Selamat Maju Jaya!

Isk3! Sedihnya~ Tak lama lagi kawan2 Paly dari SERATAS akan ikut halatuju masing2. Sekarang, sudah tiba masanya untuk mereka naiktaraf sistem pembelajaran mereka. They'd grown up so fast! Haha! Ada sesetengah yang akan bersama2 juga dalam IPT nanti. Hmm~ Nampaknya Paly akan merasa sunyi sementara nak tunggu bulan September nanti. 

Walau apa pun, rasanya sempat lagi Paly nak buat ucapan kepada kawan2 yang Paly kenal dari sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Kenering) sehingga sekolah menengah (Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah). Ehem!
Assalamualaikum, guys. Paly nak ucapkan selamat maju jaya dalam hidup korang nanti. Nasihat Paly dari hati seorang rakan, belajar dengan bersungguh-sungguh tau! Sentiasa ingat mak ayah korang. Kat IPT nanti jaga diri elok-elok sebab kita nie masih mentah lagi dalam dunia yang baru kita melangkah masuk. Macam2 boleh jadi. Perkara yang kita tak pernah terfikir mungkin akan berlaku. 

Tapi, bagi yang beragama Islam, dengan dekatkan diri kita kepada Allah, InsyaAllah, kita dapat hindarkan diri kita daripada perkara yang tak diingini. Walau bagaimana pun, dugaan / ujian yang diturunkan kepada kita nie sebenarnya mengajar kita untuk menjadi lebih matang. Masa ini lah yang sesuai untuk mengaplikasikan segala yang positif yang kita belajar samada secara langsung mahupun tak. 

Lagi satu, nanti ditempat baru, cari kawan yang baik. Ada satu perumpamaan yang dapat disamakan; Kalau kita kawan dengan tukang besi, kita akan terkena percikan api, tapi bile kita kawan dengan penjual kasturi, nescaya kita akan berbau kasturi juga. Walaupun begitu, tak salah juga kalau kita kawan yang agak nakal. Dengan syarat, jangan sampai terpengaruh dengan mereka. Tapi, kita yang patut pengaruhi mereka. Sekurang2nya, sebagai rakan kita sepatutnya beri nasihat. Kemudian, terpulang kepada mereka hendak ikut nasihat kita ataupun tak.

Cukuplah setakat tu. Akhir kata, Paly akan merindui korang semua. Cuma jangan sesekali kita lost contact, okay? Bukan senang nak dapat kawan yang istimewa macam korang nie. Hehe~ Rezeki Paly dapat sekolah kat situ. Kalau tak, jadi katak di bawah tempurung la Paly nie. Ya! Secara peribadi, memang Paly nie AMAT titik berat tentang isu rakan nie. Rasanya macam sunyi je kalau tak ada kawan, kan? Sememangnya seronok bila dapat buat kawan nie. 

Antara niat lain bila Paly berkawan nie adalah Paly dapat belajar dan tengok personaliti tiap2 kawan2 Paly nie. Well, nak jadi sorang pelakon nie kena ada ilmu. Setiap orang pasti berbeza personaliti dan penampilan. Hal ini untuk meyakinkan penonton yang kita nie adalah watak yang kita bawa. Haha! Paly petik kata2 nie dari video yang Rosyam Nor buat pasal cara2 nak jadi seorang pelakon yang disegani. Last! Terima kasih korang! Paly sayang korang semua! Sekian. 

Comments

  1. thanx paly..:) gud luck tau,,semoga kite semua berjaye di dunia dan di akhirat ,

    ReplyDelete
  2. Selamat belajar yar semua-semua ! ! ! :D

    *Betul tuhh , jgn sampai lost contact.. :)*

    ReplyDelete

Post a Comment