Pelanduk Dua Serupa ke??

Hah! Kali ni pula nak cerita pasal seorang insan yang bagi aku agak istimewa. Nak tau sape dia? Nama diberi Muhamad Nazren bin Mohamed Zaidi. Orang kat sekolah selalu panggil dia Awang. Hmm.. ape yang istimewa pasal Awang ni?? Pertamanya, muka die ni iras2 muka aku! Caye tak? Cuba korang bandingkan dengan muka aku ni.

Korang rase sama tak? Hmm.. Terpulanglah. First time jumpa dia memang orang kata yang kami ni ada  persamaan lain. Contohnya, cara jalan. Kami jalan agak kengkang la sikit. Tak ade la over sangat! 

Pastu, sejak kebelakangan ni, kami jarang bertegur sapa. Kenapa?? Rasanya perasaan segan tu ade dalam sanubari ni. Nak tegur tapi rasa macam tak kena. Lagi pun, minat kami berdua berbeza. Awang minat bola sepak & aku pula minat berlakon~ menyanyi~ etc yang berseni bakat! Hehe.. Dah tu kelebihan aku nak buat camne?! Ok, berbalik kepada topik utama. 

Tambah pula, aku ni kalau bab nak kawan memang perlukan masa yang panjang untuk cepat mesra. Bergantung juga kat kawan ni. Kalau dia segan nak mampos, makan beberapa tahun la~ haha.. tak ade la sampai  beberapa tahun. Dalam beberapa bulan je.

Awang ni ade bakat yang aku rasa aku sendiri tak boleh buat. Yakni, bersyarah. Secara jujur aku tabik spring dengan dia. Ada kalanya dia selitkan sedikit unsur lawak dalam perbualan/syarah dia. Kadang2 kalau lawak dia dah macam hiperbola, aku memang tak boleh tahan. Rimas pun ade. Sikit2 cukup la~ Sekadar nak pancing minat pendengar.

Bagi aku, Awang The Great! Haha! Betul! Sebenarnya aku ni dari dulu memang nak jumpa dengan sorang insan yang ade mirip muka aku. Ade orang kata terdapat 7 orang manusia di dunia ini mirip muka kita. Mungkin aku dah berjumpa seorang iaitu Awang. 6 lagi dalam pencarian! Haha!

Ade la juga sahabat2 lain yang macam Si Awang ni. Contoh la aku bagi, Iqmal, Kamarul Iman (Tapi yang sorang ni dari dulu lagi. Dah 5 tahun, baru sekarang ni ok sikit) etc. 

Hmm.. cukup la setakat ni. Tak nak cite panjang2. Nanti lain pula jadinya. Akhir kata, kepada insan yang mengenali diri ni, jangan marah ye bagi yang terasa? 
Ini cuma luahan ekspressi dari sorang insan yang kamil.

Comments

  1. aah la ade iras2..hehe
    dah jumpe la tu antara yg 7 :P




    slm kenal,
    cik ana

    ReplyDelete

Post a Comment