Surat Panggilan Sarjana Muda Sains (Senibina)

Yo! Maafkan Paly sebab dah lama tak update blog Paly nie. Bukan apa, netbook Paly nie buat hal plak! Tapi sekarang dah ok lepas kena format kat kedai comp. Huhu~ habis sume barang2 best hilang! Haha! Tak pe la~ boleh cari balik. Yang tak boleh cari tu gambar kenangan. Yang tu la yang original punya. Sekali lagi, lupakan saja. Yang dah lepas tu biarkan. Sekarang nie nak masuk era baru. Era yang penuh dengan pancaroba yakni alam universiti!

Hehe~ Tengok tajuk post kita hari nie. Yup! Paly dapat temuduga tersebut. Kisahnya bermula begini, pagi tadi dalam pukul 11.10, Paly ada dapat text dari UiTM.

Haa~ gambar kat sebelah nie la text dia. Lepas Paly dapat text ni. Terus Paly bukak dia punya laman web. Ternyata sangkaan Paly tepat sekali! Memang Paly dapat course yang Paly pilih masa isi borang UPU.

Nasib baik Ar. Azman juga seorang lecturer kat UiTM Seri Iskandar hari tu rekomen kat Paly amik degree terus! Sebenarnya, Paly pun tak berapa tau sangat kalau bab2 camni! Biasa la~ Masih mentah! 

Lepas je Ar. Azman bagi 'lecture' kat Paly time Ekspo Selangkah ke UiTM hari tu, balik2 rumah Paly terus tukar balik pilihan course kat UPU. Mujurlah masih ada sekali je lagi untuk dikemaskini.

So, lepas tu, Paly beritahu kat mak dan ayah pasal temuduga ni. Tapi, tak lama dah tarikh temuduga ni. 15 April. Hari Ahad! Nak dikira dari hari nie, tinggal lagi 2 hari lagi nak prepare!! Pergh! Tu yang gelisah macam cacing kepanasan je~ Dah la~ Sekarang nie pun dah belengas satu badan dek peluh memercik akibat bahang tengah hari. 

Kendian, Paly pon apa lagi! Cari la semua maklumat yang bakal ditanya nanti. Nasib baik Ar. Azman ada bagi soalan bocor. Katanya, antara soalan yang ditanya macam apa maksud arkitek, maksud architecture, bangunan yang korang kagumi; cerita pasal bangunan tu, bawa lukisan sketch sendiri, etc. 

Yang tak boleh tahan tu, kena speaking English! Paly nie sebenarnya terror speaking English. Bukan terror apa, cuma dia punya accent, pure! Haha! Betul~ Pengetahuan Paly pasal English nie boleh dikatakan pda tahap asas (basic). Tapi ada sikit advance. Hehe~ Still kena practice. So, Paly amik alternatif cuba berkomunikasi dengan orang dari oversea. Nama dia Patricia. Boleh tahan la~ Paly ada sikit kekok bila chat ngan dia. Hehe~

Last! Tu je la yang nak cerita. Hehe~ Nanti kalau panjang sangat, boring pulak! Ye la~ Paly nie kalau boleh nak explain lebih2! Cuba korang tengok post2 yang sebelum nie. Panjang2 semuanya, kan? Hehe~ OK! Salam perpisahan sementara. ^_^ 

Comments

  1. Hello Mr. Fazid Zac! Nama saya Lisa. Pada hujung minggu ni, Lisa mungkin akan dipanggil untuk ditemuduga jugak (Sarjana Muda Sains, Senibina). So tolong lah kasi soalan bocor sikit. Boleh tak? Lisa rasa gugup sangat tau :S Dan betul ke diorang akan temuduga kita dalam bahasa Inggeris? Berapa orang yang akan interview saya nie??? Terima kasih jika sudi menjawab soalan-soalan saya!

    ReplyDelete
  2. selain dari soalan tu , ape lgi soalan yg dy akan tnye eah ? help me please . interview dah dkat . nervous . . .

    ReplyDelete
  3. selain dari soalan tu , ape lgi soalan yg dy akan tnye eah ? help me please . interview dah dkat . nervous . . .

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..nak tanya sikit ni... saya memang berminat nak jadi arkitek..tapi saya lemah dalam bahasa inggeris ... subjek lain semua saya okay....so adakah bi ni sangat penting untuk nak jadi arkitek? Saya budak lepasan spm 2017...harap cepat reply..

    ReplyDelete

Post a Comment