Majlis Akad Nikah Scha Al Yahya dan Awal Ashaari

Salam pertemuan kembali (walaupun ada yang baru baca. Hehe~)! Haa~ Korang mesti tahu kan pasal majlis akad nikah artis2 yang Paly yakin semua orang kenal; Scha Al Yahya dan Awal Ashaari. Sebenarnya mereka nie dah lama kenal antara satu sama lain. Cuma Awal nak tunggu masa yang sesuai untuk mengambil Scha sebagai yang halal buatnya. 

Sebelum nie, kita dapat tengok Awal melamar Scha secara LIVE dalam rancangan Propaganza. Yang Play tak tahan tu, Awal ada sebut ayat dialog yang sama macam dalam cerita Syurga Cinta. 
"Sudikah awak menjadi yang halal buat saya?"
Lebih kurang laa~ tapi yang nie real punya! Paly rasakan, masa tu ada rama2 dalam perut Awal (Butterfly in the stomach~ Haha!). Ye laa! Bukan selalu kita buat kan? Melainkan kalau korang nie suka tukar2 pompuan bagi lelaki. Tapi, Paly tak kata korang laa~ Paly cakap korang yang lain. Haha!

Tapi kan, Paly agak terkilan sebab ingat boleh la tengok majlis nie LIVE kat Astro Ria(104) ngan Astro Awani(501). Tapi, tunggu punya tunggu. Tak jugak bersiaran. Hmm~ rasanya pukul 9 setengah kot! Tapi tak jugak~ Bertambah gelisah la hati nie! Mana taknya, Paly ada tengok Twitter Farah Fauzana. Dia pegi tengok kat majlis tu. Setiap masa dia update. Memang majlis akad nikah nie dah start sebelum pukul 9 malam lagi. Ada gak rakan artis yang lain macam Sazzy Falak, Dynaz Mokhtar dan Syazwan Zakariah.

Lepas tu, dah habis~ Huhu~ Kecewanya tak dapat tengok event nie. Tapi! Nasib baik ada Astro Awani ada bagi pengumuman kat Twitter. Rupa2nya ada masalah teknikal malam tu. So, ada rakaman di Astro Ria hari Sabtu (5 May) pukul 12.30 tgh hari dan 5.30 ptg serta hari Ahad (6 May) jam 12.30 tgh hari. Haha! Paly pun apa lagi, bukak terus TV. Lain daripada tu, Paly ada search gambar2 Awan ngan Scha. Tapi, sikit je la~ Korang boleh Google gambar2 diorang ye~ Hehe~

Okay, nak cerita serba sedikit mengenai majlis akad nikah nie. Pelakon dan pengacara TV, Awal Ashaari telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya Scha Al Yahya dengan sekali lafaz di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside, sekitar jam 9.15 malam tadi.

Majlis akad nikah telah disempurnakan oleh bapa Scha Al Yahya sendiri, Syed Mahadzir Syed Kechik Al Yahya yang juga merangkap sebagai pemberi akad nikah dan wali dengan dibantu Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Jawi Putrajaya, Ustaz Mohd Salman Idrus.

Acara sempurna dengan pemberian mas kahwin sebanyak RM2,050 dan hantaran daripada pihak lelaki sebanyak tujuh dulang dan dibalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.

Akhir kata, harap2 perkahwinan nie akan berkekalan sampai akhir hayat. Kalau tak, habis la artis berdua nie dipangkah oleh orang2 yang tak puas hati ngan diorang nie. Ade je~ Dunia nie seimbang. Ada yang baik, ada yang buruk. Walau bagaimana pun, kalau kita ikut perkara yang disarankan syariat dan Al-Quran, jalan kita akan sentiasa dipimpin oleh Allah SWT. Percayalah! Sekian.

Comments

Post a Comment