Assalamualaikum, Tuan. saya ada berbincang dengan ayah saya. Beliau kata bila saya keluar U nanti, saya sukar nak dapat kerja daripada syarikat kaum bukan bumiputera. Katanya, permohonan saya bakal dipertimbangkan. Syarikat bukan bumiputera ni ada projek besar2. Kalau syarikat bumiputera ni pula projeknya kecil saja. Jadi, betulkah pandangan ayah saya ni, Tuan? Saya minta pandangan dan cadangan daripada Tuan berkenaan kerjaya arkitek saya nanti. Terima kasih.
Mualaikumusalam wb, Pertama, saya amat TIDAK BERSETUJU dengan ayah kamu mengatakan kesukaran mendapat kerja, Mungkin beliau tidak faham dengan graduan Senibina. Untuk rekod, sejak Senibina wujud sejak tahun 1972, tiada seorang pun yang menganggur. Ayah kamu mungkin merujuk kepada syarikat-syarikat pemaju atau kontraktor milik bukan bumiputera. Memang tidak dinafikan pemaju/kontraktor bukan bumiputera jarang mengambil graduan bumiputera. Tapi graduan Senibina TIDAK PERLU bekerja dengan pemaju atau kontraktor. Sebaliknya mereka akan bekerja dengan firma2 perunding Arkitek. Malah ramai firma arkitek bukan bumiputera mengambil graduan bumiputera kerana profesionalisma. Contoh, semua Arkitek cina di Ipoh memiliki pekerja2 Melayu. Firma Akitek Ding Poi Koi sendiri mempunyai pekerja Melayu lebih ramai dari Cina. Bagi projek2 kerajaan YANG BESAR-2, kesemuanya dikendalikan syarikat firma Arkitek BUMIPUTERA. Firma saya sendiri mengendali projek2 melebihi RM100 juta. Jadi tidak perlu risau apa2. Ramai lagi firma Arkitek bumiputera melaksanakan projek2 besar. Lagipun, projek kecil atau besar tidak penting kerana bagi seorang graduan Senibina yang paling penting ialah pengalaman yang diperolehi. Pengalaman yang berguna bagi membolehkan mereka menyambung pelajaran dan mengambil peperiksaan professional bagi membolehkan mereka digelar "Ar". Tidak guna mengendali projek besar kalau hanya melakukan tugas2 kecil. Graduan Senibina tidak tertakluk kepada firma Arkitek sahaja. Malah boleh bertugas dengan sektor awam seperti JKR, Majlis Perbandaran dsb. Malah mereka juga boleh menjadi pensyarah dengan gaji yang agak lumayan. DAN JANGAN LUPA MUNGKIN SATU HARI NANTI KAMU BOLEH MEMILIKI FIRMA SENDIRI. Terserahlah pada kamu.









Salam, hello! blog 1994's nak undang blogger cool macam korang untuk sumbang karya dekat blog kitorang!
ReplyDeleteSemua orang ada nostalgia zaman sekolah betul tak?
Sekarang korang tak perlu terkenang sorang-sorang sebab korang boleh berkongsi kenangan terindah korang dengan kitorang semua di blog ni!
macam mana?
baca dengan lebih lanjut di sini :)
http://1994s.blogspot.com/2012/05/nostalgia.html?utm_source=BP_recent
harap sudi, terima kasih :D