Posts

Featured Post

Cara Menjadi Arkitek

Kali ni, topik menarik sikit. Hmm, Paly rasa ramai jugak yang bercita2 untuk menjadi seorang arkitek. Tapi, kebanyakan antara mereka tak tahu caranya. Paly pun ada keinginan nak menjadi seorang arkitek jugak! Hehe~ Walaupun terpaksa jadikan kerjaya pelakon sebagai 'sidekick'.
OK. Selepas Paly ada buat research (macam saintis plak!), Paly dapat tahu sedikit sebanyak susur galur nak jadi seorang arkitek. Tapi, Paly tahu sikit je la yang faham. Mungkin info yang Paly bagi dapat bantu korang nanti ataupun vise versa (sebaliknya). Sebelum tu, kalau ada apa2 info yang tersilap yang Paly bagi ni, beritahu tau! Paly ni masih 'newbie'.  
Sebelum tu, Paly nak senaraikan perkara2 yang perlu korang fikirkan dalam kerjaya. Tapi, Paly akan tekankan untuk kerjaya arkitek sahaja. Perkara2 tersebut ialah:-Peluang pekerjaanKemahiran yang diperlukanTangga kerjaya (peluang naik pangkat)Kelayakan akademikJenis pekerjaan yang berpotensi dan apa tugas-tugasnyaSama ada memenuhi keperluan/kemahu…

Adakah Senibina Pilihanku?

Salam sejahtera ke atas semua. Ly kini kembali dalam topik senibina. Oleh sebab coretan 5 tahun dahulu sebelum Ly ceburkan diri dalam bidang yang buatkan kita kurang tidur boleh dikatakan mendapat sambutan hangat dari adik-adik lepasan SPM bercita-cita menjadi arkitek, Ly akan teruskan unjuran daripada coretan tersebut.
Pertamanya, Ly kemaskini perkembangan terkini Ly terlebih dahulu. Sedang bekerja sebagai pembantu arkitek di firma arkitek berdekatan UiTM SI; tempat Ly belajar 4 tahun dulu. Memang Ly tak dapat lari dari negeri kelahiran Ly ni. Sayangnya dengan negeri Darul Ridzuan ni. Baru je mula kerja awal tahun 2017. Kiranya, tahun baharu maka permulaan baharu.
Selama Ly kerja ni, banyak benda yang Ly belajar. Ya, waktu kerja pun kita masih belajar. Sebelum ni Ly tak ada pengalaman bekerja dalam bidang senibina. Tak ada pengalaman bekerja pun sebenarnya. Ada pun waktu latihan industri, dari situ Ly dah mula merasai serba sedikit perasaan keluar dari zon selesa untuk 4 bulan. Kita ke…

Tamatnya Pengajian 4 Tahun

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Alhamdulillah. Semalam berakhirnya pengajian aku sebagai pelajar senibina. Panel external review, Ar. Adrianta telah luluskan semua. Walaupun ada sikit yang terkantoi. Sekarang ni, tengah risau pasal nak berdepan dengan dunia luar. Bersediakah aku?
Jadi, persiapan untuk kerja; kena buat portfolio, CV. Ya Allah, permudahkanlah urusan aku. Okay, pelan asalnya, aku nak minta kerja di KL. Sebab kat KL ada teater. Haha! Sambil2 kerja sambil asahkan bakat dan minat yang mendalam dalam bidang lakonan ni. Takpa la kalau mula dari bawah sekali pun, kan. Dunia sekarang ni takda benda yang mudah untuk perkara yang kita nak sangat tu. Usaha memang kena ada.
Jadi, sejak kebelakangan ni, ramai jugak yang tanya pasal kos senibina. Mula2nya, Paly minta maaf sebab sibuk dengan macam2 benda la. Nak update blog pun memakan masa setahun. Haha! Jarang sangat nak sentuh. Sebenarnya, Paly ni suka sangat edit blog. Main2 dengan coding gitu. Seronok!
Kepada sesiapa la yang a…

Suatu Hari yang Gembira . . .

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Salam kepada semua pembaca sekalian. Kali ni Paly kembali dengan perasaan yang sangat gembira. Tak tau la sebabnya sebab tak terbilang dek jari jemari sebab musababnya. Haha! Terlalu gembira sehinggakan Paly sendiri terasa nak termuntah. Pelik kan? Haha!

Sejak kebelakangan ni, banyak perkara yang terjadi yang membuatkan Paly gembira setelah bertarung dengan diri Paly secara emosi. Sebelum ni, perasaan Paly bercampur baur dengan maslahat, yang boleh Paly klasifikasikannya. Namun, atas kesabaran yang dipegang Paly selama ini masih utuh di tali jiwa. Satu demi satu Allah telah beri petunjuk dalam atasi belitan emosi.

