Interview Degree Senibina UiTM

Haa~ Korang musti tak sabarkan nak baca pengalaman Paly dengan temuduga Sarjana Muda Sains (Senibina) kan? Untuk pengetahuan korang semua, Paly pegi temuduga tu semalam hari Ahad bertarikh 15 April 2012 di UiTM Seri Iskandar, Perak.

Nak cerita serba sedikit sebelum kita ke agenda utama, ye. Paly pergi temuduga ni dengan Yeop. Sebenarnya kami tumpang rumah mak sedara Yeop kat Kampung Gajah. Oleh sebab interview tu start pukul 8.30 pagi, kami kena bersiap sedia lebih awal.

Paly nak teruskan ke ujian melukis dulu. Ujian melukis ni dibuat di sebuah bilik mesyuarat di bangunan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur. Ujian ni diambil secara beramai2. Di tengah2 bilik di atas meja, ada beberapa bentuk macam sfera, kuboid dan piramid. Kiranya macam gabungan laa~ setiap calon kena melukis gabungan tersebut di atas kertas A3 yang akan diorang sediakan. Masa diberi selama 1 jam. Syarat dia kena guna pensel 2B dan pemadam sahaja. Maka, setiap calon akan melukis objek2 tu di sudut pandangan yang berbeza. Pada masa yang sama, kita kena isi borang yang dilampirkan bersama dengan kertas lukisan A3 tadi. 

Sesudah ujian melukis, masing2 akan dibahagikan kepada course2 yang mereka dapat untuk sesi temuduga. Contohnya, macam Paly punya Sarjana Muda Sains (Senibina), yang lain macam Diploma Senibina Lanskap, etc. Setiap course ada 2 bilik temuduga supaya cepat sikit habis. Kalau tak, penat la menunggu sampai tengah hari.

Ada lecturer yang bagi sikit tips masa temuduga tu. Beliau kata kena speaking in English sebab boleh dapat bonus sikit. Hehe~ Better laa~ Tapi, ada gak panel yang tanya dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, Paly dapat yang memang fully in English! Waah! Habis la aku~ Mungkin sebab first2 diorang tanya dalam English, Paly pun jawab la dalam English gak! Pastu, dia terus tanya dalam English. Nak buat camne? Ramai geng Paly kata Paly nie terror dalam English! Ye la~ Mana ada. Paly bukan terror apa pun cuma English accent tu yang dah macam pure English people punya. Itu yang lebihnya. Haha! 

Btw, panel terdiri daripada 2 atau 3 orang. Paly dapat 2 orang. Huhu~ 2 orang panel tu, bagi Paly, agak strict sikit. Tambah pula, interview nie first time bagi Paly; untuk yang real punya interview. First time diorang tanya soalan, Paly jawab dengan nervous. Memang diorang perasan Paly tengah nervous. So, mereka suruh Paly tarik nafas dalam2 dulu. Kendian, bila dah relax sikit, baru cakap. Tapi, sama je~ Haha! Agak berterabur jugak la speaking Paly nie! Haha!   

OK, berkenaan dengan soalan yang dia tanya. Soalan yang pertama, ceritakan tentang diri anda. Contohnya, nama, nama bapak, nama mak, ayah kerja apa, berapa gajinya, mak pulak keje apa, skolah mana. Cerita je pasal diri korang. Tak kesah~ Pastu, soalan kedua, siapa yang beri inspirasi untuk belajar architecture nie? Soalan ketiga, kenapa anda layak untuk ambil course nie? Soalan keempat, bangunan mana yang terkenal yang kita tahu, selain dari Menara Kembar Petronas, sebab ramai sangat yang selalu guna bangunan tu. Contoh la Paly bagi, Masjid Kristal, Masjid Biru, Masjid Besi. Soalan nie Paly kantoi sebab tak carik bangunan2 lain kat Malaysia. Paly cuma tau Masjid Faisal kat Pakistan tu. Tu pun Paly pernah buat replika masjid tu time skolah. Haha! Oh ya! Terlupa pulak. Soalan yang terselit kat soalan2 kat atas nie, apakah maksud architect dan architecture? 

Lepas diorang bagi soalan, diorang bagi saranan pulak kat Paly. Contoh la ayat salah sorang daripada mereka; lebih kurang la~ :-
Your result is ok and your English can be accept. But, your drawing is quite unusual. I think you should take engineering course with this excellent result. Do you really want to take this architecture course? If you really want this architecture course, you should take an art class. Try to develop your drawing skills. Take it as a homework for you.
Lepas tu, Paly pun beransur pulang. Tapi, tak balik lagi laa sebab nak tunggu Yeop punya turn pulak. Lambat jugak la~ Second last baru panggil nama dia. Hmm~ Paly pulak asyik teringat akan kata2 panel tadi. Muhasabah diri seketika.
Yup! Itu je yang Paly cakap. Tak tau nak cakap apa lagi. 

Sebelum mengakhiri, Paly ada gak jumpa kawan2 Paly time skolah. Ashraf Afifuddin, Sapura Solehah dan Hatim. Paly sekali dengan Hatim dalam Sarjana Muda. Ashraf dan Sapura sekali dengan Yeop dalam Diploma Senibina Lanskap. Paly sebenarnya ada gak terfikir. KALAULAH course nie tak dapat, Paly nak amik Diploma Teknologi Kreatif dan Artistik (Teater). Kalau bab teater/belakon nie memang minat sesangat. Dulu, Kini, Selamanya. Haha! Cukup la kot takat nie. Nak tanya apa2 lagi boleh comment kat bawah yerk! Wassalam~

Comments

  1. teruja baca ni.. sebab saya pun dapat tawaran temuduga tu.. but in johore lah.. :D :D
    baca sini pulak :D
    http://ieramoshi2.blogspot.com/2012/04/temuduga-senibina.html

    ReplyDelete
  2. waaahh.. betul cakap diorang.. result bagus kenapa tak amek engineering?? tak minat ye??? neway, best baca entry nih... hee.. all the best ye! :D

    ReplyDelete
  3. jap, semua soalan yg dia tanya tu, memang full english eh? Ohmai!

    ReplyDelete
  4. smua full english ke xde malay

    ReplyDelete
  5. nak try tgk lukisan saudari, nak tahu jugak macam mane rupe lukisan yg levelnya 'unusal' gitu

    ReplyDelete
  6. Aku cakap jawa pandai lahh.. Cakap omputih memang tekebil kebil.. Alahai~

    ReplyDelete
  7. Aku cakap jawa pandai lahh.. Cakap omputih memang tekebil kebil.. Alahai~

    ReplyDelete
  8. boleh aku tumpang tanya tak? macam mana aku nak tukar course ke course ko? agak2 aku layak tak. aku ade basic in engeenering drawing kat sekolah so aku tahu guna autocard and aku jugak budak pelepasan budak dip grafik n media digital.
    dlu nak ambik seni bina dip tapi aq tak lepas so aku endup kat grafik. agak2 sekarg kalau aku apply kat uitm senibina, lepas tak?

    ReplyDelete

Post a Comment