Allah tu Maha Pemurah..

Ok.. post kali ni merupakan hasil daripada post yang semalam punya.. Tak baca lagi?? KLIK SINI .. Ok, kita teruskan lagi.. Petang tadi, time tengah syok study (SPM around the corner!!) Tiba2, mak panggil aku.. apa lagi terkejut beruk makyeh la~ hahaha.. selingan je.. mak ada tanya aku pasal dompet tu.. Hah?! Camne mak bleh tau pasal dompet tu?? Getus aku..

Rupa2nya, ada orang dah jumpa dompet aku! YEAY!!! Sonok la pe lagi! Dalam hati ni, rasa syukur sangat kepada Allah.. orang yang jumpa dompet aku tu orang Kampung Lawin.. tempat tinggal Boboy a.k.a Khairul Shafiq.. kalau tak kenal Boboy plak.. hah! KLIK SINI PLAK .. Kita teruskan lagi.. So, orang yang jumpa dompet tu kebetulan kawan sekolah abang aku.. Roslina namanya tak silap aku..

Time mak aku panggil aku tu.. sebenarnya mak nak pegi kedai... nak beli barang keperluan rumah~ Tunggulah aku kat rumah.. kendian bila mak aku dah balik.. dia terus ajak aku pergi rumah Roslina.. so, berangkat la kami ke rumah dia~ Sampai kat kampung tu.. dengan bantuan sorang gadis yang berdekatan (tak de la cantik sangat.. hehehe.. gurau je~)

Rora2 Yoya2~ Jumpa la rumah dia.. Kendian kami bertemu sambil dia bawak sekali dompet aku tu.. Menurut cite dia.. aunty conductor tu ada jumpa dompet tu.. dia ingat aku tunggu bas tu patah balik bila time bas tu nak balik Gerik dari Lenggong.. tapi time tu, aku sebenarnya tengah terkilan, kan? Tak boleh berfikir kejap..huhu.. Kebetulan Roslina naik bas tu dari Lenggong nak ke kampung dia.. dia tengok gambar IC aku tu cam abang aku.. setelah diconfirmkan oleh aunty conductor tu yang aunty tu kenal dengan mak aku.. dia ada tengok gambar mak aku yang terselit dalam dompet tu..

Apa lagi.. DOMPETKU TELAH DIJUMPAI SEMULA!!  hehe.. time perjalanan pulang ke rumah.. aku tersenyum sendirian.. ye la~ dah boleh masuk dewan nak amik SPM... hahha! tapi bila aku check balik isi dalam dompet tu.. duit dalam zip dah tak de.. tak silap aku RM30.. tinggal RM11 je dalamnya.. Hmm.. tak pe la~ halalkan je la~ Aku anggap duit tu aku sedekahkan kepada pengambilnya.. Bagi aku, ini sebagai bayaran untuk dompet aku..

Pengajarannya... Allah tu Maha Pemurah! Kalau ada apa2 perkara yang terjadi, kan? Allahlah yang menjadi tempat mengadu kita yang pertama.. jangan sesekali berputus harapan dengan Allah.. SesungguhNya Allah tu Maha Mendengar.. kendian baru cite kat mak bagi yang masih ada.. Sekian.. segala yang baik tu datang daripada Allah.. apa yang buruk tu datang dari Allah jugak berdasarkan kelemahan diri saya.. Wassalam~ ^_^

p/s: Kepada 'Mak Cik' Hanin, sabar tu separuh daripada iman~ hehehe~
Sila 'like' dan comment ye. Terima kasih sebab sudi membaca

Bagi bunga takkan dapat cuka kot??

Assalamualaikum.. Baiklah berkenaan tajuk post kali ini.. Hari ini Allah telah menguji aku.. Nak dijadikan cerita pagi tadi aku nak pergi bandar Gerik.. nak beli beg NetBook.. hehehe.. ada rezeki lebih sikit.. So, sementara nak tunggu bas.. Mak Teh yang duduk bersebelahan dengan rumah mak cik aku, Puan Azizah kebetulan nak pergi Gerik juga.. Alhamdulillah~

Roya2~ Yoya2~ sampailah sudah.. aku terus pergi kedai Acer yang berdekatan dengan The Store.. Akhirnya sudah aku beli beg tu.. Kendian, aku pergi kedai 7Eleven.. nak beli roti plak.. pagi tadi makan bihun je..hmm~ syukurlah~ Kendian aku terus pergi CC (Cyber Cafe) berdekatan.. aku main beberapa jam kat situ (standard main kat CC lama)..

Kendian dah habis main.. terus ke station bas.. nasib baik sempat.. ada bas yang belum berangkat lagi.. Hmm.. sementara nak tunggu bas berangkat, aku sempat beli gula2 Mentos.. hehehe.. Lepas beberapa minit, Aunty conductor pun naik.. Bas pun bertolak.. Lepas dapat baki tambang, aku simpan duit tu dalam dompet.. Rora2~ Yoya2~ Nak dekat dengan kampung aku, aku picit loceng bas.. Tanpa memeriksa apa2 yang tertinggal.. aku pun terus turun..

Hah! Ni yang klimaks cerita ni.. Lepas bas tu berjalan balik.. Aku rasa sesuatu yang kurang.. aku periksa poket sebelah kanan aku.. TAK ADA!!! DOMPET AKU TAK ADA!!  Seyes.. time tu aku terasa terkilan.. tersentak! Dompet aku terjatuh dalam bas tadi! Ya Allah~ Apa nak buat ni.. Aku terus berjalan pulang ke rumah.. Memang masa tu aku tak terkata..

