cerita tadi, dari UUM, UiTM, etc. Yang lain tak tau ade ke tak. Hehe~ Sekian, wassalam.

Comments

Post a Comment