Couple itu HARAM! (Part 1)

Hari ni Paly ada sikit mood nak update blog. OK, Paly nak kongsi sikit pengalaman Paly mengenai couple ni. Sudah menjadi topik perbualan saban hari kalau bab cinta ni, kan? Paly sebenarnya PERNAH couple dengan sorang perempuan yang sebaya dengan Paly. Tak silap, sejak bulan Januari 2011; masa Paly Form 4. Ye la~ perasaan inkuiri yang tinggi dalam peringkat remaja ni memang normal bagi sesetengah individu. 

Kisahnya begini, Paly kenal dengan A (Bukan nama sebenar) melalui FACEBOOK. Cee~ Facebook jugak. Ala~ macam Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif tu. Hehe~ Asal Paly online je, ada je dia yang nak chat ngan Paly. Paly layan je~ first2 Paly anggap dia sebagai kawan maya je. Tak pernah jumpa direct pun sejak kami kenal. Tengok gambar dalam  fb je la~ 

Kemudian, kami mula bertukar nombor telefon. So, ada dua sistem perhubungan antara kami; Facebook ngan phone. Oleh sebab masa tu Paly masih bersekolah SBP, Paly memang tak bawak phone balik asrama. So, Facebook la yang menjadi satu2nya sistem perhubungan kami. Nak selit sikit, sejak Paly berkenalan dengan A, Paly dapat rasakan sesuatu pasal A ni. Ya! Paly mula rasa A ada minat dengan Paly. 

OK, scene seterusnya merupakan penaikkan level dari kawan kepada couple. Masa cuti sekolah, suatu malam, kami tengah ber'text' antara satu sama lain. Tiba2, timbul perasaan Paly nak tanya dia sesuatu yang memang membuatkan Paly berasa berdebar2. So, Paly hantar msg ni:-
A, saya nak tanya sesuatu. Sudi tak kalau kita jadi COUPLE?? Itu pun kalau awak nak.
Seriusly, masa tu Paly terketar2 taip msg tu. Kendian, Paly dapat reply. Paly baca:-
Erm.. entah la awak .....
Terus je baca, Paly hantar ni pulak:-
Err~ Jawapannya tak la??
Dia balas:-
Ish! Awak tak baca habis lagi! Huhu~

So, Paly tengok balik msg tadi:-

Erm.. entah la awak .....
.........
Saya sudah lama tunggu awak kata macam tu.. so, saya sudi!!!

Haha! Apa lagi, bukan main gembira Paly baca msg tu. Terasa bahagia pulak! Hehe~ Tak sangka Paly dah couple! Jadi, bermulalah hari2 kami yang seterusnya. Dari hantar msg sampai ke call. Malam2 je la call. Siang2 ada keje sikit. 

Setelah beberapa lama, Paly ada rasa sedikit annoy dengan A. Bukan apa, dia msg Paly kalau boleh sepanjang masa. Rasa macam terganggu pulak! Nak buat keje pun tak senang. Kalau boleh, malam2 nak call. Rindu nak dengar suara Paly yang macam Josh Groban ni. Hehe~ Paly kena nyanyi lagu You Raise Me Up depan Sultan Azlan tahun tu sempena Hari Anugerah Cemerlang. Sebab tu, kata suara macam Josh Groban. Haha!

OK, sambung balik! Tapi, kadang2 pun ada time Paly in good mood nak msg dia. Bila dia merajuk, Paly kene pujuk. Ala~ macam couple2 lain buat! Macam tak biasa pulak. Hehe~ 

Suatu hari, Paly ada terbaca suatu artikel  yang menyatakan couple tu HARAM! Artikel tu Paly baca dari majalah Sinergi yang dijual di sekolah oleh ahli BADAR (Badan Dakwah dan Kerohanian). Lepas Paly baca artikel tu, Paly ambil masa untuk fikir masak2 pasal hubungan Paly ngan A. Ya! Hubungan kami memang HARAM sebab ia berkaitan dengan ZINA HATI; zina yang kebanyakan orang tak sedar mengenainya. 

Walaupun tak pernah berjumpa, tapi kita masih teringat dengan kekasih kita tu. Tapi, masa tu, ada tak kita teringat pasal Allah? Maka, Paly buat keputusan nak 'break up' sebab Paly takut sangat bila baca artikel tu. So, nak dipendekkan cerita, kami disahkan berpisah. Kata2 Paly sebelum kami 'break up' :-
A, saya rasa cukuplah hubungan kita takat ni.. sebab hubungan kita ni tak halal. Sebab kita menghampiri zina yakni ZINA HATI!! Jikalau kita ditakdirkan bersama oleh Allah, kita bakal berkahwin dengan cara yang halal ; akad nikah. Jangan sesekali awak hubungi saya lagi!
Sejak dari tu, A cuba hubungi Paly. Tapi, Paly tetap dengan pendirian Paly. Paly cuba untuk mengelak daripadanya. Kendian, makin hari A sudah tak hubungi Paly lagi. Memang! Apa yang kita suka tak semestinya baik untuk kita dan sebaliknya. Korang pernah dengar, kan? 

Secara total, hubungan tu hanya bertahan selama 2 bulan je. Paly tahu, belum masanya lagi nak berpasangan. Belajar lagi kan? Makan minum pun mak jaga, ni kan pulak nak berasmara dana. Hakikatnya, cinta manusia separuh jalan manakala cinta Allah kekal abadi. Sekurang2nya, Paly ada pengalaman mengenai couple ni. 

Hmm... setakat tu je la~ tak nak lebih2. Nanti jadi kes pulak! Kepada golongan remaja yg sedang bercouple dan yang TERINGIN nak ada pasangan, fikir masak2 dulu. Adakah betul apa yang kita buat ni? Mungkin Paly tak dapat cari contoh artikel yang Paly baca, tapi Paly akan cuba untuk beri sedikit sebanyak kesedaran pasal couple nie. Wassalam~

Comments