Posts

Showing posts from 2011

Aku bukan Kasanova!!

Image
Hola~ waduh sekian lama tak update blog ni. Aku baru je abis SPM 2 minggu lepas.Ye la~ paper Teknologi Kejuruteraan pada hari last exam, 14 Disember 2011. Ok la~ Kali ni nak kongsi satu benda. Aku ni sebenarnya lelaki yang ala2 kasanova gitu. Tak tau kasanova tu ape? Hmm..  menurut Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, kasanova bermaksud “Lelaki yang suka menggoda wanita”.
Manakala menurut Kamus Dewan pula, kasanova bermaksud “Lelaki yang suka memikat dan memperdayakan perempuan”.
OK. Bagi aku pula yang nak dikatakan yang aku ni ala2 kasanova kan, bukannya apa. Maksud kasanova yang aku maksudkan lebih kurang dengan maksud kasanove yang di atas KECUALI 'memperdayakan wanita'. Kalau tak, lain la perkataan dia. Nanti jadi dayus la pulak. Haha! Nak dijadikan bukti aku ni lelaki ala2 kasanova. aku ada senaraikan gambar2 yang berkaitan di bawah. Enjoys~
 Ini kak Ina. Kakak ni merupakan kakak angkat aku. Dia memang baik. Masa ni ada program Sekolah@MMU. Program ni bertujuan untuk mengajar pe…

Allah tu Maha Pemurah..

Ok.. post kali ni merupakan hasil daripada post yang semalam punya.. Tak baca lagi?? KLIK SINI .. Ok, kita teruskan lagi.. Petang tadi, time tengah syok study (SPM around the corner!!) Tiba2, mak panggil aku.. apa lagi terkejut beruk makyeh la~ hahaha.. selingan je.. mak ada tanya aku pasal dompet tu.. Hah?! Camne mak bleh tau pasal dompet tu?? Getus aku..
Rupa2nya, ada orang dah jumpa dompet aku! YEAY!!! Sonok la pe lagi! Dalam hati ni, rasa syukur sangat kepada Allah.. orang yang jumpa dompet aku tu orang Kampung Lawin.. tempat tinggal Boboy a.k.a Khairul Shafiq.. kalau tak kenal Boboy plak.. hah! KLIK SINI PLAK .. Kita teruskan lagi.. So, orang yang jumpa dompet tu kebetulan kawan sekolah abang aku.. Roslina namanya tak silap aku..
Time mak aku panggil aku tu.. sebenarnya mak nak pegi kedai... nak beli barang keperluan rumah~ Tunggulah aku kat rumah.. kendian bila mak aku dah balik.. dia terus ajak aku pergi rumah Roslina.. so, berangkat la kami ke rumah dia~ Sampai kat kampung tu…

Bagi bunga takkan dapat cuka kot??

Assalamualaikum.. Baiklah berkenaan tajuk post kali ini.. Hari ini Allah telah menguji aku.. Nak dijadikan cerita pagi tadi aku nak pergi bandar Gerik.. nak beli beg NetBook.. hehehe.. ada rezeki lebih sikit.. So, sementara nak tunggu bas.. Mak Teh yang duduk bersebelahan dengan rumah mak cik aku, Puan Azizah kebetulan nak pergi Gerik juga.. Alhamdulillah~
Roya2~ Yoya2~ sampailah sudah.. aku terus pergi kedai Acer yang berdekatan dengan The Store.. Akhirnya sudah aku beli beg tu.. Kendian, aku pergi kedai 7Eleven.. nak beli roti plak.. pagi tadi makan bihun je..hmm~ syukurlah~ Kendian aku terus pergi CC (Cyber Cafe) berdekatan.. aku main beberapa jam kat situ (standard main kat CC lama)..
Kendian dah habis main.. terus ke station bas.. nasib baik sempat.. ada bas yang belum berangkat lagi.. Hmm.. sementara nak tunggu bas berangkat, aku sempat beli gula2 Mentos.. hehehe.. Lepas beberapa minit, Aunty conductor pun naik.. Bas pun bertolak.. Lepas dapat baki tambang, aku simpan duit tu dala…

Apa Nak Buat Kalau Kena Tangkap Polis??

