Bagi bunga takkan dapat cuka kot??

Assalamualaikum.. Baiklah berkenaan tajuk post kali ini.. Hari ini Allah telah menguji aku.. Nak dijadikan cerita pagi tadi aku nak pergi bandar Gerik.. nak beli beg NetBook.. hehehe.. ada rezeki lebih sikit.. So, sementara nak tunggu bas.. Mak Teh yang duduk bersebelahan dengan rumah mak cik aku, Puan Azizah kebetulan nak pergi Gerik juga.. Alhamdulillah~

Roya2~ Yoya2~ sampailah sudah.. aku terus pergi kedai Acer yang berdekatan dengan The Store.. Akhirnya sudah aku beli beg tu.. Kendian, aku pergi kedai 7Eleven.. nak beli roti plak.. pagi tadi makan bihun je..hmm~ syukurlah~ Kendian aku terus pergi CC (Cyber Cafe) berdekatan.. aku main beberapa jam kat situ (standard main kat CC lama)..

Kendian dah habis main.. terus ke station bas.. nasib baik sempat.. ada bas yang belum berangkat lagi.. Hmm.. sementara nak tunggu bas berangkat, aku sempat beli gula2 Mentos.. hehehe.. Lepas beberapa minit, Aunty conductor pun naik.. Bas pun bertolak.. Lepas dapat baki tambang, aku simpan duit tu dalam dompet.. Rora2~ Yoya2~ Nak dekat dengan kampung aku, aku picit loceng bas.. Tanpa memeriksa apa2 yang tertinggal.. aku pun terus turun..

Hah! Ni yang klimaks cerita ni.. Lepas bas tu berjalan balik.. Aku rasa sesuatu yang kurang.. aku periksa poket sebelah kanan aku.. TAK ADA!!! DOMPET AKU TAK ADA!!  Seyes.. time tu aku terasa terkilan.. tersentak! Dompet aku terjatuh dalam bas tadi! Ya Allah~ Apa nak buat ni.. Aku terus berjalan pulang ke rumah.. Memang masa tu aku tak terkata..

Ye la kan~ IC aku ada dalam dompet tu.. Dokumen paling penting!! Kalau tak ada IC.. macam mana aku nak masuk dewan; nak ambil SPM.. Aku fikir aku tak nak cerita pasal dompet aku ni kat mak lagi.. Nanti mak mesti risau.. Nak jaga hati mak dulu.. Aku cuba fikirkan cara macam mana nak cari dompet tu.. Aku hanya mampu berdoa je.. Harap2 sesiapa yang jumpa dompet aku tu akan terbuka hatinya nak pulangkan balik dompet tu..

Pastu, lepas sembahyang Isyak.. Aku berdoa~ "Ya Allah, SesungguhNya aku amat bersyukur kepadaMu atas ujian yang telah Engkau turunkan kepadaku ini. Engkau masih menyayangiku. Ya Allah, sekiranya Engkau turunkan ujian ini sebagai balasan untuk perbuatanku, inilah yang aku nantikan.. Engkau yang maha Adil lagi Bijaksana.. Janganlah Engkau hampakan harapan ibuku untukmelihatku berjaya dengan cemerlang dalam SPM dengan mendapat 10A.. Amin~

Moral untuk aku dan korang, kalau nak buat sesuatu tu.. pikir 3 kali; apa kesannya nanti.. Kalau baik, baiklah dapatnya.. kalau jahat, buruklah balasannya.. Lagi satu.. jangan pakai  tracksuit yang nipis.. nanti dompet terjatuh cam aku ni.. huhuhu..T_T

Comments