Trip To Kuala Lumpur

Hi there! Kali ni Paly nak cite pasal rombongan ke KL semalam. Fuhh~ sememangnya perjalanan yang hampir 1 hari tu penat giler. Asalnya rombongan tu nak pegi kenduri kahwin kat Taman Melawati, Setapak, KL. OK, kita start dari mula (start dari mula ?? lol). 

Pagi smalam Pak Tam ada datang rumah nak suruh mak bersiap nak pegi kenduri tu. Tapi, mak tak jadi  pegi sebab nak jaga adik bongsu Paly; dia demam. Kalau mak tak jadi pergi maknanya kena ganti la. Tambang bas dah dibayar; RM40. Rugi kalau tak pergi. So, Paly menawarkan diri nak ganti mak. Wakil dari kampung Paly, Kampung Air Jada, 2 orang je! Paly dengan mak saudara Paly (Mak Tam). Ramai jugak dari kampung sebelah, Kampung Belum Baru.

Maka, bermulalah perjalanan bas ke Kuala Lumpur. Masa tu, Paly terasa sangat teruja sebab pegi KL. Macam2 benda pikir kalau pegi KL. Ingat boleh la jumpa kawan Paly dari SERATAS macam Syed Danial (tapi dia duk Damansara), Iqmal, Lisa, Ameer, Azam, Baly (Baru teringat, Azam ngan Baly dapat PLKN) etc. 

Kami sampai ke KL dalam pukul 12 lebih. Bila Paly tengok suasana kat KL tu kan, pergh!! Rasa teruja sangat. Kendian, otw nak pegi rumah pengantin, Paly nampak kawasan perumahan yang buruk sangat. Paly buat sangkaan kalau nak survive kat KL ni memang payah. Kalau silap langkah, lari jauh dari jalan yang betul. Pemandu bas tak tahu kat mana rumah pengantin. Ye la~ dah la sesak dengan kenderaan yang bertali arus sepanjang-panjang jalan tu. Lepas minta wakil dari rumah pengantin tolong tunjuk jalan, baru sampai kat rumahnya. Pengantinnya Jue dan Lan (Paly cuma tau nickname mereka je).

 Bila dah habis je makan, kami semua pun balik ke bas. Malang sekali, bas buat hal~ Aduh! Ingat dah tak boleh balik. Tapi, nasib baik OK gak bas tu. Namun, kami tak boleh lama sebab paip kat bas tu dah retak. 

Lepas tu, kami bertolak ke Masjid Negara (Wah~ teruja lagi!) nak mandi dan solat. Memang time tu belengas (melekit) giler. Otw nak pegi masjid, Paly ternampak kelibat KLCC! Wah~ saat ni la yang Paly tunggu bila nak pegi KL. Harap sangat dapat tengok KLCC dalam jarak yang dekat dan real!! Alhamdulillah~ dapat jugak bas lalu depan KLCC. Berkilat-kilat tengok KLCC tu.Terasa bangga dengan Malaysia sebab ada bangunan sedemikan rupa yang merupakan salah satu bangunan yang tertinggi di dunia. Rasa syukur sangat! Sepanjang nak pegi Masjid Negara tu, Paly ada shnap (snap) certain gambar. 

Sepanjang-panjang perjalanan nak pegi masjid tu, terasa macam kecik je diri ni. Ye la~ semua bangunan kat situ kebanyakannya tinggi2 belaka. 

Kendian sampai la kami kat Masjid Negara. First time sampai kat situ, Paly ingat masjid tu masjid biasa je. Tapi, ia Masjid Negara!! Bila Paly masuk dalam, Pergh!! Luas yang amat sekali!! Rasa macam sesat kalau masuk masjid tu. Masa nak pegi amik wudu', punya la Paly cari; rupa2nya ade kat depan pintu utama masjid tu. Paly masuk ikut belakang sebab bas parking kat situ. 

 Ada satu bende yang menarik dalam masjid tu, dia punya cermin. Haha! cermin dia besar giler! Tau Paly panggil cermin ni apa. The Gigan! Haha!

Tengok! Betapa luasnya scene bila amik gambar. Nak tengok wajah sebenar cermin tu, terpaksa Paly undur belakang sikit. Time Paly nak amik gambar dalam masjid ni kan rasa takut2 pulak sebab dia ada bagi notification 'Dilarang Mengambil Gambar / Video'. Tapi dia dalam bentuk gambar la. Paly amik gak gambar sebab dia tunjuk gambar kamera & video recorder tapi dia tak tunjuk gambar phone. Haha!