Apabila kita dihampiri polis yang berpakaian seragam atau berpakaian biasa dan mengaku polis
Dialog 1 (Ketika ditahan polis) Polis: Maaf encik, saya polis. Sila tunjukkan kad pengenalan. Kita: Boleh, tapi sila tunjuk kad kuasa dulu. (Kad kuasa ada 4 warna – sila perhatikan warna kad kuasa dan kalau sempat, catat nombor pengenalan polis itu)
Kalau kad itu berwarna:- Merah : Polis itu sedang digantung tugas dan tak ada apa2 kuasa. Jadi, kita boleh beredar dari situ. Putih : Polis simpanan Biru : Inspektor ke atas Kuning : Lebih rendah daripada Inspektor
Kalau berpakaian seragam:- Lans koperal : 1 paku Koperal : 2 paku Sarjan : 3 paku Sub-Inspektor : 1 bintang 5 penjuru Inspektor Percubaan : 1 bintang 7 penjuru Inspektor :  2 bintang 7 penjuru Inspektor ke atas :  Lebih banyak paku & bintang serta bersimbol mahkota & keris
Dialog 2 (Ketika ditahan dan disoal polis) Polis : Nama siapa? Kad pengenalan? Alamat? Kita : (Lepas dah tengok kad kuasa jawablah, apa lagi) Polis : Kamu ni anak siapa? Nak pergi …

Pelanduk Dua Serupa ke??

Hah! Kali ni pula nak cerita pasal seorang insan yang bagi aku agak istimewa. Nak tau sape dia? Nama diberi Muhamad Nazren bin Mohamed Zaidi. Orang kat sekolah selalu panggil dia Awang. Hmm.. ape yang istimewa pasal Awang ni?? Pertamanya, muka die ni iras2 muka aku! Caye tak? Cuba korang bandingkan dengan muka aku ni.

Korang rase sama tak? Hmm.. Terpulanglah. First time jumpa dia memang orang kata yang kami ni ada  persamaan lain. Contohnya, cara jalan. Kami jalan agak kengkang la sikit. Tak ade la over sangat! 
Pastu, sejak kebelakangan ni, kami jarang bertegur sapa. Kenapa?? Rasanya perasaan segan tu ade dalam sanubari ni. Nak tegur tapi rasa macam tak kena. Lagi pun, minat kami berdua berbeza. Awang minat bola sepak & aku pula minat berlakon~ menyanyi~ etc yang berseni bakat! Hehe.. Dah tu kelebihan aku nak buat camne?! Ok, berbalik kepada topik utama. 
Tambah pula, aku ni kalau bab nak kawan memang perlukan masa yang panjang untuk cepat mesra. Bergantung juga kat kawan ni. Ka…

Perasaan Remaja yang bernama Hambali

Salam kepada semua pembaca. Hmm~ Dah lama tak update blog ni. Selama ni asyik nak edit blog bagi nampak menarik. Rasanya cukup la. OK la, kali ni pulak aku nak coretkan sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama. Perkara ni ada sedikit lanjutan daripada post yang lepas berkenaan ‘Kawan Baik Aku~’. Ada kaitan dengan Baly.
Malam 8 Ogos, ada peristiwa yang berlaku. Aku baru sedar bila aku balik dorm lepas prep malam. Yeop ada beritahu aku yang Baly ada konflik dengan Atop pasal nak beli makanan. Tak silap aku, Atop tak puas hati dengan Baly kerna Baly sentap Atop beli makanan yang Yeop jual malam tu. So, malam tu agak kecoh la juga. Ada la juga pergaduhan kecil antara mereka. 


Tapi, apa yang Atop buat memang tak masuk akal. Hanya perkara sekecil tu dia nak perbesarkan. Aku pun setuju juga. Ramai kawan dorm yang tak puas hati dengan tindakan Atop tu. Aku monolag sejenak, “Ya Allah! SesungguhNya Engkau telah menguji Baly. Alhamdulillah~ Ini bermakna Engkau masih menyayangi Baly, ya Allah.”
S…

Gelang Pelangi pada Matahari (HALO)

Tanggal 27 Mei 2011 pukul 12.30.. Di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping..Mase aku nak BBM (Balik BerMalam)...Lepas perjumpaan dgn Cikgu Roslan, Ina kejutkn aku dgn kejadian ini.. Aku pon tengok la kat langit..Subhanallah! Ada pelangi pada matahari tu! Memang ajaib sungguh! Aku pun terfikir juga kalau Allah nak cite sesuatu yg bakal berlaku nanti. 

Tambah2 pula hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari. Mase tu juga aku rasa gentar sangat.. Perasaan takut menyelumbungi aku. "Adakah hari ini merupakan penghujungnya??" Macam2 aku berimaginasi..Lepas tu kan ramai orang yg amik gambar fenomena ini.. Fuhh!! Gaya macam nak masuk TV..Hmm... musti kejadian ini disiarkan dalam TV nanti..confirm la..tambah lak msuk dalam paper harian..
Tapikan.. ade orang sesetengah kata kejadian ni macam gerhana matahari x silap aku. Entah la.. terdapat ramai lagi yg memberi pendapat yang berbeza mengenai fenomena ini. Walau bagaimanapun, aku bersyukur coz Allah telah turunkan kebesara…

Lawak Orang Kelantan

Kisah ni diceritakan oleh kawan aku, Nik. Mamat ni asal Kelantan. Memang Kelantan tulen punye. Satu hari tu dia cerita macam mana pertama kali dia datang ke Seremban sebab nak interview kerja dengan salah sebuah Syarikat Pengangkutan. Nak dijadikan cerita, pada masa tu dia tengah cari kat mana lokasi pejabat syarikat tu. Maka dia pun tanyalah dengan sorang brader ni.
Nik: Abey, tumpey tanyo. Di mano pejabak syarikak pengangkutey? Brader: Ekau biar bonar! Cakap tu elok-elok sikit jang! Nik: Betul doh kawey kecek nih. Syarikak pengangkutey, pengangkutey..  Brader: Budak ni ade yang lobam nanti kang!
Brader tadi dah mula naik hangin skit. Memandangkan member aku tau brader tu tak berape nak faham ape yang dia cakap, maka dia pun tunjuk alamat pejabat tu.
Nik: Ni ha alamat dio, XXX Transportation Sdn. Bhd. Transportation, transportation. Brader: Oo.. transportation. Ingat apo bondo tadi pegang kotey, pegang kotey.
Barulah brader tadi faham. Maka, brader tadi pun bagilah arahan macam mana nak perg…

Asal Usul Perkataan Ubat

Semasa Melaka dijajah Portugis, Hang Nadim telah bekerja sebagai penjaga kaunter klinik untuk askar-askar Portugis. Pada hari pertama dia bekerja, dia tidak tahu apakah yang perlu disebut bagi deretan botol di rak almari. Dia pun bertanya kepada doktor yang bertugas.
“Sir, air dalam botol-botol ni saya nak panggil apa?” tanya Hang Nadim.
            Semasa Hang Nadim bertanya, doktor omputih itu tengah membuka sebuah botol lama untuk mengenalpasti isi kandungannya. Lalu, terkeluarlah bau-bauan yang busuk dan membuat doktor tu berkata “Uhh~ bad!”. Hang Nadim pun mengangguk sambil berkata “Ooo.. ubat~”.

6 Reasons Why Sweet To Be Single

Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Berikut adalah antara alasan mengapa single ROCKS!!!
1. Bebas dan berdikari Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.


2. Jadi rakan yang baik Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat a…

9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan

1. Menipu Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.
3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yan…

Tanda - Tanda Orang Lelaki Merajuk

Diam Seribu Bahasa Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )
Masam Muka Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan ki…

Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan. Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan is…

Kawan Baik Aku~

Kali ni aku nk cite pasal kawan baik aku selama aku hidup setakat ni plak. Hmm.. camne nk mula hah?! Ok! Kawan baik aku yang pertama skali ialah Nasaruddin. Die nie kawan aku sejak kecil lagi smpai la Tahun 1. Kami selalu pegi sekolah sme2 smpai kt sekolah agama rakyat. Kirenye kami ni cam kamcing giler. Kendian, die pindah ke Terengganu x silap aku mse Tahun 1. Seingat aku kakak die nme Sarah. Bdak2 kt kampung slalu mgumpat pasal kakak die. Ntah la aku pon lupe. Dah dekat 10 tahun x jumpe ngan die. Meninggal ke belum tu sume kehendak Allah Taala.
Next, Kawan baik yg kedua Khairul Shafiq. Yang ni kawan mse sekolah rendah. 6 tahun sekolah sekali kt Sekolah Kenering. Kirenye kami ni cam top student la kt skolah ni. Hehehe... Smpai Tahun 4, kami dilantik sbagai pengawas. Shafiq la or dikenali mase tu sbagai Fiq, jadi Ketua Pengawas & aku lak penolong die. Tapi kan mse akhir tahun Tahun 6 tu, kecewa gak dgn die coz mse perhimpunan aku lak yg kene jadi MC & bace doa skali. Selalunya…