Aku bukan Kasanova!!

Hola~ waduh sekian lama tak update blog ni. Aku baru je abis SPM 2 minggu lepas.Ye la~ paper Teknologi Kejuruteraan pada hari last exam, 14 Disember 2011. Ok la~ Kali ni nak kongsi satu benda. Aku ni sebenarnya lelaki yang ala2 kasanova gitu. Tak tau kasanova tu ape? Hmm..  menurut Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, kasanova bermaksud “Lelaki yang suka menggoda wanita”.

Manakala menurut Kamus Dewan pula, kasanova bermaksud “Lelaki yang suka memikat dan memperdayakan perempuan”.

OK. Bagi aku pula yang nak dikatakan yang aku ni ala2 kasanova kan, bukannya apa. Maksud kasanova yang aku maksudkan lebih kurang dengan maksud kasanove yang di atas KECUALI 'memperdayakan wanita'. Kalau tak, lain la perkataan dia. Nanti jadi dayus la pulak. Haha! Nak dijadikan bukti aku ni lelaki ala2 kasanova. aku ada senaraikan gambar2 yang berkaitan di bawah. Enjoys~

Bersama Kak Ina
 Ini kak Ina. Kakak ni merupakan kakak angkat aku. Dia memang baik. Masa ni ada program Sekolah@MMU. Program ni bertujuan untuk mengajar peserta tentang Adobe Photoshop. Best jugak kakak ni! Dah la cantik,  baik lak tu. Kak Ina nanti kalau dia nak kahwin kan, dia nak jemput aku pergi makan nasi minyak. Haha!

Bersama Hanis Dalila (Kechik)
Yang ni pula, Hanis Dalila. Masa ni pula sebelum kami nak buat persembahan nyanyian sempena Hari Anugerah Cemerlang 2010. Kiranya kami ni duet la~ hehe.. Kami menyanyi lagu Josh Groban yakni 'You Raise Me Up'. Cuba teka siapa tetamu jemputan khas? Raja Nazrin! Gementar juga nyanyi depan raja ni. Tambah pulak, kamera tertumpu kat kami. Tapi, bukan kami dua orang je yang nyanyi. Kami di support oleh kumpulan koir kat belakang kami. Lepas habis nyanyi tu, memang dapat sambutan!
Sume org suka.


Bersama Hana
Hana. Masa ni ketika jamuan Raya 2010. Dulu aku dengan Hana ni rapat sangat. Itu pun masa Form2, aku sekelas dengan dia. Aku suka mengusik dia. Last2 lekat jugak! Haha! Tapi sekejap je~ Sbb hubungan kami biasa je. Tak de yang istimewa sangat. Lagi pun dia dah berpunya. Tak pe. Aku tak kisah pun. Banyak lagi 'bunga' yang menunggu di sunting! Hehe.. (Puitis giler~)

Bersama Halimi

Hah! Yang ni pulak Halimi Nurul Atiqah. Sorang yang kuat! Kuat apa?? Kuat main hoki dan mulutnya amat kuat ............ (Sila isi tempat kosong dengan persepsi anda sendiri) Haha! Halimi ni baik dan suka tolong orang ketika dalam kesusahan. Kalau ada pape dia sudi menolong. Hah?! Para Datin di luar sana, Halimi ni sesuai dijadikan bibik rumah yang setia. Sebab dia pandai wat kuih batik! Kuih batik je la~ kuih lain tak tau jadi ke tak. Haha!

Bersama Nurin Safwah dan Zulaiha
OK. Next. Nurin Safwah dan Leha~ Masa ni pula kami dalam misi menyembelih burung puyuh untuk dijadikan bahan ujikaji dalam experimen 'Sembelih'. Tengah nak tunggu puyuh aku siap digoreng. Shh-nap la gmbar kejap.. Hehe! Nurin ni aku anggap dia cam adek aku sebab muka dia seiras dengan adik pompuan aku kat umah. Lebih kurang je perangai~ Haha! Leha ni pulak, dia ni agak bajet. Cun tu ade gak. Suka kata aku ni gemuk. Ish~ mane ade. Aku ni maintain je~ Muscle lebih je tu. Haha!


Bersama Najlaa dan Hannan
Kali ni pulak Najlaa dan Hannan. Mereka berdua ni gandingan kawan yang baik sekali. Selau gak aku tengok mereka berkepit. Aku kenal mereka dengan lebih rapat melalui pertandingan drama Bahasa Inggeris. Waktu audition kami dapat watak. Malangnya kami tak dapat pergi dengan lebih jauh ke peringkat yang lebih tinggi. Tapi. sekurang2nya aku dapat anugerah 'The Best Supporting Actor'!! Aku pun tak menyangka aku dapat anugerah sedemikian. Tak pernah terfikir untuk target dapat anugerah tu. Nak wat camne dah rezeki terpijak. Syukurlah~ Tu yang membuatkan aku bersemangat nak jadi sorang pelakon nanti.

Bersama Lisa Sainawi
Last but not least, Lisa Sainawi~. Sorang kacukan Indon yg tinggal di KL. Apa yang istimewa pasal cewek ni, dia punya slant 'R'. Mahal siot~ Juga menjadi bahan usikan aku terhadap dia. Haha! Tapi cun tu ade gak! Aku suka dia punye personaliti; stylish! (Bagi pandangan aku la~) Kami pernah (macam) berlakon sbgai BB & GG. Tapi tak de la cam betul2; skadar untuk meriuhkan kawan2 lain. Hakikatnya, biasa je. Apa2 pun, totally STYLISH, dude!! Ahaks~

Yang terakhir tapi bukan terkurang (Last but not least), segala luahan aku hanya sebagai lakonan semata2. Tidak ada kene mengena mengenai yang hidup mahupun yang sudah mati. Aku akhiri dgn serangkap pantun...

Bawak perahu pergi belayar,
Jarum patah jgn disimpan di dalam peti;
Anda yang terlibat jgn bersikap liar,
Kang aku cucuk dgn jarum yg patah, nnti mati!

 P/S: Haha! Buat sendiri punya! Totally!

Comments

  1. mokaihh . liy rupenye kasanova -.-'

    ReplyDelete
  2. wau... mmg nmpk mcm kasanova... huhuhu... aq tak plak mcm tu...

    http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/01/keramat.html

    ReplyDelete

Post a Comment