Apa Nak Buat Kalau Kena Tangkap Polis??


Apabila kita dihampiri polis yang berpakaian seragam atau berpakaian biasa dan mengaku polis

Dialog 1 (Ketika ditahan polis)
Polis: Maaf encik, saya polis. Sila tunjukkan kad pengenalan.
Kita: Boleh, tapi sila tunjuk kad kuasa dulu.
(Kad kuasa ada 4 warna – sila perhatikan warna kad kuasa dan kalau sempat, catat nombor pengenalan polis itu)

Kalau kad itu berwarna:-
Merah : Polis itu sedang digantung tugas dan tak ada apa2 kuasa. Jadi, kita boleh beredar dari situ.
Putih : Polis simpanan
Biru : Inspektor ke atas
Kuning : Lebih rendah daripada Inspektor

Kalau berpakaian seragam:-
Lans koperal : 1 paku
Koperal : 2 paku
Sarjan : 3 paku
Sub-Inspektor : 1 bintang 5 penjuru
Inspektor Percubaan : 1 bintang 7 penjuru
Inspektor :  2 bintang 7 penjuru
Inspektor ke atas :  Lebih banyak paku & bintang serta bersimbol mahkota & keris

Dialog 2 (Ketika ditahan dan disoal polis)
Polis : Nama siapa? Kad pengenalan? Alamat?
Kita : (Lepas dah tengok kad kuasa jawablah, apa lagi)
Polis : Kamu ni anak siapa? Nak pergi mana?
Kita : Kenapa encik nak tahu?
Polis : Jawab je lah!
(Dalam situasi ini, kita berhak menjawab soalan2 asas sahaja seperti nama, kad pengenalan, dan alamat. Selain daripada itu, kita berhak menjawab, kecuali polis tersebut berniat hendak menangkap kita)

Dialog 3 (Tidak ditangkap, tapi polis hendak melakukan pemeriksaan)
Polis : Saya hendak memeriksa barang2 kamu.
Kita : Tak mahu, kamu ini Koperal je, Inspektor kamu tiada di sini.
(Pemeriksaan hanya boleh dilakukan oleh/dengan Inspektor ke atas. Dalam keadaan biasa, wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh polis wanita sahaja)




Dialog 4 (Situasi yang menandakan kita ditangkap)

Kita : Adakah saya ditangkap?
Polis : Ya.

Kita : Saya nak pergi dulu.. bye~
Polis : Tak boleh! Duduk di sini!

Polis : Gari dia!
(Jika kita tidak ditangkap, kita boleh pergi dari situ)

Dialog 5 (Selepas sahih bahawa kita ditangkap)
Polis : Tangkap!
Kita : Mengapa saya ditangkap? Ke balai mana saya akan dibawa?
(Polis mesti memberitahu sebab tangkapan, kalau tak, tangkapan adalah tidak sah. Kenal pasti balai mana kita akan dibawa dan beritahu orang yang berdekatan)

Dialog 6 (Selepas ditangkap, di balai)
Kita : Saya nak buat panggilan kepada ahli keluarga/seorang kawan/peguam saya.
(Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan bahawa bila kita ditangkap polis, polis MESTI menerangkan sebab2 tangkapan kepada kita; & sebelum memulakan soal siasat/mengambil keterangan, polis MESTI memaklumkan kepada kita bahawa kita boleh berkomunikasi dengan ahli keluarga/kawan tentang lokasi kita DAN berkomunikasi dengan peguam yang kita pilih. Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan yang sama)


Comments

  1. aku tak takut dengan polis Kampung Alor Ara

    ReplyDelete

Post a Comment