Ye la kan~ IC aku ada dalam dompet tu.. Dokumen paling penting!! Kalau tak ada IC.. macam mana aku nak masuk dewan; nak ambil SPM.. Aku fikir aku tak nak cerita pasal dompet aku ni kat mak lagi.. Nanti mak mesti risau.. Nak jaga hati mak dulu.. Aku cuba fikirkan cara macam mana nak cari dompet tu.. Aku hanya mampu berdoa je.. Harap2 sesiapa yang jumpa dompet aku tu akan terbuka hatinya nak pulangkan balik dompet tu..

Pastu, lepas sembahyang Isyak.. Aku berdoa~ "Ya Allah, SesungguhNya aku amat bersyukur kepadaMu atas ujian yang telah Engkau turunkan kepadaku ini. Engkau masih menyayangiku. Ya Allah, sekiranya Engkau turunkan ujian ini sebagai balasan untuk perbuatanku, inilah yang aku nantikan.. Engkau yang maha Adil lagi Bijaksana.. Janganlah Engkau hampakan harapan ibuku untukmelihatku berjaya dengan cemerlang dalam SPM dengan mendapat 10A.. Amin~


Moral untuk aku dan korang, kalau nak buat sesuatu tu.. pikir 3 kali; apa kesannya nanti.. Kalau baik, baiklah dapatnya.. kalau jahat, buruklah balasannya.. Lagi satu.. jangan pakai  tracksuit yang nipis.. nanti dompet terjatuh cam aku ni.. huhuhu..T_T
Sila 'like' dan comment ye. Terima kasih sebab sudi membaca

Apa Nak Buat Kalau Kena Tangkap Polis??


Apabila kita dihampiri polis yang berpakaian seragam atau berpakaian biasa dan mengaku polis

Dialog 1 (Ketika ditahan polis)
Polis: Maaf encik, saya polis. Sila tunjukkan kad pengenalan.
Kita: Boleh, tapi sila tunjuk kad kuasa dulu.
(Kad kuasa ada 4 warna – sila perhatikan warna kad kuasa dan kalau sempat, catat nombor pengenalan polis itu)

Kalau kad itu berwarna:-
Merah : Polis itu sedang digantung tugas dan tak ada apa2 kuasa. Jadi, kita boleh beredar dari situ.
Putih : Polis simpanan
Biru : Inspektor ke atas
Kuning : Lebih rendah daripada Inspektor

Kalau berpakaian seragam:-
Lans koperal : 1 paku
Koperal : 2 paku
Sarjan : 3 paku
Sub-Inspektor : 1 bintang 5 penjuru
Inspektor Percubaan : 1 bintang 7 penjuru
Inspektor :  2 bintang 7 penjuru
Inspektor ke atas :  Lebih banyak paku & bintang serta bersimbol mahkota & keris

Dialog 2 (Ketika ditahan dan disoal polis)
Polis : Nama siapa? Kad pengenalan? Alamat?
Kita : (Lepas dah tengok kad kuasa jawablah, apa lagi)
Polis : Kamu ni anak siapa? Nak pergi mana?
Kita : Kenapa encik nak tahu?
Polis : Jawab je lah!
(Dalam situasi ini, kita berhak menjawab soalan2 asas sahaja seperti nama, kad pengenalan, dan alamat. Selain daripada itu, kita berhak menjawab, kecuali polis tersebut berniat hendak menangkap kita)

Dialog 3 (Tidak ditangkap, tapi polis hendak melakukan pemeriksaan)
Polis : Saya hendak memeriksa barang2 kamu.
Kita : Tak mahu, kamu ini Koperal je, Inspektor kamu tiada di sini.
(Pemeriksaan hanya boleh dilakukan oleh/dengan Inspektor ke atas. Dalam keadaan biasa, wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh polis wanita sahaja)




Dialog 4 (Situasi yang menandakan kita ditangkap)

Kita : Adakah saya ditangkap?
Polis : Ya.

Kita : Saya nak pergi dulu.. bye~
Polis : Tak boleh! Duduk di sini!

Polis : Gari dia!
(Jika kita tidak ditangkap, kita boleh pergi dari situ)

Dialog 5 (Selepas sahih bahawa kita ditangkap)
Polis : Tangkap!
Kita : Mengapa saya ditangkap? Ke balai mana saya akan dibawa?
(Polis mesti memberitahu sebab tangkapan, kalau tak, tangkapan adalah tidak sah. Kenal pasti balai mana kita akan dibawa dan beritahu orang yang berdekatan)

Dialog 6 (Selepas ditangkap, di balai)
Kita : Saya nak buat panggilan kepada ahli keluarga/seorang kawan/peguam saya.
(Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan bahawa bila kita ditangkap polis, polis MESTI menerangkan sebab2 tangkapan kepada kita; & sebelum memulakan soal siasat/mengambil keterangan, polis MESTI memaklumkan kepada kita bahawa kita boleh berkomunikasi dengan ahli keluarga/kawan tentang lokasi kita DAN berkomunikasi dengan peguam yang kita pilih. Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan yang sama)



Sila 'like' dan comment ye. Terima kasih sebab sudi membaca

Oh Belog!

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets