Posts

Showing posts from April, 2011

Lawak Orang Kelantan

Kisah ni diceritakan oleh kawan aku, Nik. Mamat ni asal Kelantan. Memang Kelantan tulen punye. Satu hari tu dia cerita macam mana pertama kali dia datang ke Seremban sebab nak interview kerja dengan salah sebuah Syarikat Pengangkutan. Nak dijadikan cerita, pada masa tu dia tengah cari kat mana lokasi pejabat syarikat tu. Maka dia pun tanyalah dengan sorang brader ni.
Nik: Abey, tumpey tanyo. Di mano pejabak syarikak pengangkutey? Brader: Ekau biar bonar! Cakap tu elok-elok sikit jang! Nik: Betul doh kawey kecek nih. Syarikak pengangkutey, pengangkutey..  Brader: Budak ni ade yang lobam nanti kang!
Brader tadi dah mula naik hangin skit. Memandangkan member aku tau brader tu tak berape nak faham ape yang dia cakap, maka dia pun tunjuk alamat pejabat tu.
Nik: Ni ha alamat dio, XXX Transportation Sdn. Bhd. Transportation, transportation. Brader: Oo.. transportation. Ingat apo bondo tadi pegang kotey, pegang kotey.
Barulah brader tadi faham. Maka, brader tadi pun bagilah arahan macam mana nak perg…

Asal Usul Perkataan Ubat

Semasa Melaka dijajah Portugis, Hang Nadim telah bekerja sebagai penjaga kaunter klinik untuk askar-askar Portugis. Pada hari pertama dia bekerja, dia tidak tahu apakah yang perlu disebut bagi deretan botol di rak almari. Dia pun bertanya kepada doktor yang bertugas.
“Sir, air dalam botol-botol ni saya nak panggil apa?” tanya Hang Nadim.
            Semasa Hang Nadim bertanya, doktor omputih itu tengah membuka sebuah botol lama untuk mengenalpasti isi kandungannya. Lalu, terkeluarlah bau-bauan yang busuk dan membuat doktor tu berkata “Uhh~ bad!”. Hang Nadim pun mengangguk sambil berkata “Ooo.. ubat~”.

6 Reasons Why Sweet To Be Single

Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Berikut adalah antara alasan mengapa single ROCKS!!!
1. Bebas dan berdikari Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.


2. Jadi rakan yang baik Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat a…

9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan

1. Menipu Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.
3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yan…

Tanda - Tanda Orang Lelaki Merajuk

Diam Seribu Bahasa Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )
Masam Muka Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan ki…

Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan. Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan is…