Perasaan Remaja yang bernama Hambali


Salam kepada semua pembaca. Hmm~ Dah lama tak update blog ni. Selama ni asyik nak edit blog bagi nampak menarik. Rasanya cukup la. OK la, kali ni pulak aku nak coretkan sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama. Perkara ni ada sedikit lanjutan daripada post yang lepas berkenaan ‘Kawan Baik Aku~’. Ada kaitan dengan Baly.

Malam 8 Ogos, ada peristiwa yang berlaku. Aku baru sedar bila aku balik dorm lepas prep malam. Yeop ada beritahu aku yang Baly ada konflik dengan Atop pasal nak beli makanan. Tak silap aku, Atop tak puas hati dengan Baly kerna Baly sentap Atop beli makanan yang Yeop jual malam tu. So, malam tu agak kecoh la juga. Ada la juga pergaduhan kecil antara mereka. 


Tapi, apa yang Atop buat memang tak masuk akal. Hanya perkara sekecil tu dia nak perbesarkan. Aku pun setuju juga. Ramai kawan dorm yang tak puas hati dengan tindakan Atop tu. Aku monolag sejenak, “Ya Allah! SesungguhNya Engkau telah menguji Baly. Alhamdulillah~ Ini bermakna Engkau masih menyayangi Baly, ya Allah.” 

So, lepas aku dengar cerita tu, aku terus pergi dorm Baly. Aku tengok dia bersedih. Memang. Aku dapat rasakan apa yang dialami olah Baly. Kerna aku dengan Baly ada persamaan. Dulunya aku seorang pendiam. Baly pun. Sejak aku kenal dengan dia tahun lepas, memang itulah personaliti dia. Seorang yang lembut hati. 


Kadang2 pun ada la juga perasaan marah tu. Tapi memang payah bagi sorang yang pendiam nak marah. Perasaan lemah lembut tu melebihi perasaan mazmumah tu. Ada baiknya keadaan macam tu. Aku pujuk Baly agar banyak bersabar. Dia bertambah sebak. Ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Mungkin Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik ataupun sebagai balasan atas perbuatannya sebelum ni. 

Comments

Post a Comment