Then, last activity, SHOPPING!! Haha! Kami drop by kat pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman. Kat tempat tu ade bangunan CIMB yang tinggi sangat. Kebanyakan kedai kat situ jual tudung, baju, seluar, dan tudung! (Banyak sangat tudung.. @_@) Paly tak beli banyak sangat. Cuma beli keropok lekor mentah; nak bawak balik rumah. Sepanjang pegi shopping tu, Paly ikut je Mak Tam shopping gak. Shopping tudung la~ 

Apa yang Paly perasan kan, ramai yang pakai tudung yang macam 'Mother' kat gereja tu. Ntah ape la nama dia. Nak kerja senang kan; orang nak cepat. Serkup je tudung tu. Dah! Siap! Bagi Paly, Paly suka pompuan yang pakai tudung bawal. Cantik bila pakai camtu. Lagi satu trend pakai selendang yang belit2 kat leher tu. Paly pikir la~ 'Tak cekik ke ?? Hish~ Pelik2'. 

Satu perkara lagi kat pekan ni kan. Ada sorang abang ni jual kereta mainan. Seyess~ Banyak giler! 2 singgit! (ingat Mail ke dalam cite Upin Ipin ??). Tak de la. Dah lupa harga dia. Yang menariknya, bila Paly pandang semua kereta2 ni, terus ingat Ameer. Haha! Dia memang fanatik kereta mainan. Rasanya abang ni curik dari Ameer kot. Haha! Kereta ni dijual depan kedai Kasut Jukebox. 

Kendian ada la~ terserempak dengan sorang teenage mat saleh dengan sorang remaja melayu; together. Paly dengar sikit perbualan dia. Remaja Melayu tu dia puna speaking cam Syed Danial! Paly tengok balik muka dia. 'Ingatkan Danial tadi~'. Mula la Paly buat andaian sekali lagi. Rasanya kalau orang KL speaking camtu la bunyi dia. Haha!

OK, part yang paling tak best. Nak tunggu bas. Korang tau Paly tunggu berapa lama ?? Dari pukul 6.30 petang sampai pukul 9 malam!! Dekat 2 jam setengah. Pergh~ memang lutut dah jadi jelly. Penat berdiri ditambah pulak dengan ke hulu hilir shopping sebelum tu. Terpaksa la Paly duduk kat koridor kedai nak bagi hilang penat lutut kejap. Sambil2 tu, Paly tengok je orang ramai yang lalu kat koridor tu. Ya Allah~ tak pernahnya sikit orang lalu. 

Akhirnya, kami pun bertolak balik selepas kejang lutut. Kami makan malam kat R&R Rawang. Lepas turun dari bas, Paly terus pegi solat. Lepas habis solat kan, ada sorang remaja lelaki yang lebih sebaya dengan Paly tegur Paly. Nama dia Aiman. Perbualan singkat tu berbunyi camni:-

Aiman : Assalamualaikum
Paly : Waalaikumussalam.
Aiman : Kamu sekolah SERATAS ke ?
Paly : Ha'ah. 
Aiman : Form5 tahun ni ? 
Paly : Tak, tahun lepas.
Aiman : Kenal tak Nur Syafiqah Hani ?
Paly : Kenal. Kenape ??
Aiman : Dulu saya sekolah sekali dengan dia.
Paly : Oh! Ye ke ?
Aiman : Ha'ah. Sekolah SMAP Labu. Kamu tak kerja ke or tak dapat PLKN ? 
Paly : Dua2 tak. 
Aiman : Boleh saya dapatkan nombor kamu ?
Paly : Boleh je~ 

Lepas dah bagi nombor.. 

Aiman : OK. Terima kasih ye. Nanti saya text kamu. Assalamualaikum. 
Paly : OK. Sama2. Waalaikumussalam~.

Hah! Camtu la citenye. Kendian, Paly pegi dinner. Lepas tu, kami balik Gerik. Yang tak boleh blahnya, banyak kali tidur dalam bas tu. Bangun, tidur, bangun, tidur; tak sampai jugak. Punya la lama~ Mak Paly pulak banyak kali call. 'Angah bila nak sampai ??', 'Angah kat mane ??' Sayang mak~ Even dah pukul 4 pagi pun, mak Paly call. Ya! Kami sampai kampung dalam pukul 4.30 pagi. Bukan apa, bas tadi kan buat hal. Sampai kat Kati, kami exchange bas yang elok. 

Bila dah sampai rumah, Paly terus hampar tilam. Apa lagi? Hibernasi la! Haha! Penat sangat~

Comments

  1. kamu first time g kL ke liy ? hm ?

    ReplyDelete
  2. wah semgt nye . :) bnyk perkara yg paly tgk n jumpa . siap curi2 tgkp gmbr lg . :)

    ReplyDelete
  3. @Cendawan T0mey Haha! biase la tu~ ada gaya jadi photographer propaganza tak?? lol

    ReplyDelete

Post a Comment