Lawak Orang Kelantan

Kisah ni diceritakan oleh kawan aku, Nik. Mamat ni asal Kelantan. Memang Kelantan tulen punye. Satu hari tu dia cerita macam mana pertama kali dia datang ke Seremban sebab nak interview kerja dengan salah sebuah Syarikat Pengangkutan. Nak dijadikan cerita, pada masa tu dia tengah cari kat mana lokasi pejabat syarikat tu. Maka dia pun tanyalah dengan sorang brader ni.

Nik: Abey, tumpey tanyo. Di mano pejabak syarikak pengangkutey?
Brader: Ekau biar bonar! Cakap tu elok-elok sikit jang!
Nik: Betul doh kawey kecek nih. Syarikak pengangkutey, pengangkutey..                                           
Brader: Budak ni ade yang lobam nanti kang!

Brader tadi dah mula naik hangin skit. Memandangkan member aku tau brader tu tak berape nak faham ape yang dia cakap, maka dia pun tunjuk alamat pejabat tu.

Nik: Ni ha alamat dio, XXX Transportation Sdn. Bhd. Transportation, transportation.
Brader: Oo.. transportation. Ingat apo bondo tadi pegang kotey, pegang kotey.                                        

Barulah brader tadi faham. Maka, brader tadi pun bagilah arahan macam mana nak pergi ke pejabat tu. Tapi maklumlah ibarat sorang cakap ayam, sorang cakap itik, timbullah kekeliruan lagi. Jadi, member aku ni minta tolong brader tadi lukiskan pelan ke pejabat tu.

Nik: Abey buleh tunjuk peley dok?
Brader: Hishh! Ekau kan doh ado tu. Nak buek apo lai tunjuk den punyo!?

Nik: Lukih peley nok ke sano; pejabat tu.
Brader: Ooo.. mitak tunjuk lukis polan, ingat nak mintak tunjuk apo tadi. Kau ni jang!

Maka, brader tadi pun tolonglah lukis pelan. Walaupun berlaku beberapa salah faham tapi atas keikhlasan brader tadi, member aku pun akhirnya sampai ke pejabat yang ditujunya dan hasilnya dia diterima bekerja dengan syarikat tu.

Comments