Hadiah Hari Jadi

Ca va?? Haha! Maksud dia, apa khabar? OK, kali ni nak cerita pasal hadiah hari jadi. Ala~ tengok je tajuk kat atas ni. Kalau tak reti baca, elok jumpa pakar; problem tu! Sebenarnya nak kongsi hadiah hari jadi yang aku dapat tahun lepas yakni 2011. Hari jadi aku bila?? Tengok je kat sebelah sidebar. Ada je tulis. Baiklah, berikut merupakan antara hadiah2 hari jadi yang aku dapat.

Teddy bear kat bawah ni sebenarnya bukan hadiah hari jadi tapi aku anggap sedemikian rupa. Dr. Zulkarimah yang beri. Beliau merupakan ibu angkat MEKAR. Aku dapat hadiah ni sebab aku berjaya menjawab soalan yang ditanyanya. Soalan dia senang je. Camni 'Bilakah tarikh ujian bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011?'. Camtu la soalan dia; lebih kurang. Ops! Lupa pula. Nama dia Beary. Betina tau! Haha!

Next, Baju yang berwarna coklat ni merupakan pemberian Fatin Haziera. Well, pandai juga dia memilih baju yang fit dengan aku; saiz M. Secara personal, aku rasa Fatin minat kat aku. Aku pun minat jugak kat dia. Hehe.. tapi sekadar kawan je.

Lanjutan daripada itu, hadiah daripada Hambali! Hehe~ Benda ni mahal juga la. Sebab dia glow in the dark. Percaya atau tidak, benda ni still boleh glow! Btw, aku bintang Libra yakni dacing. Or more precisely, Barisan Nasional (BN)! Haha! Aku Pemuda UMNO! Dulu, kini dan selamanya!

"Selamanya.. selamanya.. selamanya.. Harimau Malaya!"
"Elelelelela ohohohoh" 2X
(Lagu Selamanya)

Mr. Smee!! Haa.. patung Smurf ni pula hadiah daripada Mafarida Husna. 'Kakak' I! Hehe! Kenapa ak panggil dia kakak? Sebab beza umur kami hanya 5 jam je! Caye tak?? Tak caye sudah. Haha! Dia sebenarnya lahir pada pukul 10 malam bertarikh sehari sebelum hari jadi aku. Aku pula lahir pada pukul 12.30 tgh malam pada hari jadi aku. Tak faham?? Camni, Chuna (nama panggilan) lahir 2/10/1994 pada pukul 10 mlm. Aku lahir 3/10/1994 pada pukul 12.15 tgh malam. Clear??

Last but not least, mug yang berwarna coklat ni pula hadiah daripada Syed Muhammad Danial. Kawan yang mempunyai kontroversi dengan dirinya sendiri. Haha! Mug ni aku gunakan sebagai perhiasan kat rumah. Rasa sayang pula nak guna. Ala~ sebagai tanda persahabatan. Hehe! Untuk pengetahuan korang, Danial ni suka workout! Huuu~ mesti la dia muscular kan? Sebab tu ramai kawan perli dia. Mungkin dia punya kelebihan.

Comments

Post a Comment