Pertamanya, setelah sekian lama selama 2 bulan Paly tak balik rumah. Minggu lepas, selepas habis kerja. Tak disangka ayah Paly mesej yakni bertanya sama ada Paly nak balik rumah ke tak. Sebelum situasi ni berlaku, Paly awal cadangnya nak jugak balik rumah dengan menaiki bas. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Paly berkemas untuk balik Ge…

Bengkel Drama Festival Kuala Lumpur 2015

Image
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Salam sejahtera! Okay. Topik kali ni memang Paly teruja nak cerita sebab drama beb! DRAMA! Haha! Sedikit sebanyak Paly akan kongsikan pengalaman dan ilmu yang Paly dapat sepanjang bengkel ini dijalankan. Amat rugilah kalau datang ke bengkel tu hanya semata2 nak jumpa para pelakon dan pengarah. Lagipun, ia berbayar. Alhamdulillah ada diskaun bagi pelajar.
Paly pergi ke bengkel drama ni yang terletak di Wakalab, Balai Berita NSTP, Jalan Riong, Bangsar, KL. Ada empat sesi iaitu animasi, komedi, pengarahan dan lakonan.  Bagi bengkel Paly, dimulakan dengan sesi animasi. Teka siapa yang datang. Nizam Razak, yakni CEO Monsta (Sebelum ni, dipanggil Animonsta). Tau cerita BoboiBoy? Upin Ipin? Syarikat Monsta la yang kendali. Hebat kan? Dan tak lama lagi, BoboiBoy The Movie bakal ditayangkan di pawagam tahun ini. Nantikan kemunculan BoboiBoy upgrade yang baharu!

En. Nizam ada cerita berkenaan dengan animasi pada awalnya, faktor untuk berjaya, strategi asas, da…

Latihan Praktikal Senibina

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Salam pertemuan kembali kepada semua pengikut-pengikut Paly. Seperti biasa, bukan mudah nak cerita perkembangan baharu pasal Paly. Dan tergerak hati nak cerita perkembangan Paly sekarang. 
Mula-mula, alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah sebab masih lagi sihat walafiat. Paly sekarang berada di semester 6 yakni tahun ketiga akhir. Tinggal satu tahun lagi sebelum Paly pegang Ijazah Sarjana Muda (Sains) Senibina, insyaAllah.
Baik, kembali kepada tajuk inspirasi Paly di atas. Kini, sudah hampir seminggu Paly menjalani latihan praktikal ni. Atau dalam erti mudahnya, kerja sambil belajar. Latihan ni berlangsung selama 4 bulan. Dan Paly sendiri mohon di firma yang terletak di Kuala Lumpur. Sudah sampai masa Paly keluar Perak dalam jangka masa yang lama. Walaupun empat bulan, semoga dalam peringkat pembelajaran dalam kehidupan, Paly dapat bertahan dengan sabar dan tenang.
Untuk pengetahuan korang, inilah pertama kali Paly bekerja. Ya. Selama 21 tahun, akhirn…

Tips Pilih dan Guna Payung

Image
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Berdasarkan pemerhatian teliti Paly dengan orang di sekeliling, kebanyakan antara mereka boleh Paly katakan salah pilih payung. Sebab kenapa? Tak kena dengan cuaca kat Malaysia nie; musim hujan dan panas iaitu negara Malaysia ni boleh diklasifikasikan sebagai negara tropika. 
Maka dengan itu, kali nie Paly nak kongsi pulak tips-tips Paly sendiri (rasanya orang lain pun ada buat benda yang sama). Sebab Paly pun memang kaki payung. Boleh kata Paly ni putera lilin. Sebab kulit Paly ni cepat burn. Haha!
1. Pilih payung yang boleh pantul cahaya matahari. Hal yang demikian, tak ada bezanya kalau pakai payung yang lut cahaya/sinar masa tengah hari yang terik tu. Tembus jugak kena kat korang. Kalau waktu hujan, boleh la pakai payung macam tu. Tapi, sebaiknya beli je payung yang pantul cahaya matahari tu. Yang warna luarnya perak (silver) dalamnya berwarna gelap.

2. Pilih payung yang sesuai dengan saiz badan korang. Jangan terlalu kecil mahupun terlalu besar.…

Kelebihan surah Al-Mulk

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Salam sejahtera, pejam celik pejam celik sudah setahun berlalu. Blog ni sudah sekian lama ditinggalkan dan Paly masih dalam dilema sebab sibuk dengan pengajian Paly.
Tampak gayanya blog ni sudah berhabuk ditinggalkan setahun lepas. Haha! Maafkan Paly kepada yang ternanti-nantikan post terbaru. Mungkin tak ada langsung kot. Hehe~ Takpe la sekadar seronok sendiri je. 
Hmm, topik kali ni nak kongsi satu bende je. Kelebihan Surah Al-Mulk. Secara keseluruhan bila kita baca surah ni, insyaAllah dalam liang lahad kelak kita akan selamat dari seksaan kubur.Ibnu Abbas berkata: “Pada suatu hari ada seseorang menghampar jubahnya di atas kuburan dan ia tidak tahu bahwa tempat itu adalah kuburan, ia membaca surat Al-Mulk, kemudian ia mendengar suara jeritan dari kuburan itu: Inilah yang menyelamatkan aku. Kemudian kejadian itu diceriterakan kepada Rasulullah saw. Lalu beliau bersabda: Surat Al-Mulk dapat menyelamatkan penghuni kubur dari azab kubur.” (Ad-Da’awat Ar-R…